Menu Utama

Bung: Pakatan macam ‘sate’ di Sabah

Bung_MokhtarDatuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mengumpamakan kehadiran ahli-ahli politik Pakatan Rakyat di Sabah seperti ‘sate’.

Menurutnya, Pakatan Rakyat berpolitik dengan mengamalkan adu-domba di kalangan penduduk Sabah.

“Pembangkang ini macam sate. Ada yang tukang cucuk, ada yang tukang kipas, dan ada yang tukang bakar,” kata Bung Mokhtar.

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah ucapan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membahaskan Belanjawan 2015.

Abdul Ghapur dalam ucapannya menggesa agar Putrajaya memberikan lebih tumpuan terhadap negeri Sabah.

“Saya bercakap ini denyutan hati rakyat Sabah. Taruhlah telinga kita di dada mereka,” katanya.

Beliau antara lain merujuk kepada gangguan elektrik yang didakwa berlaku hampir setiap hari di negeri itu.

Menurutnya lagi, BN perlu benar-benar memberi perhatian kepada Sabah jika mahu kekal berkuasa untuk tempoh yang lama.

“Kita perbaiki dalaman kita kerana kita mahu BN ini berkuasa sampai kiamat dunia,” katanya.
– Malaysikaini.com






5 Komen to Bung: Pakatan macam ‘sate’ di Sabah

  1. Mek esah says:

    Kesian laki zetti ni berkokok memanjang…..bila le najib nak lantik sbg menteri gantikan noh udang

  2. gambus says:

    dibandingan dengan kau mekk PAS yang takde akal , mana lebih baik ??? hahahahaha

  3. raplahjingaa says:

    Satay ? tukang cucuk PKR, tukang bakar DAP, PAS ? PAS jadi arang…..

  4. GT86 says:

    Kenapa lah engko ni busuk hati sangat Mek…

Leave a Reply