Menu Utama

Kecaman Terhadap “Solidariti 4 Presiden” Bukti Hadi Awang Makin Lemas

Oleh Riana Abd Aziz

Pepatah Melayu ada benarnya walaupun ianya bukan secara langsung dari mahfum hadis dan nas Quran, namun lebih bersifat pesan orang tua-tua kepada generasi seterusnya.

Umpamanya “kerana mulut badan binasa” dan “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Itulah antara nasihat orang dulu-dulu sebagai bekal bila kita hidup berjemaah atau berkumpulan. Mungkin Presiden Pas lupa tentang nasihat zaman berzaman ini. Mungkin kerana terbiasa basah di lidah menghafal ayat Quran dan hadis Nabi saw dan gagal menafsirkan dengan lebih dalam bahawa adanya maksud yang seumpama nasihat orang dulu-dulu itu.

Sebagai Presiden parti politik yang membawa wadah perjuangan Islamik, Hadi Awang sepatutnya lebih berhati-hati bila berbicara, apatah lagi bila berceramah di pentas politik dengan nada seumpama menuduh dan menyerang sesiapa sahaja yang beliau rasa tidak sehaluan dengannya secara terbuka begitu. Akhirnya, kerana mulut Hadi Awang yang tidak berlapik, beliau disaman oleh penyokongnya sendiri satu waktu dahulu.

Kes Hadi Awang dengan tanpa usul periksa menuduh calon Pilihanraya Umum yang Ke 13, calon PKR, Shamsul Mohd Amin sebagai pengedar pil kuda akhirnya memakan diri sendiri dan mencemarkan imejnya bukan sahaja sebagai Presiden Parti, tetapi sebagai ulama yang disegani dalam kelompok beliau.

Mungkin sudah tiba ke penghujungnya ‘riwayat’ Hadi Awang dalam perjuangan politiknya dan sekali gus dalam menguasai kerusi Presiden Parti sekian lama. Pada 28hb Oktober ini, Hadi Awang, melalui penyokong-penyokong tegarnya terpaksa mengadakan satu program “menyelamat nyawa” Presiden parti.

Program “Solidariti 4 Presiden” yang bertujuan untuk berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada Hadi Awang dalam kes yang beliau sendiri cetuskan. Timbul perdebatan antara penyokong dan pihak yang agak agresif mula menentang Hadi Awang dalam dunia internet. Malah sudah melarat kepada serangan-serangan terbuka dalam portal dan blog pro Pkr yang tanpa segan silu menyelar Presiden Pas itu yang dilihat cuba mengajak ahli Pas dan pakatan memikul dosa yang dibuat oleh beliau sendiri.

Mereka menuduh Hadi Awang sebagai Pemimpin yang tiada hemah diri yang tinggi bila berdegil enggan memohon maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang menuduh dan memfitnah Shamsul Mohd Amin secara melulu dan tanpa usul periksa. Sehinggakan ada di atara mereka menyifatkan Hadi Awang sebagai pemimpin yang zalim bila menyerang dan mengecam calon Pkr pada PRU13 yang lepas.

Bukan sahaja kerana isu keceluparan ini sahaja bahkan isu kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang menyebabkan nama Hadi Awang dilihat tidak mampu dipulihkan lagi, penyokong tegar Hadi Awang mula menggerakkan program-program yang bersifat menaikkan kembali imej Hadi Awang demi untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presdien Pas mungkin untuk sepenggal dua lagi.

Kegelisahan pengikut Hadi Awang juga amat ketara bila mereka menyedari “Barua” dan “Broker” yang dikecam Hadi ketika Muktamar Pas baru-baru ini dilihat begitu kuat menguasai Pas dari dalam.

Bahkan penyebaran maksud kepada “Apa Itu Solidariti” mula dibuat secara terang-terangan dalam media internet khusus untuk ahli Pas faham bahawa program tersebut bukannya atas maksud sebenar Solidariti. Tujuannya hanya ingin menyampaikan sindiran tajam bahawa Hadi Awang menyalahguna kuasanya sebagai Presiden Parti untuk menutup aib sendiri.

Solidariti sepatutnya membawa maksud penyatuan orang ramai untuk pembelaan kepada orang yang dizalimi, difitnah, dikeji, dihina dan dikecam tanpa sebarang bukti serta beladiri bukannya mempalitkan lumpur dosa kepada yang tidak ada kaitan langsung dengan kes ini.






8 Komen to Kecaman Terhadap “Solidariti 4 Presiden” Bukti Hadi Awang Makin Lemas

  1. LEMBAH BUJANG says:

    Anwar telah berjaya menghuruharakan PAS….. (PECAH PERENTAH)…. Anwar xpernah perduli kehancuran, kemusnahan negara sekali pun, asalkan capai cita cita peribadinya.

  2. Uturn says:

    hadi awang dah nampak gagal dalam memimpin pas sehingga boleh timbul pasma

  3. moo says:

    MP: RM300mil wasted on BR1M insurance

    The government spent more than RM300 million for “nothing” under its scheme to provide takaful insurance protection to seven million Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) recipients, PKR’s Pandan MP Rafizi Ramli said today.

  4. moo says:

    U Turn, aku nak tanya pulak, Mahathir tak pandai ka sampai boleh wujud Semangat 46??

  5. raplahjingaa says:

    Tu Kifarah Allah untuk aji adi, pandai-pandai kafirkan semua orang Islam di dunia ni kerana tak join parti paling bodoh dalam sejarah peradaban manusia !!

    La ni apa jadi ?? terpekik terlolong macam beruk berdoa ” UMNO KO,KO UMNO “…siapa yang nak KO sekarang ni ??

    Hang nak divert issue lagi ke mooo ?? hehehe….

  6. adi says:

    selamat malam mooo nasihat aku dalam ibadat islam ada empat hati, mulut, angota dan harta. Hati hendak la ikhlas bila nak buat sesuatu(jujur jgn ada niat tak baik), Mulut bila hendak berkata kata mulai la dgn bismillah dan di sambung dgn kata yang baik. Angota bila nak buat sesuatu buat la kerana allah besar pahala nya. Harta bila ada buat la amal jariyah, zakat dan sedekah kerana allah. Kesemua nya mesti ikhlas kerana allah tiada yang lain. Kita ni dalam perjalanan ke alam yang ketiga dan ke empat. Alam ke empat la yang kekal abadi seperti yang di janji kan allah ia itu hukum jazak ( hukum pembalasan).

  7. alimedanbaru says:

    KERANA MULUT BADAN BINASA
    TERLAJAK PERAHU BOLEH DITARIK
    TERLAJAK KATA..BADAN BINASA
    TUAN GURU TERLUPA PERIBAHASA, AGAKNYA!

  8. reds says:

    beli insuran tu membazir ke??insuran tu penting laa bodo….bukan semua penerima brim mampu beli insuran peribadi…..ntah ape2 ntah isu ko bawak ni moo…

Leave a Reply