Menu Utama

Jawi proaktif kekang fahaman liberal – Mufti Kelantan

Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak membenarkan penganjuran Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama Abad Ini pada 18 Oktober ini dilihat sebagai satu tindakan proaktif bagi mengekang penyebaran fahaman liberal di negara ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, usaha menghalang Pengasas Jaringan Islam Liberal Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla menyebarkan fahaman yang dilihat boleh memesongkan akidah umat Islam tersebut wajar dijadikan contoh oleh jabatan agama Islam lain.

“Saya sokong keputusan Jawi itu dan melihatnya satu langkah berjaga-jaga bagi menjaga akidah umat Islam di negara ini. Ini kerana, dalam Islam memang ada kaedah itu. Contohnya, kalau kita boleh menjangkakan sesuatu yang boleh memudaratkan masyarakat, maka kaedah itu boleh dikuatkuasakan.

“Dalam isu ini, diskusi yang dirancang diadakan dilihat boleh memberi implikasi buruk terutama kepada umat Islam di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Jawi tidak membenarkan penganjuran diskusi meja bulat tersebut diadakan berikutan rekod jabatan tersebut bahawa Ulil Abshar tidak mempunyai sebarang pentauliahan untuk menyebarkan ajaran Islam di Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad yang turut menyokong tindakan Jawi tersebut berkata, pandangan yang cuba dibawa oleh tokoh Islam liberal terbabit dibimbangi boleh menggugat keharmonian sekali gus mempengaruhi keyakinan umat Islam.

“Saya yakin Jawi tentunya ada alasan kukuh mengapakah diskusi seperti itu harus dilarang diadakan di negara ini. Kalaulah isu yang akan dibincangkan adalah tentang fahaman liberalisme, maka perkara itu sudah jelas bertentangan dengan agama Islam.

“Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah lama mengharamkan fahaman tersebut,” ujarnya.

Utusan.






10 Komen to Jawi proaktif kekang fahaman liberal – Mufti Kelantan

  1. Uturn says:

    Haramkan saja si ulil abshar tu masuk malaysia. Fahaman sial mcm tu patut dibanteras habis2an. Kpd yg sokong dan membawa ulil abshar tu pun patut dihukum.

  2. […] “Saya sokong keputusan Jawi itu dan melihatnya satu langkah berjaga-jaga bagi menjaga akidah umat Islam di negara ini. Ini kerana, dalam Islam memang ada kaedah itu. Contohnya, kalau kita boleh menjangkakan …read more […]

  3. tengkudin says:

    TAHNIAH JAWI!! ELOK CEGAH SEBELUM MELARAT…
    sekarang dah banyak ancaman terhadap agama ISLAM dalam negara ini..kasi banteras cukup cukup..
    dengan PAS yang penuh dengan SYIAH dan SETAN…terbaru kaki ARAKnya..dah tak leh harap sangat dengan PAS TAKE BEER ni…

    TAHNIAH sekali lagi..jangn biarkan kesucian ISLAM di negara ini dicemarkan oleh si tua kutuk MAT JUBO CHINADOLL ni…

  4. itsme says:

    antara bbrp puak yg krg senang dgn pemerintahan melayu & islam.. spt mn dap mrk juga sgt cemburu akan kekuatan dslaman yg dimiliki oleh org islam dan melayu di msia.. mrk menggunakan puak2 yg tdk berpuadhati dgn umno utk mnyerg islam dan melayu.. jk silap percaturan maka kita akan mudah diratah oleh mrk spt mana cordoba dulu.. benar kata tin m.. siapalah kita nanti jika itu semua terjadi?? anwar perlu dikorbankan dan dia pembawa segala malapetaka yg melanda skrg namun kita perlu byk muhasaabh diri..

  5. kayu says:

    Apa nak susah….istihar selain dari fahaman agama Islam yang diamalkan dinegara ini adalah sesat….tangkap atau usir saja sesiapa yang tak patuhi arahan….semudah itu saja …!!!!…kalau ada negara luar dan orang dalam negara yang beria-ia membantah….memang nampak sangat agenda dan tembelang mereka…!!!

  6. bujuk says:

    Aku setuju dengan mufti ni, tapi tentu lebih baik jika ada Mufti hebat macam Zakir Naik yg mampu mematikan hujah golongan yg sesat ini dengan membawa Nas, Hadis dan logik akal. Biar mereka faham dan malu sendiri dengan akal pendek mereka dan dapat dedahkan kelemahan pandangan dan kepercayaan mereka serta mampu bawa mereka kembali ke pangkuan Islam sebenar.

  7. Pak Malau says:

    Kita perlu ada banyak tokoh-tokoh seperti Zakir Naik dan Ahmad Deedat yang pandai berhujah dan berdebat bukan hanya boleh menghafal ayat-ayat quran dan hadis.

  8. alimedanbaru says:

    Apabila kuasa menghalang digunakan
    barulah nampak BERKUASA
    BARULAH BERMARUAH DAN
    DIYAKINI
    TAHNIAH JAWI

  9. semangat dato' haron says:

    Sila hapuskan Sister in Islam. Perempuan2 sial yg x tutup aurat dan menghina ajaran Islam. Kalo x tutup aurat tu x pelah dosa tanggung sendiri, tp berani pula nk cakap pasal hukum Islam dan persoalkan. Najib sila hapuskan golongan extremist seperti Sister in Islam dan ideologi2 mereka. Dakwa sahaja mereka bawah akta hasutan. Say NO!!! to Sister in Islam.

Leave a Reply