Menu Utama

Gagal Sukan Asia, Sampai Masa Menteri Sukan Mandi Bunga?

PENULIS harap artikel ikhlas ini tidak mengecilkan hati sesiapa sehingga laporan nak dibuat kepada SKMM dan sebagainya.

Tergerak di hati penulis nak membuat coretan ini setelah terlihat kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran 8 emas dalam Sukan Asia yang melabuhkan tirainya hari ini.

Perkara ini penting kerana sejak kepimpinan Kementerian Belia & Sukan bertukar tangan, ini adalah kali kedua kontinjen negara gagal mencapai sasaran emas.

Apatah lagi, kegagalan berganda ini menyusul belum beberapa lama setelah kontinjen negara gagal di Sukan Komanwel dan kali ini Sukan Asia pula menjadi bukti kegagalan pihak-pihak berkaitan mengenal pasti jenis sukan yang mampu menghadirkan Emas untuk negara.

Inilah yang sebenarnya, bukan sangat berapa banyak emas kita patut bawa balik. Penulis rasa rakyat tak kisah pun kalau letak sasaran rendah jika memang itu kemampuan kita.

Yang buat sakit hati ni bila sasaran memanjang saja tak capai dan kita tak cakap tentang sebarangan menteri tapi menteri dengan latar belakang ‘luarbiasa’ serta ternampak hebat dalam banyak benda.

Mungkin sampai masanya Menteri yang berkenaan berhenti buat benda benda tak berkaitan dengan tugasnya seperti mandi ais serta yang seperti itu dan balik melihat semula usaha alternatif yang sedia wujud dalam tradisi masyarakat Melayu.

Jangan terperanjat kerana mandi dengan tujuan tertentu seperti Ice Bucket ini memang sedia wujud dalam adat istiadat Melayu, cuma namanya mandi bunga dan tujuannya nak buang sial (kok ada).

Marah? Janganlah, nanti kena jual…






13 Komen to Gagal Sukan Asia, Sampai Masa Menteri Sukan Mandi Bunga?

  1. jentayu says:

    Masalahnya sasaran pun mmg dah rendah. Itu pun xleh capai. Sejak si kitol jd menteri kbs ni kita dah hilang bragging rights dgn singapura yg mengalahkan kita berturut2 dr segi pungutan pingat di komanwel dan sukan asia. Senang citer kpi dia well below par. So aku pun x paham apa yg budak2 muda ngan supporter pembangang suka sgt dgn dia ni.

  2. tengkudin says:

    mandi air longkang je…

  3. Badrole Amin says:

    tak baik kata buang sial, kata buang suwey dah cukup

    berapa jenis bunga pulak menteri nak kena mandi?…apakah termasuk bunga ‘rafflesia’?

    kenapalah bunga mengeluarkan bau daging busuk diberi nama rafflesia, berilah nama bunga kit siang ke atau bunga guan eng ke tak pun bunga n.ajis

    aku percaya kalau menteri sukan terbaca artikel, dia akan mengadu juga pada shabery chik

    hehehehe

  4. Uturn says:

    Letak jawatan saja stokin pink ni, meluat tgk

  5. bangKano says:

    Tak adil jika kita desak menteri berkaitan perihalan perkembangan sokan letak jawatan berikutan kegagalan mendapat banyak emas dalam Sukan Asia dll.Pasai apa kita tak di menyalah kan pada para atlit yang gagal menggengam pingat…? Atlit plak sebagai manusia biasa punya kelemahan..kadang kala form nya amat baik dan sekali seklaa punya form yang tak bagus. Tengok Lee Choon Wei yang di julang selalu pun dah kalah ngan Lin Dan dalam acara badminton di Incheon baru baru ni…ni menunjuk kan belaiu punya form yang tak begitu bagus.

    Jangan la rasa kebencian ekstrem kat individu tertentu sampai hilang kewarasan berpikir. Kalo lagu tu la sungguh malang la pada setiap individu bersilih ganti yang memegang portfolio sukan negara terpaksa meletak jawatan bila negara gagal meraih pingat yang di idam idam kan dalam apa jua acara sukan antarabangsa. Ni tak adil la.

    La ni rakyat Malaysia sedang menunggu hasil pencapaian ekonomi dalam menuju negara maju sebagaimana di wawas oleh Tun M menjelang 2020…..seandai nya gagal capai matlamat nanti ada ka kita mau desak PM DS Najib letak jawatan…? Sanggup kita berbuat sesuatu yang di rasa kan tak adil.Ni semua perkara di luar jangkaun pemikiran manusia…kita mampu merancang tapi hasil kita belum pasti cuma tergantung pada keazaman kental & keadaan/risiko yang tak terduga…hanya ALLAH yang Maha Mengetahu.

    Dah menjadi mentaliti dominan bagi rakyat di negagha ni bila kantoi dalam kesukanan mau di arah menteri berkenaan melepas jawatan…gimana plak pak menteri portfolio lain yang gagal capai sasaran terutama semasa kegawatan ekonomi yang menjejas kan sistem perwangan/monetary system dulu…? Tak dak plak suara suara pandir mintak menteri kewangan/PM letak jawatan…? Nasib baik la PM masa tu bijak mengambil langkah langkah mengatasi nya…kalo masih gagal jugak lagu mana…? Mau paksa letak jawatan ato jatuh kan secagha tak bermoral moral di luar dari sistem demokrasi ka…? Aneh….aneh apa nak buat kalo ketaksuban melampau terhadap individu tertentu membaluti jiwa kita …semua nya baik dan di anggap keramat. Individu yang di benci plak di tumbuk dalam lesung sampai lumat.

