Menu Utama

BR1M Memang Ada Kaitan Dengan Pengurangan Subsidi

PERTAMA sekali, penulis suka nak jelaskan awal-awal bahawa artikel ini tidak berkaitan dengan pro kontra kewujudan BR1M dan pemotongan subsidi minyak sebanyak RM 0.20 baru-baru ini.

Sebaliknya, artikel ini nak menyanggah, pandangan “pakar ekonomi” Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin yang menafikan kaitan antara BR1M dengan pemotongan subsidi.

Hakikatnya, BR1M memang berkaitan dengan pemotongan subsidi (termasuk subsidi minyak), tak payah jadi pakar pun tahu.

Kenapa dan macam mana? Mudah saja. Dah disebutkan banyak kali sebelum ini bahawa skim subsidi di negara kita sebelum ini meliputi semua orang, tidak kira yang gaji RM1,000 dan gaji RM 50,000 – semuanya dapat subsidi yang sama banyak.

Jumlah subsidi yang sama banyak, tapi kadar penggunaan tu yang berbeza dengan yang berpendapatan tinggi dilihat menggunakan subsidi ini lebih banyak dari yang tidak berpendapatan tinggi – bukan penulis cakap tapi extract dari banyak kenyataan rasmi kerajaan sebelum ini.

Dah nama pun subsidi, mestilah ia disalurkan kepada golongan yang layak dan memerlukan subsidi berkenaan; again, penulis bukan nak bercakap tentang pro dan kontra berkaitan layak dengan tidak layak, bagaimana layak, “kami juga layak sebab…” dan sebagainya.

Maka itu, subsidi ini dirasionalkan dengan pengurangan subsidi dan penjimatan dari itu disalurkan kepada kelompok yang layak melalui BR1M. Penyaluran tunai melalui BR1M ini pulak difikirkan cara terbaik kerana semua pendekatan yang dikaji sekarang seperti kupon, had penggunaan minyak mengikut cc kereta dan sebagainya, dilihat tidak praktikal serta mudah dimanipulasikan.

Jadi bagaimana Professor berkenaan mengatakan BR1M tidak berkaitan dengan pengurangan subsidi, itu yang penulis tidak faham.

Adakah ini signal bahawa ahli akademik di negara ini sudah kurang mutunya atau ada pengaruh-pengaruh lain yang menyebabkan kepada keadaan tersebut? Penulis tidak tahu tapi rasanya pihak yang berkaitan perlu melihat perkara ini dengan lebih dekat.






24 Komen to BR1M Memang Ada Kaitan Dengan Pengurangan Subsidi

  1. korokstabang says:

    kalau sudah tidak mampu lebih baik mansuhkan saja brim jangan sampai pape kerana mau begaye

  2. kulaan says:

    Lebih malang lagi jika pengurangan subsidi ini bagi menampung kenaikan gaji dan bonus penjawat awam….

  3. Uturn says:

    kerajaan lebih mengutamakan kumpulan sasar untuk bagi bantuan. pun begitu sekali lagi saya harap golongan kelas menengah juga diberi perhatian

  4. sungai_siput says:

    btul kulaan tapi rata2 dok hentam kerajaan banyak para penyokong PKR DAP PAS

  5. bro_selatan says:

    aku setuju kerajaan kurangkan subsidi petrol. sebagai alternatif kerajaan benarkan pengeluaran kwsp untuk pemasangan ngv pada kenderaan persendirian…

  6. Mek esah says:

    Asalnya brim tu gula2 pilihanraya…tp dah terlanjur..nak buat mcm mana…..nah rasakan rakyat msia

  7. WTF says:

    BR1M tu gula2 pilihanraya???

    LOL, pilihanraya dah nak dekat ker Mek???

  8. alimedanbaru says:

    memekak, memekik pun
    harga minyak akan naik juga
    Indonesia pengeluar minyak pun… naik
    bising takaakan ubah keadaan
    dah puas kerajaan beri penerangan..semua buat pekak
    masih nak bagi anak yg tadika pakai hp
    masih nak berlagak dan berhutang personal loan dan kad kredit
    masih nak tukar kereta bila ada model baru
    apa pun manusia perlu satu sebab untuk berubah
    dgn kenaikan harga minyak
    eloklah kurangkan belanja perkara tak perlu
    kurangkan pakej astro
    kurang makan diluar
    jimatkan penggunaan air dan letrik
    kurangkan melancong
    banyakkan amal..fikir akhirat
    ADA BERANI!
    hakikatnya selagi nyawa tak sampai di tekak
    siapa yg nak berubah!

