Menu Utama

Elaun RM15j: Kenapa Anwar tidak saman Faekah?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ditempelak kerana hanya mampu berdiam diri tentang dakwaan beliau membuat tuntutan elaun berjumlah RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata, sikap Anwar itu agak menghairankan kerana beliau masih belum membuat sebarang penafian terhadap dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.

Menurut beliau, persoalan timbul kerana Anwar lazimnya tidak akan teragak-agak memfailkan saman terhadap sesiapa sahaja yang membuat tuduhan terhadapnya.

“Sebab itulah saya kata, pembangkang bila kena batang hidung sendiri, mereka diam membisu.

“Namun, apabila mencari kesalahan orang lain, merekalah yang akan jadi jaguh sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum itu tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan ketika menjawab celahan Noh semasa beliau membahaskan Bajet 2015.

Beliau sebaliknya mengarahkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) memberi penjelasan tentang dakwaan Faekah itu dalam ruangan yang lain.

Faekah ketika mengumumkan penutupan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 22 September lalu turut membangkitkan tentang pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

Walau bagaimanapun, pada 1 Oktober lalu, Mohamed Azmin mengekalkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekali gus membatalkan keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Utusan.






13 Komen to Elaun RM15j: Kenapa Anwar tidak saman Faekah?

  1. Uturn says:

    Bila time mereka semua penyelewengan jadi halal. Jangan bn saja yg buat.

  2. GT86 says:

    Tak kisah lah pasal Anuwar ni. Tapi Azmin tak kan nak diam diri. Duit rakyat. Kan mereka berkerja untuk rakyat. Seperkara lagi, kan hal ini berlaku pada zaman Khalid, musuh ketat Azmin. Masa ni lah nak tunjuk hero….keadilan untuk rakyat kannnnn.
    Rakyat Selangor pun jgn diam aje… Banyak tu 15 juta… Hak korang di rompak

  3. ToraTora says:

    Kamu semua ni tak ada belas kasihankah kat beliau?Kepala dah pening sangat2 tu..tak lama lagi nak masuk Sg. Buloh semula he3

  4. PenjawatAwam says:

    Selagi rakyat dan kerajaan negeri Selangor merelakan apa jua jumlah untuk dibelanja oleh penasihat finance mereka, apa sangat jumlah 15M itu. Small amount, chicken feed.

    Semua kita tahu bahawa AnwarIbrahim seorang individu yang tahu memaksimakan kuasa selari dengan kedudukan dia.

    (aku NAK tengok comment aku ini kekal disini, atau akan dibuang… saperti beberapa komen lain yang aku buat dan dibuang)

  5. system baru says:

    Apa perancangan anwar pada dulu selangor aku lihat kosong setelah banyar elaun 15juta duit nya dibuat pergi jalan2 ke amerika,turkis,jepun,thailand tak ada satu pelaburan bawa masuk oleh anwar, kalau duit itu belanja betul dan bawa pelaburan di selangor aku sendiri benarkan gunakan duit itu. Sedangkan bajet bayang pr rafizi yg jawab. ketua diam apa jenis ketua pembangkang itu

  6. system baru says:

    Penasihat kowangan selangor apa kalau majis pecah tanah pembangunan di selangor ini azmin buat. ketum langsung tak tengok projet pembangunan diselangor baik buang ketum itu

  7. Syed says:

    Heh penyamun tarbus… ini bukan lagi cerita komedi daaa…

  8. korokstabang says:

    penasihat ekonomi singgit ? hamjadah.. 15 juta tu singgit kepala baaapakkk dia

  9. yon76er says:

    Mek Sah n jebon…any comment????? Sekarang sapa makan sapa????? Mat Ketum belajar dari YAHUDI..MENYAMUN saja yg dia pandaikan….

  10. Lan Halmi says:

    Wah hebat betul pak pandir bergaji seringgit.yg 15 juta tu yg nampak ,yg tak nampak tu berapa juta pulak,?inilah prmimpin yg konon membangun kawasan permatang pauh.

  11. Younger But Wiser says:

    PenjawatAwam wrote@October 14th, 2014 at 3:15 PM

    “Selagi rakyat dan kerajaan negeri Selangor merelakan apa jua jumlah untuk dibelanja oleh penasihat finance mereka, apa sangat jumlah 15M itu. Small amount, chicken feed.

    Semua kita tahu bahawa AnwarIbrahim seorang individu yang tahu memaksimakan kuasa selari dengan kedudukan dia.”

    Dulu kata dibayar seringgit sahaja. Kenapa minta RM15 juta pula?

    MB, Exco, ADUN dan penjawat-penjawat awam yang ada ramai dan dibayar gaji dalam kerajaan negeri Selangor tu semuanya kurang cerdik ke sampai perlukan penasihat kewangan yang dah jadi penipu besar minta RM15 juta?

    Anuar Berahi memang pandai memaksimumkan kuasa berahinya, pasal tu depan jadi belakang pun boleh juga!

  12. bangkano says:

    Ni lagi sekoq cicit keturunan lanun melayu habih semua dana awam dia sebat. Cuma belum lagi bergelaq raja…tapi tetap berhak di panggil Raja Pungkoq…habih lubang dia keghabat maka layak di ” anu ” gerah Lanun segala Lanun termasuk pungkoq. Anu dia sentiasa gerah….

Leave a Reply