Menu Utama

Chegu Bard Dedah 5 ADUN PR Sabotaj Pencalonan Wan Azizah

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baru dilantik lebih kurang sebulan yang lalu bagi menggantikan Khalid Ibrahim rupa-rupanya belum boleh merasa selesa kerana sudah ada pertikaian dan tanda-tanda awal wujudnya cubaan untuk mengganggu-gugat kedudukannya sekarang.

Gangguan yang dimaksudkan itu bukannya datang dari BN apatah lagi UMNO sebaliknya merupakan gerakan dari dalam PKR sendiri yang kelihatannya sengaja mahu mencabar kewibawaan Azmin selaku MB yang dipilih dan direstui Sultan Selangor.

Seminggu dua yang lepas perkhabaran sebegini dianggap sebagai perang saraf UMNO oleh penyokong PR, kali ini harus mereka meloncat sakan kerana yang mempertikaikan perlantikan Azmin sebagai MB datangnya dari pemimpin PKR sendiri iaitu Chegu Bard atau nama penuhnya Badrul Hisham Saharin.

Dalam pendedahannya seperti dilaporkan oleh portal Malaysia Gazzete, Chegu Bard menuduh kejayaan Azmin menjadi MB Selangor disebabkan kelicikan Timbalan Presiden PKR itu melakukan sabotaj ke atas pencalonan Presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.

Dakwanya angkara tindakan 5 orang ADUN PR, dua dari DAP dan tiga dari PKR yang membuat akuan bersumpah (SD) yang baru dan menarik balik sokongan ke atas Wan Azizah menyebabkan Presiden PKR itu tidak dilantik menjadi MB Selangor yang baru.

Lanjutan dari penarikan semula sokongan oleh 5 ADUN PR itu Azmin dikatakan telah mengambil kesempatan melobi pihak istana untuk membolehkan jawatan MB diserahkan kepadanya. Atas faktor tersebut Chegu Bard menuduh ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai Timbalan Presiden yang rakus, tamak dan tidak berdisiplin.

Persoalan siapakah 5 ADUN yang mengkhinati Presiden PKR di saat akhir tidak pula didedahkan, namun Chegu Bard ada memberi bayangan salah seorangnya ialah ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang juga merupakan antara orang kuat Azmin di negeri itu.

Pun demikian soal sahih atau tidak pendedahan yang dinyatakan hakikatnya hanya Chegu Bard dan mereka yang berkaitan dalam PKR dan DAP sahaja yang tahu.

Namun Chegu Bard yang kini digantung keahlian berikutan pendedahannya mengenai penyelewengan oleh pasukan Azmin semasa pemilihan PKR 2014 baru-baru ini mana mungkin berani bertindak sendirian atau tanpa arahan atasan apabila membuat pendedahan besar sebegini. Pasti ada tangan ghaib di belakangnya.

Dalam pada itu PAS yang selama ini di kambing hitamkan sebagai punca utama kegagalan Wan Azizah dilantik sebagai MB tentu sahaja boleh menarik nafas lega seketika kerana pendedahan ini sedikit sebanyak akan menjernihkan semula maruahnya yang tercalar selepas dituduh mengkhianati rakan sepakatan.

Satu yang pasti, jika selepas ini suasana politik di Selangor kembali bergolak, rakyat negeri ini sudah boleh mengagak siapa yang empunya angkaranya dan tidak lagi terpengaruh dengan propaganda pemimpin PR yang sering menyalahkan UMNO atau BN atas segala kelemahan dan kesalahan yang mereka lakukan.






9 Komen to Chegu Bard Dedah 5 ADUN PR Sabotaj Pencalonan Wan Azizah

  1. Anak_Nogori says:

    Wayang baru sudah bermula

  2. adi says:

    ini la dia sikap pemimpin pr (yang tak berdaftar) kebanyakan tak bolih pakai, penipu, kaki fitnah, tamak, suka menyalahkan orang pada hal sendiri bodoh/buat salah, tak amanah dan banyak lagi. Beruntung la rakyat selangor dapat kerajaan yang masing2 berebut kuasa. Selangor masa bn jadi negeri termaju dalam malaysia dan sekarang negeri yang terbanyak masalah antara pemimpin pemimpin yang penipu yang jadi mangsa rakyat selangor. Rakyat yang tak bersyukur ini la jadi nya.

  3. dkds says:

    Lakonan apakah ini, bkn kah wan azizah ditolak oleh istana kerana tidak mahu MB remote control? Tiba-tiba pula timbul isu 5 adun buat U turn pula….dia ingat nak hantar SD baru boleh pakai pos ke?..

    inilah kerja chegu bard dari dulu..suka berkhayal suka merenget dan otak lembu. Kerjanya hanya mengampu anwar dan jlat wan azizah…

    Umno tak perlulah layan drama ini..lagi pun keahlian pkr dia digantung…maka pendapatannya merosot melainkan menjadi balaci nak mengajak rakyat merusih dijalanraya

  4. musykil says:

    Ooii Bard, engkau ni biol ke ape? Kau ingat yang sokong Jijah tu semua rela-hati? Kau tak terpikir yang ada tu Anwar ugut dan paksa?

    Tolonglah, jangan pakai gelaran cikgu lagi lah. Kau ni sangat mencemarkan gelaran murni ‘cikgu’ dengan ketololan engkaulah.

  5. alimedanbaru says:

    semuanya gara-gara orang bawah belajar dari orang atas
    jatuh menjatuh
    tuduh menuduh
    bodek membodek
    dengki mendengki
    reka mereka
    semuanya budaya dalam PKR
    tampa perbuatan tersebut
    PKR sepi, lesu dan tidak ada kerja yg nak dilakukan
    jadi teruskanlah
    lingkupkan Azmin
    lepas tu buat pemilihan MB baru lagi…

  6. GT86 says:

    Relaks bro… Wayang baru dah start. Tapi aku rasa, matlamat mereka adalah PAS. Nak PAS lembik balik dan sujud pada mereka. Macam nak pujuk PAS lah. Lepas ni kan si anak Berahim tu akan di lantik jadi PM di Prison County Sungai Buluh, apa lagi kekuatan yang mereka ada? Terutama DAP. DAP lah selama ini yang peroleh banyak keuntungan dari pakatan ini. Gerakan, MCA berani nak kacau Pulau Pinang? Ada UMNO pertahankan Melayu di Pulau Pinang? Di Selangor pun sapa yang beruntung?

    Tapi yang jelas, betapa Melayu mudah sangat di permainkan.

  7. […] mengenai kemungkinan pencalonan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor telah disabotaj oleh orang ADUN PR sendiri. Ulasan tersebut dibuat berdasarkan laporan portal Malaysia Gazette yang menyiarkan […]

Leave a Reply