Menu Utama

Hiruk-Pikuk DAP, Gadis Melayu dan Pelacur

Ruang pemikiran anak-anak gadis Melayu yang menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) memang aneh dan luar biasa. Bila kita katakan perbuatan mereka lebih hina dari pelacur yang mencari sesuap nasi melalui pekerjaan itu, mereka membuat kenyataan bahawa kita menuduh mereka murtad.

Saya menulis “Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP” memberi konotasi dan perspektif yang jelas betapa hinanya mereka yang menyertai parti DAP dari segi kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.

Saya tidak menyatakan mereka setaraf pelacur atau sehina pelacur atau murtad seperti yang cuba digambarkan oleh tiga “serikandi melayu sesat” ini. Saya mengatakan mereka ini lebih hina dari pelacur!

Jika mereka mahu membuat laporan SKMM terserah kerana saya tidak fitnah mereka sebagai pelacur! Saya menulis:

Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah “menjual diri” kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam .

Semoga Diyana Sofea, Melati dan rakan-rakan diberi hidayah untuk kembali kepada jalan yang lebih baik dan lebih murni walaupun tidak sempurna..

Seorang pelacur hanya berdosa, mereka tidak murtad.

Justeru bila seorang gadis Melayu berpurdah lulusan “Teaching English as Second Langguage” (TESL) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan saya menuduh beliau murtad, maka jelaslah kepada kita setakat mana makna Islam kepada beliau.

Beliau tetap Islam dan akan kekal Islam selagi percaya kepada Allah sebagai tuhan yang Esa, Muhammad sebagai rasul terakhir dan al-Quran sebagai ajaran Allah.

Namun untuk seorang manusia Islam menyertai DAP secara terbuka, apatah lagi berpurdah, mereka telah “melacurkan” nilai Islam dan Melayu untuk kepentingan politik DAP.

Justeru dalam ukuran moral politik, mereka ini lebih hina dari pelacur yang mencari sesuap nasi. Mereka tidak perlu menjual maruah agama dan bangsa untuk sesuap nasi, namun mereka melakukan juga,

Ini adalah adalah ukuran moral yang seharusnya diterima secara terbuka oleh mereka jika mahu menyertai politik.

Mereka boleh tidak bersetuju dengan UMNO dan menyertai Parti Islam se-Malaysia (PAS). Namun mereka tidak menyertai Pas. Mereka boleh juga menyertai parti pimpinan orang Islam dalam PKR biar pun nampak macam Islam liberal sahaja. Tidak juga mereka pilih laluan itu.

Tapi mereka memilih parti DAP yang selama ini secara tersirat mempertikaikan kelebihan kedudukan agama Islam di negara ini.

Apakah tindakan mereka ini tidak mengkhianat agama Islam, apabila mereka menyertai parti politik DAP yang diketahui yang sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan kedudukan agama Islam melebihi agama lain dalam persekutuan ini?

Pemimpin parti manakah yang pernah menyatakan “langkah mayat saya dulu sebelum laksanakan undang-undang Islam”?

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam, parti inilah yang membuat kempen membantah pengisytiharan tersebut.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa DAP berada di sebalik tindakan beberapa paderi kristian menyaman kerajaan persekutuan kerana larangan menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Malah Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah, adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

“Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan,”

Apabila mendengar rintihan dan ucapan ketiga-tiga peragawati DAP berbangsa Melayu dan beragama Islam ini mengulas tulisan saya, fahamlah saya mengapa mereka menyertai DAP. Mereka langsung tidak berupaya memahami makna tersurat apa yang saya tulis dan mentafsir yang tersirat seperti “lain bengkak lain yang bernanah.”

Berdasarkan cara mereka bercakap dan butiran yang mereka lontarkan, saya hairan bagaimana mereka boleh lulus UiTM. Mereka mengkritik tulisan saya sebagai tidak adil tapi melalui pemahaman yang salah sama sekali.


