Menu Utama

Jakim Panggil Penganjur Kempen Sentuh Anjing

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil penganjur kempen ‘Saya Mahu Sentuh Seekor Anjing’, Syed Azmi Alhabshi pada 6 November ini untuk mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran program itu yang menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pertemuan yang akan berlangsung di Putrajaya itu turut disertai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Kita mahu memahami penganjuran program itu, apakah ada agenda terselindung atau agenda selain daripada kebiasaan kerana lazimnya semua masyarakat memahami bahawa menyentuh anjing secara sengaja tidak dibenarkan dalam Islam,” katanya ketika merasmikan Seminar Rumahku Syurgaku : Meniti bahagia hingga ke syurga di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE






7 Komen to Jakim Panggil Penganjur Kempen Sentuh Anjing

  1. bujuk says:

    Respek cara bersemuka camni.. bukannya hentam dari jauh tampa usul periksa. Aku sokong kenyataan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman dalam Sinar. Katanya kita menghukum seperti kita lupa dalam Ahli Sunnah Waljamaah itu ada Imam lain selain Imam Syafie iaitu Imam Maliki, Hanafi dan Hambali. Ada diantara Imam ini yg. membenarkan sentoh dan belai anjing ini.. apakah kita nak menidakkan amalan mereka? malah ada ketikanya kita ambil amalan mereka pada masa2 tertentu kerana tak mampu nak beramal mengikut Imam Syafie seperti hukum wudhuk d tanah mekah. Kita boleh tegur dengan baik tapi bukannya mencaci maki dan mengumpamakan mereka yg pegang anjing seperti orang Kafir kerana disana ada Imam yg membenarkan. Sebaliknya kita senyap-sunyi bila melihat ada Pemimpin bersalam hingga ada yg cium pipi dengan bukan mahram yg semua Imam mengatakan HARAM.
    Apakah kita lebih utamakan budaya dari perintah agama…?

  2. wong jowoo says:

    JAKIM panggil je bukan buat apa2..kan biasa JAKIM kalau bab najis anjing n babi leh runding tepi…ingat tak kes coklah cat burit dulu..JAKIM masuk campur je leh halal..BABI kalau campur coklat leh dimakan..lagi lemak berkrim katanya..ni pulak cuma pegang anjing…sikit punya hallah..

  3. semangat dato' haron says:

    Lembut semacam je mamat ni, penuh syak wasangka aku pada dia.
    wei bujuk terang2 program yg dianjurkan itu jelas mempunyai matlamat tersembunyi sehingga Nicky Ajis pun menyelar program tersebut. X pyh nk baik sangka sgt, sah2 skrg kita tahu hati budi mereka pada kita mcm mana. Apa perbezaan besar antara baik sangka dan bodoh. Kalo ko nk jd bodoh, dipersilakan. Last time aku check Nicky Ajis pun x sokong program ni. Ke atau ko dah join PASMA dah x peduli fatwa2 Nicky Ajis.

  4. bangKano says:

    Kita wajib berpegang pada kersucian islam berlandas kan alQuiran bukan nya fiqh ato pendapat para ulama ASWJ. Pendapat para ulama klasik bukan nya HUKUM ALLAH kalo depa bercanggah ngan nas wahyu.

    Ada ka dalam nas nas alQuran di sebut anjing tu haram di sentuh…? Apa yang aku tahu cuma ALLAH melarang memakan babi & menogak arak jerrr…tak fak plak sebut pasai anjing. Mana ulama silam ni pi cedok pendapat kata anjing tu haram…? Kita mesti berani mengkritik fiqh fiqh ulama silam jika kenyataan depa bercanggah ngan alQuran. Kita mesti akur ngan perentah ALLAh bukan nya fatwa merepek para agamawan…!!!

  5. raplahjingaa says:

    Sapa kata anjing haram di sentuh bangkano ?? tapi buat apa lah nak peluk-peluk anjing tu kan ?? hang ni bangkano ” pick up ” banyak slow laaaa….macam kapchai lampu bulat 60 cc, hehehe

  6. bujuk says:

    Maaf yeee…
    Aku bukan sokong program ni, tak suka pun dan takkan benarkan anak aku p ke program camni. Semua jelas.. Anjing tu Najis, nak buat apa pegang najis. Tapi ada masalah bila kita nak menghukum mereka, nak menghina dan bagi pelbagai gelaran hingga mengkafirkan pandangan yg berbeza dengan kita.

Leave a Reply