Menu Utama

Cubaan halus ke arah liberalisasi dan pluralisasi agama

Tindakan penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam ibarat jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam supaya mendokong liberalisasi dan pluralisasi agama.

Pendakwah terkenal, Mohd. Kazim Elias mendakwa, kempen yang kononnya ingin menghapuskan stigma dalam kalangan umat Islam terhadap haiwan tersebut merupakan suatu gerakan cukup halus, dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan sebelum akhirnya bakal merubah serta menidakkan hukum agama.

“Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, ‘mai’ anjing pula, lepas ni apa pula? Jangan lepas ni buat kempen babi pula dengan alasan babi sekarang dah bersih dan diternak dalam pendingin hawa serta mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa.

“Halusnya kempen anjing ini. Namun sayang, ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Semalam, penganjuran program tersebut mendapat sambutan segelintir umat Islam apabila turut menyentuh serta membelai haiwan tersebut selain memuat naik gambar di internet.

Penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi mendakwa, tujuan penganjuran kempen tersebut adalah untuk menghakis perasaan takut orang ramai terhadap anjing yang digambarkan sebagai ganas dan sering menyerang manusia.

Dalam pada itu, Mohd. Kazim berkata, penjagaan anjing sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam, tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan urusan ibadat seharian.

“Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa? Nak jadikan anjing sebangai apa? Mula-mula pegang, selepas itu bela, selepas itu masuk dalam rumah. Selepas itu?

“Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pegang babi pula dengan melawat ke pasar babi. Lepas itu, melarat ke makan babi pula,” katanya.

Selain itu, Mohd. Kazim turut mempersoalkan mengapa tidak dianjurkan kempen ke masjid mahupun penerimaan hudud atau konsep kalimah Allah yang sebenarnya.

“Nanti akan ada yang kata, kenapa ustaz bising-bising mengenai isu anjing, kenapa tak bising isu memegang bukan mahram, tidak bertudung dan lain-lain? Yang itu pun sudah berkali-kali saya tegur dan nasihat,” katanya.

Utusan






6 Komen to Cubaan halus ke arah liberalisasi dan pluralisasi agama

  1. Uturn says:

    Bahayanya jarum ini yg akan merosakkan akidah serta perpaduan u at islam di malaysia.

  2. kayu says:

    Memang perangai orang Melayu dan orang Islam tiada persediaan dan pencegahan kena tunggu sesuatu berlaku baru nak malalak melolong,,.. ,sedangkan promosi besar-besaran telah dibuat oleh media Zionis Malangsiaikini sejak sekian lama ,tiada sebarang reaksi dari kerajaan ataupun majlis agama Islam….bila dah buat baru nak menyalak…!!!!…dalam Malangsialkini tu pun banyak fake akaun pakai nama Melayu seolah-olah Melayu liberal dan benci kerajaan…sedangkan semua akaun FB dalam tu fake akaun,,…kerajaan kalau tak tutup portal kerajaan ni perlu membayar dengan harga yang tinggi …iaitu kemusnahan serta korban rakyat negara ni….!!!!!….kebebasan media hanya pada pengkhianat.negara,,..!!!! sedangkan mereka sendiri mengamalkan dasar kuku besi zionis,,..!!!.

  3. Memang Terok says:

    Mana PAS dalam hal anjing, babi, arak dan tuak. Mereka pejuang Islam, menegak syiar..hanya mereka islam semua orang lain kurang Islam.

    Mereka bersembunyi bagai kura2 sembunyi kepala dalam cengkerang.

    Jika difikirkan, lebih baik mereka diam membisu dari berbunyi sumbang selari dengan isu kalimah Allah dulu.

  4. Orangkampung says:

    Mengapa melayu nak di cucuk ? Kerana melayu cepat melatah.

  5. Pejuang IMR says:

    Isu nya di sini, yang menganjur tu pulak bernama dan berdarah Syed …… Bukan nya Ah Chong atau Ramasamy atau John , atau ……. Yang memeloknya pulak semuanya yang bertudung….. Yang tak bertudung tak peluk pulak …….
    TAK PAHAM AKU ……

Leave a Reply