Saya tidak pernah menghina wanita menyertai parti politik atau mana-mana parti politik. Saya hanya hina mereka kerana saya anggap mereka hanya “alat pameran” DAP untuk menyakinkan orang Islam bahawa mereka bukan anti Islam dan Melayu.

Saya tidak pernah anggap mereka pelacur kerana pelacur lebih mulia dari mereka!

Jadi ulasan mereka mempertahankan diri hanya sekadar menampakkan pemikiran yang dangkal penaakulan fakta dan jahil politik. Mereka tidak mempunyai upaya untuk memahami kandungan sebuah artikel yang ringkas dan berterus- terang. Jika artikel yang berterus-terang pun mereka tidak faham, mana mungkin mereka mengerti tipu daya politik DAP!

Mungkin kerana itu mereka mudah diperdaya oleh DAP di sebalik perjuangan kesamarataan, liberalisasi dan keadilan.

Suatu hari nanti, di usia lanjut, mereka akan menjadi seperti Tunku Abdul Aziz dan Aspan Alias, menyedari bahawa mereka hanya menjadi bidak catur politik cauvinis DAP yang bertopengkan perjuangan ketelusan dan keterbukaan.

Tindakan mereka membuat laporan SKMM mendakwa sebuah analisis politik sebagai fitnah, mendakwa perbandingan dengan pelacur sebagai tuduhan sebagai pelacur, dan percakapan mereka ketika di wawancara hanya mengesahkan mereka adalah alat politik DAP.

(Penulis menggunakan nama pena Kunta Kinte Malaysia ini tiada kena mengena dengan nama pena Kunta Kinte dalam Berita Harian atau Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin)






15 Komen to Hiruk-Pikuk DAP, Gadis Melayu dan Pelacur

  1. tengkudin says:

    sebenarnya 3 ekor betina tu kemaruk nak berlaki…tu yang meroyan tak tentu pasal..
    soh kit siang ambik semuanya jadi bini je…hehehe

  2. Uturn says:

    Dap celaka ni besar kepala. Dia belum tgk org lain besar kepala.

  3. burrpp.. says:

    3 org budak celaka ini mana tau apa-apa. Bila bos suruh buat repot polis mereka pun buat padahal mereka tak baca pun apa yg ditulis oleh MYKMU. Tengoklah ketika Gobind ada bersama mereka ketika buat repot, jika mereka baca apa yg ditulis pasti mereka malu sendiri. Tapi disebabkan isu ini ada nilai politik, maka mereka rela di anjingkan demi keuntungan politik murahan.

  4. ASSALAMUALAIKUM WBT…

    Salam perjuangan.. Saya blogger baru yang berjinak-jinak untuk membela Agama,Bangsa dan Tanah Air tercinta serta ingin bersama-sama jemaah blogger Pro BN seperti TUAN. Saya sudah link blog TUAN di blog saya dan saya dengan rendah DIRI berharap TUAN dapat meletakkan LINK blog saya http://www.kulihatlangitbiru.com di blog TUAN Jua… Terima Kasih,,,

  5. Sebaik Perhiasan says:

    Sepatutnya mereka itu tidak diberikan publisiti langsung oleh media. Sebarang artikel yg berkaitan mereka kan hanya mengumpul lebih ramai pengikut mereka, krn zaman sekarang setiap yg bertentangan dgn taboo sebuah masyarakat akan diangkat sbg hero oleh golongan muda. Akn mudah menjadi ikutan dan trend. Semakin byk artikel ttg mereka, maka semakin byk publisiti utk mereka. Memungkinkan lebih ramai terpesona dgn gaya menentang arus ini. Khususnya golongan muda. Dr komen diatas juga boleh dilihat reaksi masyarakat kita terhadap mereka. Kata-kata kesat terhadap mereka memungkinkan mereka lebih disanjung oleh golongan penentang arus.

    Abaikan mereka. Biarkn mereka menjadi hero utk golongan mereka shj. Jgn sampai trend menentang arus dan taboo ini menjadi satu kemestian kpd golongan muda. Hasil dr reaksi keceluparan kita terhadap mereka.

