Menu Utama

Gerakan Militan: KDN Kenal Pasti 39 Orang Rakyat Malaysia Termasuk Wanita

zahid hamidi5KUALA LUMPUR, 15 Okt — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun setakat ini polis belum dapat mengesahkan pembabitan mana-mana individu berkenaan dalam aktiviti Jihad Al-Nikah.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jihad Al-Nikah atau jihad seksual merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan seksual militan.

Ahmad Zahid berkata sekiranya terdapat bukti yang kukuh berhubung penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang terlibat dengan elemen militan di dalam atau luar negara,” tegas Ahmad Zahid.

— BERNAMA






6 Komen to Gerakan Militan: KDN Kenal Pasti 39 Orang Rakyat Malaysia Termasuk Wanita

  1. Uturn says:

    Kerajaan kena benteras kegiatan ni. Jgn benarkan sama sekali. Tangkap mereka yg terlibat sbg militan atau pengganas. Kalau dibiarkan lama2 dia buat gerakan dlm negara ini pulak.

  2. dkds says:

    Kita tifak mahu negara ini mrnjadi pengkalan lubuk untuk mrnambah ahli militan…

  3. kayu says:

    Orang Islam jangan jadi terlalu bodoh…!!…cuba fikir sikit mengapa Pengganas IS ni hanya digalakkan pergi berperang di negara-negara Islam sedang negara yang memusnahkan negara tersebut adalah negara kafir dan Zionis laknat..!!!…inilah taktik dajal untuk melaga-lagakan sesama Islam untuk berbunuhan sesama sendiri kemudian bolehlah mereka menguasai sepenuhnya negara-negara tersebut setelah rakyat negara itu sudah lemah dan tiada upaya lagi….kalau benarlah IS itu tentera jihad Islam dan dipimpin oleh pejuang Islam….mereka sepatutnya menyerang negara Amerika dan Israel yang telah menjajah dan membunuh orang Islam.!!!..itu baru dinamakan Jihad..!!!..fahami maksud IS,,. iaitu Negara Islam…….simbol musuh yang dicipta oleh US…iaitu negara-negara Islam adalah sasaran mereka untuk dimusnahkan untuk diganti dengan negara yang tiada agama ,supaya Yahudi bebas nmenguasai dunia…!!!!!!!

  4. raplahjingaa says:

    Yup…fund untuk IS diberi secara covert oleh US melalui agen-agen yahudi yang menyamar sebagai funder untuk IS. IS pulak adalah nama yang diberi oleh amerika, dan secara sinonim ianya digunakan serata dunia untuk mengambarkan kumpulan ini, termasuk lah Malaysia.

    Aku kekadang angin jugak tengok TV kita…ceduk propaganda barat 100%, dan sebarkan pada penduduk negara ini. Menteri penerangan selepas Tok Mat tak ada yang credible, yang depa tau dok rasmi rancangan hiburan yang tak berfaedah langsung.

Leave a Reply