    Melayu…oh melayu..ni la sikap negatif yang masih terakar dalam minda sebahagian besaq bangsa kita…bila di kritik di label depa tu sebagai bodo,benci melayu dan entah apa lagi yang tak begitu molek di dengaq. Mau sentiasa di puji alias ampu bodek yang dah labuh sebelah tu ka….?

  6. Tubir says:

    Najib memang sewajarnya meletak atau dilucutkan jaeayan sebagai pm kerana negara akan bangkrap sebab najib suka jual harta benda negara.

  7. bangKano says:

    Apa harta negara yang di juai oleh Najib selama ni…? Tolong hurai kan rincian nya…kita tak mau tuduhan secagha subjektif jerrr mesti ada bukti soheh….!!!

  8. raplahjingaa says:

    Melayu…bangsa yang di jajah hampir 500 tahun, kemudian setelah 60 tahun merdeka…masih ada lagi yang melihat orang melayu dari kaca mata penjajah !! itu yang aku tak suka…lihat bangsa melayu dan lihat bangsa lain apa bezanya ?? kenapa kebobrokan individu nak di link kan dengan bangsa ??

    Bagi aku satu bangsa yang dijajah hampir 500 tahun, tapi masih kekal dengan agama asal mereka ??? tak ada satu pun kecuali bangsa melayu. Itu dah cukup untuk menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa terpilih…..

    Jangan terlalu ikutkan trend penjajah yang memandang rendah akan bangsa melayu, penjajah terpaksa membawa masuk askar India, Gurkha dan dari pelbagai tanah jajahan hanya untuk menewaskan pejuang bangsa yang menggunakan keris dan lembing, bila Lt Adnan masih bertempur di bukit timah, dan pada masa yang sama beribu tentera British dah pun mula menyerah kalah !

    Propaganda yahudi dah menyusup jauh kedalam hati sesetengan orang melayu sehingga sanggup memperkecilkan bangsa sendiri dengan pandangan sinikal. Sedih…

  9. semangat dato' haron says:

    X adil menyuruh najib letak jawatan. Cuma dia harus membenarkan umno diberi peluang dlm membuat keputusan dlm kerajaaan

  10. GT86 says:

    Elok letak jawatan lah. Demi maruah dan harga diri. Kalau di Jepun, mereka sanggup jalani upacara bunuh diri. malu yang amat sangat, kerana gagal menunaikan tanggung jawab.
    Selama ini tuan sibuk sangat mengkritik kementerian lain yang gagal tetapi jelas terbukti kementerian tuan telah gagal. Berapa banyak duit rakyat telah di gunakan? Terima hakikat, tuan telah gagal. Tuan tidak merasa malu?
    Yang jelas tuan terlalu gelojoh mencari populariti di kalangan orang muda. Menyediakan penyokong-penyokong untuk Persediaan masa depan kan? Tuan saling tak tumpah seperti Anuwar anak lelaki ibrahim.
    Tidak perlu mandi bunga, itu khurafat. Tuan dah lah seorang liberal . Di tambah dengan melakukan khurafat, jadinya liberal khurafat.
    Tidak perlu bunuh diri (dosa besar tu) , tapi cukup lah dengan meletak jawatan. Itu pun jika maruah dan harga diri penting untuk tuan.

  11. raplahjingaa says:

    Tu la…dia dok sibuk kritik kementerian lain, sibuk dok masuk campur hal kementerian lain, kementerian dia sendiri…tak dak apa yang boleh dibanggakan.
    Letak dia kat kem Belia dan sukan dan letak la sapa pun kat situ…aku rasa tak ada beza apa pun.

    Yang dia tau senamrobik sana, senamrobik sini…..

  12. bangKano says:

    Bangsa melayu tetap menganuti islam tapi penghayatan islami nya dah tak tulen lagi sebagaimana dalam teks suci alQuran…masih terdapat saki baki pengaruh hinduisme/buddhaisme & israliyahisme terserap dalam ajaran islam yang di anggap satu hukum ALLAH. Ni la virus yang menjadi kan melayu separa muslim….islami takat permukaan tapi jiwa masih lagi bersimpang siur ngan kurafatan. Islam dah tercemar yang di doktrin kan oleh segelintir agamawan setengah masak……banyak pendapat tak bersandar nas soheh wahyu di garap jadi hukum mutlak ikut penafsiran masing masing. Ibadat ritual banyak yang di resapi ngan teori bidaah…jelas ketara tang perihalan haji…boleh di upah pada oghang lain sekira nya individu berkenaan sudah meninggal dunia,sakit tenat,lumpuh dsbnya. Tu sebab roh penghajian tak meresap dalam jiwa muslim ini di sebab kan telah di laksana kan oleh oghang lain,dampak semua pemikiran & tindakan sering bercanggah ngan ajaran ALLAH. Akibat nya muslim mudah tersesat ngan ajaran baru kunun nya berkaitan islam.

    Rumusan nya tak bermakna jadi muslim tapi jiwa nurani masih kotor ngan unsusr unsur negatif….!!!!!

Leave a Reply