Menu Utama

Husam gagal saman fitnah terhadap Utusan.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk ‘Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran’ yang disiarkan pada 22 Nov 2009 di Mingguan Malaysia.

Pada 22 Feb 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.

Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa bahawa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa ‘maksud fitnah’ terhadap plaintif.

Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.

Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.

Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar.

Sumber Awani






7 Komen to Husam gagal saman fitnah terhadap Utusan.

  1. Uturn says:

    Padan muka. Dia ngat dia boleh buat duit mudah dgn saman org tapi tak tgk fakta dulu. Kan kena. Bayar kos semua.

  2. semangat dato' haron says:

    Mcm mana kes Najib dgn MalingsiaKini?

  3. ToraTora says:

    Bila kita tengok pada jumlah saman jelas saman tersebut berniat dendam kesumat dengan penuh hasad dengki..tak boleh jentik sikit..saman. Tu ajelah kerja kaum pakatan tahalufsiasi bila kena jentik sikit..tak ada kotey

  4. alimedanbaru says:

    jenis manusia perasan MAKSUM!
    TAPI BERANGAN NAK DUIT!

  5. raplahjingaa says:

    Malaun ni yang tipu orang Kelantan pasal lebuhraya, keretapi laju dan minyak siap proses, aku hairan sungguh macam mana orang kelantan boleh percaya, dan aku jugak hairan macam mana orang kelantan boleh di tipu berkali-kali macam tu.

  6. WTF says:

    Well, the answer is SO OBVIOUS saudara raplahjingaa!!!

    Mata dan hati mereka di Kelantan telah DIBUTAKAN oleh Allah SWT.

Leave a Reply