Menu Utama

Kami Hanya Menang Satu, Kalah 2 Tender Terbuka Walaupun Tawar Harga Lebih Rendah – 1MDB

1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tampil menjawab tuduhan dan kritikan beberapa pihak mengenai cara pengurusan syarikat terbabit dan layanan istemewa yang diterima.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, 1MDB menafikan menerima sebarang layanan istimewa untuk Tender Projek Janakuasa seperti yang sedang tersebar di ruang siber.

Menurut kenyataan tersebut, konsortium 1MDB-Mitsui hanya memenangi satu tender terbuka Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Projek 3B.

Dakwaan layanan istimewa tidak benar kerana dari beberapa tender terbuka yang dimasuki hanya projek 3B sahaja dimenangi oleh konsortium ini.

1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan tender lain yang disertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.

“Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia, rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak pengurusan berpengalaman bermakna kami adalah pemain kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender.

Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh 1MDB dan Mitsui & Co telah mengambil bahagian dalam proses bidaan tender terbuka dan kompetitif untuk sebuah loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa konsortium kami telah dipilih sebagai pembida pilihan.

Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan istimewa, dan bidaan bersama kami adalah tidak sebaik bidaan yang dihantar oleh pembida-pembida lain dalam proses tersebut. Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan menjimatkan kepada pengguna, sebagai contoh: standard teknikal bidaan tersebut, rekod prestasi syarikat, harga tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan segera dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya, Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses bidaan “secara adil dan saksama dengan teknologi yang terbukti yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga seperti yang dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2000MW yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”.

Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan tender lain yang kami sertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.

Pembiayaan Untuk Projek 3B

1MDB ingin menyatakan bahawa consortium kami membayar kurang daripada RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar bidaan kami untuk Projek 3B. Ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain pada peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian.

Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya adalah maklumat perniagaan yang sulit. Kami mendedahkan perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak berasas ini.

1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan Projek 3B.

Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-Mitsui bergerak ke peringkat pembangunan seterusnya untuk membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan pada tahun 2018. Majoriti kos pembangunan adalah dibelanjakan dalam tempoh pembangunan ini.

Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar kepada penaja projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan oleh penaja projek untuk merealisasikan projek tersebut, daripada proses bidaan sehinggalah kepada operasi stesen janakuasa. Ianya bukan merupakan kos pembayaran balik.

Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan biasanya terletak di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan kami – termasuk sebarang fi pembangunan yang ditanggung oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan Mitsui – adalah 5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah.

1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa kami yang dijalankan dengan kerjasama erat rakan kongsi antarabangsa kami Mitsui, salah satu syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana ekuiti disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang pertama di Malaysia tetapi adalah amalan biasa untuk projek-projek antarabangsa yang besar.

Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.

Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B kami akan menanggung risiko tersembunyi adalah sama sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Bon kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan komitmen promoter dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran wang tunai dan pulangan kepada pemegang bon adalah terjamin.”






3 Komen to Kami Hanya Menang Satu, Kalah 2 Tender Terbuka Walaupun Tawar Harga Lebih Rendah – 1MDB

  1. wong jo woo says:

    biasalah beb tender bagi kat kroni…ada ko pnah nampak ke kaum bumiputra dapat tender kat pulau pinang..takde kan..kaum bumiputra kena halau banyaklah..tu korang tak nampak plak..apa mata morang dh buta ke apa…

  2. wong jo woo says:

    biasalah beb tender bagi kat kroni…ada ko pnah nampak ke kaum bumiputra dapat tender kat pulau pinang..takde kan..kaum bumiputra kena halau banyaklah..

Leave a Reply