Menu Utama

China Doll punca ramai anak tiada sijil lahir.

Perkahwinan rahsia antara lelaki bukan Islam dengan China Doll atau wanita dari China yang menjadi pekerja sosial merupakan antara penyumbang kepada peningkatan jumlah anak yang dilahirkan tanpa dokumen di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebanyakan kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa kepada ibu bapa yang berkahwin hanya untuk berseronok dan tidak mendaftarkannya kerana mengelak daripada diketahui orang lain terutama bagi lelaki yang sudah berkeluarga.

Jelas beliau, masalah tersebut turut berlaku dalam kalangan lelaki Islam yang berkahwin lain secara rahsia tanpa mendaftarkannya menyebabkan anak yang terhasil tidak memiliki sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Orang bukan Islam tidak men­daf­tarkan perkahwinan kerana da­sar poligami tidak diizinkan. Banyak kejadian berlaku apabila China Doll dijadikan isteri sementara untuk berseronok dan anak dilahirkan di Malaysia disorokkan serta ibunya pula balik ke negara asal.

“Bagi orang Islam, ada yang ber­kah­win di luar negara dan tidak didaftarkan atau berkahwin di ne­­ge­ri utara Semenanjung, takut memberitahu isteri pertama maka yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) berhubung langkah pemberian taraf kewarganegaraan oleh pihak berkuasa dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, JPN hanya akan memberikan taraf warganegara kepada individu yang betul-betul layak dan beban untuk membuktikan kelayakan itu terletak sepenuhnya kepada permohonan yang dikemukakan.

“JPN mempunyai unit bergerak untuk ke seluruh negara membantu ibu bapa dan kanak-kanak ini memohon sijil lahir dan seterusnya memiliki kad pengenalan,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, sejak 1957, sebanyak 23,628 individu ditarik balik taraf warganegara me­ngi­kut Perkara 24, 25 dan 26 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab satu soalan tambahan, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah mem­berikan sijil lahir persekolahan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen atas dasar simpati bagi membolehkan mereka bersekolah di negara ini.

Tambahnya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah selesai mela­kukan siasatan mengenai projek IC (kad pengenalan) yang berlaku di Sabah dan hasilnya akan dibentangkan kepada umum dalam tempoh terdekat.

Utusan






2 Komen to China Doll punca ramai anak tiada sijil lahir.

  1. Adam Abdullah says:

    Tampa China Doll dikatakan ada dikalangan rakyat Malaysia sendiri – Melayu/Melayu, Melayu/Cina, Cina/India, Cina/Cina, Indian/India dll yang melahirkan anak di luar nikah dan anak tidak didaftarkan dan terus hidup tanpa ke sekolah. Salah siapa? Silap sendiri, ibu/bapa dan masyarakat yang mengamalkan sikap “Tidak peduli”.Dan ia juga menyebabkan adanya kes buang anak seperti yang selalu dilapurkan dalam media harian.

  2. semangat dato' haron says:

    Nasib baik jumlah pelancong China dh merosot teruk. Ada hikmah rupanya….

Leave a Reply