Menu Utama

ISIL: PAS Atau Kerajaan Yang Perlu Beri Penjelasan?

PAS dijangka membawa isu ISIL ke parlimen untuk mendapatkan penjelasan kerajaan dalam persidangan parlimen kali ini mengenai pengiktirafan ke atas beberapa wilayah di Syria yang telah dirampas kumpulan pemberontak tersebut.

Kita tidak pasti apa penjelasan yang PAS mahukan kerana kerajaan telah menyatakan pendirian untuk tidak mengiktiraf perjuangan ISIL akibat dari keganasan yang dilakukan terhadap orang Islam sendiri di Syria dan Iraq.

PAS bagaimanapun, seperti biasa, buat-buat mamai macam itulah sebab nak cari salah kerajaan. Dalam keadaan dia tu (PAS) sendiri pun terkontang kanting, lagi ada hati nak cari salah kerajaan BN.

Sepatutnya dan seharusnya, PASlah yang kena beri penjelasan mengenai ISIL ini sama ada mereka menyokong atau tidak perjuangan mereka. Walaupun kita telah didedahkan dengan maklumat yang PAS menolak perjuangan ISIL ini (kononnya), tapi dalam masa yang sama, kenapa bila ada kalangan rakyat Malaysia yang pergi menyokong perjuangan ISIL dan terkorban, diberik pengiktirafan syahid oleh PAS?

Kata tak sokong keganasan ISIL, tapi bila mati, dakwa pula mereka itu syahid? Jadi yang mana satu sebenarnya pendirian PAS?

Ini penting sebab dikala semua parti politik dalam Malaysia ini ada satu pendirian dan satu persamaan, PAS pula dia ada banyak pendirian dan entah berapa ratus perbezaan, semuanya sebab masing-masing boleh dakwa bercakap bagi pihak parti itu.

Tak terkecuali dalam isu ISIL ini. Mana satu kita nak pakai pun tak tahu. Nak kata tak sokong, kenapa bila mati dakwa syahid, nak kata sokong, dia pecat pulak ahlinya yang dikesan terlibat dengan ISIL, seperti nasib yang menimpa bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin yang terkorban di Syria baru-baru ini.

So, yang mana satu? Sebab itu penulis katakan, bukan kerajaan, tapi PAS yang perlu jelaskan pendirian mereka mengenai ISIL ini, nak sokong atau nak lawan atau bagaimana?

Bukan kerajaan BN.






Leave a Reply