  6. Syed says:

    3 betina ni kalau dah tak boleh di tegur … pergi lah dalami agama Islam terlebih dahulu dari guru agama tulin… bukan guru yg tidak campur aduk politik – agama … bertambah pening… carilah kebenaran sejati … jgn sampai tersesat jauh … atau terminum air gereja nak mengucap kalimah syahadah pun dah tak boleh nanti … insaf lah…

  7. Ni semua salah pas,kerana pas kemaruk nak berlaki, hingga sanggup bercoupel dengan dap,lahirlah tiga monyet akbat dari persetubuhan haram ni

  8. reds says:

    minah 3 ekor nih memang retard….

  9. orange party says:

    hak individulah nk sokong parti apa pun…sikit pun xslah…tang mna yg dia gadaikn islam 2??sdngkn kita mentadbir pun ikot corak barat..???aku rsa lebh hina org pompuan bangsa n seagama dgn kita kerja menari di pub…nmpk sgt jahil agama..
    yg 2 yg patut kita ambil berat..generasi ank muda yg gaya hidup menyimpang dri islam…yg stahun xpernh skli pun xda kes buang bayi di negara kita…semua parti sekular..pas,umno,dap,pkr,sabah bersatu,dn mcm2 lg parti yg ada di malaysia…bezanya mana parti yg menjaga kebajikan rakyat..jgn angap org lain yg menyokong parti xsma dgn kita hina sbb beza pendapat sja..???klu betollah PR nih lebh teruk dri BN kenapa rakyat kelantan,penang,selangor lebh sokongkan PR..??soalan yg xdpt aku jawab sendiri..???
    aku bukn penyokong kuat PR OR BN
    aku hanya sekadar seorang rakyat dlm berjuta rakyat di malaysia yg berharap kerajaan menjaga kebajikan aku..sbb 2 tugas pemerintah..x kira sapa pun yg tadbir negara ini

  10. jombo says:

    cakap tu biar la berlapik sikit…semuanya sama BN ke PRK ke DAP kalau jadi ahli politik tu semuanya kerana nak DUIT dan PANGKAT….yang jadi mangsa rakyat biasa……tak banyak 20 sen aje

  11. raplahjingaa says:

    3 ekor betina tu nak sokong DAP tu dia punya pasal…tapi jangan dok kutuk intenti melayu seperti UITM, MARA, FELDA dan sebagainya, jangan buat fitnah sana sini…nak bubarkan Batallion askar Melayu, nak samakan agama Islam agama rasmi negara dengan agama lain, nak bubarkan DEB, nak hapuskan keistimewaan bumiputera yang dah tak dak apa yang istimewa.

    Kalau pakatan haram lebih bagus pada BN kenapa, Perlis, Kedah, Perak, N9, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu,Sabah dan serawak menolak pakatan haram ?? cuba hang pikir sat ?? rasa aku yang ni tak susah sangat nak hang fikir kan ?

  12. jentayu says:

    orange party, sudah terang lg bersuluh betapa dap sedaya upaya tak mau umat melayu islam maju samada di dunia mahupun akhirat. bila islam xde kedudukan lg dalam pentadbiran Negara, tgklah sedara2 kita kat sebelah tambak sana. mcm yg penulis tu kata pelacur atau penari pub dosanya pada Allah. jika dia bertaubat nasuha insya Allah diampunkan kerana Allah tu maha pengampun. tapi jika dia sama2 bantu dap jahanamkan umat islam di Negara ini, dosanya sampai ke cucu cicit macam mana Othman wok membangsatkan bangsa dia sendiri di singapura. kalo nak citer tadbir ikut barat zaman khalifah dulu pun ada elemen pentadbiran dari kerajaan parsi mcm system pendaftaran yang dicedok. adakah mencedok system tu dapat kurangkan keislaman khalifah? ko ty diri sendri la. jangan sempit akal sgt.

