Menu Utama

ISA Tak Menakutkan Penjenayah Tapi Orang Politik & Pengganas

KENYATAAN 2 orang ini, Datuk Zainudin Maidin dan Dato Ibrahim Ali yang mengaitkan penghapusan ISA sebagai punca berlakunya kejadian pengeboman di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur awal pagi semalam adalah satu kenyataan yang salah dan meleset.

Alasan penulis yang pertama, ISA tak menjamin keganansan tak akan berlaku. Akta tersebut hanya meminimakan risiko sahaja dan diantara itu banyak kerja yang perlu dilakukan pihak berkuasa berkaitan.

Umpamanya, peristiwa Jenalek melibatkan kumpulan Al-Maunah, cubaan mengebom sebuah tempat ibadat (sasaran tidak kena) dan beberapa insiden yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut pada tahun 2000, adalah berlaku ketika ISA masih berkuatkuasa.

Sebelum dari itu pun (sehingga ISA dimansuhkan), beberapa kejadian letupan bom buatan sendiri dan keganasan seperti kejadian Memali di Baling Kedah, berlaku juga walaupun akta tersebut belum dihapuskan.

Alasan yang kedua, ISA tak menakutkan penjenayah. ISA hanya ditakuti oleh orang-orang politik dan pengganas kerana 2 golongan inilah yang paling selalu ditahan dibawah akta ini pun dulu. Termasuk dalam kategori pengganas ialah perisik-perisik asing yang cuba membuat onar di negara kita.

Buat pengetahuan Datuk Zam dan Ibrahim Ali, undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menangani kejadian yang berlaku di Bukit Bintang semalam. Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan polis menahan tertuduh selama 60 hari tanpa bicara sepatutnya sudah cukup untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

Sebaiknya dalam hal ini, biarkan dulu pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang ada. Yang penting, jangan kelirukan rakyat dengan kenyataan yang kurang cerdik sifatnya dan boleh dipatahkan dengan mudah.






7 Komen to ISA Tak Menakutkan Penjenayah Tapi Orang Politik & Pengganas

  1. orang selatan says:

    pada aku adanya ISA at least dapat mengurangkan masalah2 berikut… umpama api semasa kecil kawan, setelah besar lawan…

  2. Uturn says:

    ISA tak perlu dibangkitkan lagi, sudah dimansuhkan. ada akta baru yg boleh cegah, cuma saya harap akta hasutan jgn dihapuskan

  3. itsme says:

    that is why dia org jd menteri pun sekejap je.. emosi mengatasi akal mmg payah ooo

  4. Syed says:

    Penguatkuasaan & kawalan sempadan perlu dipertingkatkan… bg mengelak senjatapi dibawa masuk….

  5. bangKano says:

    Kadang kala si penjenayah jugak terlibat ngan aktiviti pengganasan untuk menghuru hara negara ke arah anarkis. Polis pun pernah mengabsah kan penglibatan para penjenayah semasa demonstrasi BERSIH dulu. Mereka di upah oleh oleh golongan politis tertentu untuk mencapai misi & visi masing masing.

  6. Jambol says:

    Masalah-masalah yang kita hadapi sekarang ini hasil daripada penghapusan ISA menunjukkan betapa bodohnya beberapa orang menteri pada masa itu, dan masih lagi menjadi menteri sekarang ini, yang bersungguh-sungguh nak menjadi hero pembangkang. Lihatlah sekarang, siapa yang susah apabila soal-soal sensitif agama dan perkauman ditimbulkan untuk memporak-perandakan keharmonian negara.

Leave a Reply