  13. sman says:

    Pemahaman mereka mengenai Islam bukanlah sejauh mana,mereka menganggotai DAP bukan langsung kerana perjuangan mahu pun ugama.Populeriti adalah matlamat sebenar dan utama mereka.Fungsi dan kedudukan wanita dalam Islam pun mereka sangat dangkal mengenainya,itulah sebabnya mereka sanggup mengharungi kancah politik yg penuh fitnah,cobaan dan sering di anggap kotor ini. Islam sangat berhati-hati dalam mebenarkan wanita menyertainya apa jua kegiatan yg boleh menimbulkan fitnah,tapi mereka beria-ria menyertainya seolah,menyokong DAP adalah sesuatu yg sudah menjadi ‘dharurat’,ertinya memembatu menegakkan polisi DAP yg liberal dan sosialis itu adalah wajib sekarang.GILA.

    KeGILAAN ini berpunca dari sikap PAS yg terlalu menunjuk-nunjuk dalam memberi sokongan kepada DAP.Lihat saja bagaimana ahli PAS galak dan seoalah-olah sanggup ‘berjihad’ mengibarkan bendera DAP sambil bertakbir,dijalan raya,di perhimpunan ,dimarkas,di kenderaan dan di rumah-rumah mereka.Pas berjaya mentarbiah kah mereka yg lemah pengetahuan ugamanya ,bahawa menyokong Pas adalah Islamik,jadi Islamik juga lah menyokong DAP,kerana ianya sekutu PAS.2 gadis satu bertudung dan satu berpurdah ini adalah mangsa gelagat PAS.

  14. Badrole Amin says:

    takebeer & orange party says:

    “hak individulah nk sokong parti apa pun…sikit pun xslah…tang mna yg dia gadaikn islam 2?”

    hahaha bongok punya lembu peliharaan DAP…semasa kempen PRK Teluk Intan kan dia kata dia tolak hudud…selepas menyedari apa dia katakan itu salah dan bercanggah sebagai orang Islam, dia kata pulak kalau partinya(DAP) tolak hudud dia pun kena tolak hudud…anak aku berusia 7 tahun pun tahu kata-kata atau pendirian seperti ini sebagai menggadai Islam juga…menyokong partinya(DAP) mahu menghapuskan segala hak keistimewaan(termasuk entiti-entiti) Melayu juga bermaksud menggadaikan Islam kerana Bangsa Melayu sinonim tidak boleh dipisahkan dengan beragama Islam

    takebeer & orange party says:

    “sdngkn kita mentadbir pun ikot corak barat..???”

    apa punya bongoklah, kalau ikut corak barat takdelah agama Islam dijadikan sebagai agama persekutuan dan tentulah tak boleh ada penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara dan negeri-negeri

    takebeer & orange party says:

    “aku rsa lebh hina org pompuan bangsa n seagama dgn kita kerja menari di pub…nmpk sgt jahil agama..”

    aku pulak rasa lebih hina 3 ekor bijik gatal itu dari pompuan bangsa n seagama dgn kita kerja menari di pub

    takebeer & orange party says:

    “klu betollah PR nih lebh teruk dri BN kenapa rakyat kelantan,penang,selangor lebh sokongkan PR..??soalan yg xdpt aku jawab sendiri..???”

    semasa pasca merdeka pembangkang pernah menang banyak negeri tapi selepas itu mereka kalah memanjang je sehinggalah 2008(PRU12) dan 2013(PRU13) pula pembangkang cuma dapat kekalkan Selangor & P. Pinang…aku tak sebut Kelantan sebab Kelantan diperintah oleh PAS sejak 1990 tanpa bantuan faktor kekuatan persekongkolan bersama DAP dan PKR dalam PR…kuat apanya PR kalau 2008 menang 4 negeri tapi 2013 cuma dapat kekalkan 2 negeri…jangan cakap besar lah kata PR kuat itu dan ini…PR kuat menipu, memfitnah, menabur janji(tak pratktikal dan tak masuk akal) ada le…hehehehe

Leave a Reply