  9. bujuk says:

    Tak payah berkira sangat.. yg. kaya pun dapat subsidi sebab PM, Menteri, MB dan lain2 pun dapat juga. Malah dapat lagi banyak dan pandai pula mengelak cukai dan sebagainya. Org. kaya bayar cukai lebih banyak dan orang miskin tak bayar cukai.. tapi jika harga minyak tiada subsidi.. semua orang kena tanggung lebih tak kira kaya ke miskin sebab semua harga barangan yg lain akan turut naik. Bukan makanan d hotel dan restoran mewah saja naik.. tapi ikan, bawang, rempah, beras dan tepung pun naik harga.
    Jika BR1M di tambah rm1000 pun belum cukup nak cover kenaikan barangan keperluan yg diguna setengah tahun.

  10. yusmo says:

    UBAT YANG PALING MUJARAB HANYA SATU JER, KAWAL NAFSU,MACAM SABDA NABI PEPERANGAN YANG PALING DAHSHAT IALAH PEPERANGAN LAWAN NAFSU,AYUH MARI KITA SAMA2 LAWAN ATAU SAJA TAK MAU LAWAN?

  11. raplahjingaa says:

    Rimas aku dengan Najib sejak semenjak ni…..dia dah jadi tak tentu arah.

  12. alimedanbaru says:

    t ak perlu rimas bro
    kan Najib sedang laksanakan pentadbiran
    kan rm 2 ribu juta sebulan dibelanja untuk subsidi bahan bakar
    yg tentunya HANGUS TERBAKAR
    DGN DUIT BEGITULAH BANYAK
    berapa banyak pembangunan yg boleh dibuat
    Tak perlulah disenaraikan
    bumi sabah dan sarawak yg berhutan tu boleh dijadikan bandar
    hospital, sekolah bla-bla-bla tak perlulah disebut
    kita warga kedai kopi ni
    hanya nampak ikan kembong dan cili roti teh tarik sahaja
    APA YG PENTING MENTERI YG JAGA PENGUATKUASAAN KAWALAN HARGA
    KENALAH BUAT KERJA SIKIT…
    dah penat nak terangkan benda macam ni…

  13. hadi suhaimi says:

    hidup ikut kemampuan insyaallah akan salamat dari kesusahan..

  14. Umnoover says:

    Hancur, hancur..

    Clueless policies. And underestimate pemikiran rakyat.

    Apa nak jadi, semua tonggang langgang.

  15. raplahjingaa says:

    Kerajaan nak selamatkan 2 billion sebulan untuk pembangunan ?? ok la tu…tapi pembangunan apa ?? cakap memang senang…the topic is very subjective !! rakyaat mana yang dapat menafaat atas pembangunan tersebut ??

    Berapa banyak dari wang tersebut akan digunakan untuk funding sekolah cina ?? sekolah tamil ?? berapa banyak dari wang tersebut nak digunakan untuk kerajaan jadi tuan rumah persidangan itu ini ??

    Najib harus buktikan kerajaan jugak sanggup berjimat cermat dan sanggup bekorban…kerana mereka telah diamanahkan oleh orang kampung untuk menjaga kepentingan orang kampung…bukan untuk menyusahkan depa.

    Kaki bodek dalam ni….macam biasa, bodek sampai dah tak realistic.

  16. bangKano says:

    Kalo kita dengaq cakap sang akademia ni kita pun turut jadi pandir…BR1M memang ada relevansi ngan penarikan subsidi petrol. Aku tak paham disiplin logik mana dia ikut ni…? Nak kata cerdik tapi bengong pun ada…mungkin minda dia ni dah kena doktrin oleh pensyarah semasa dia jadi mahasiswa di kampus dulu kot…yang sokong regim nak rampas kuasa dari kerajaan sah melalui sistem demokrasi. Tak tau la aku mungkin aku dah naik pandir kotttt tak paham maksud & mesej yang di zahir kan oleh cerdik pandai kangkungan nih.

    Logik simpel aku lagu ni…kerajaan tarik subsidi petrol yang selama ni subsidi dah lama di nikmati oleh sang kaya apa lagi rakyat asing berpermit lebih lagi yang tak dak permit semua dapat rasa subsidi…dah la tu ada plaq sampai sanggup seludup kat negara jiran Thai kerana nak dapat untung besaq… adil ka lagu ni…? Kerajaan dah sedaq kesilapan depa lalu tarik balik subsidi senanyak 20 sen seliter RON 95 dan ganti kan nya ngan pemberian BR1M sebanyak RM950.00 bagi individu berpendapatan kurang RM3000 sebulan..naik RM300.00 banyak tuuuuu.

    Tapi ada plak puak puak serba bengap PR terutama hamPAS ni dah naik sasau lalu meghoyan sakan asyik buat demo jerrr…kesian kat depa ni depa ni memang bangang pun ikut cakap pemimpin politik gila kuasa,duit & bughit kot…minda depa dah kena bius sama ja macam pak akademia kangkung nih…!!!

  17. bangKano says:

    Tak semua para forumer menyokong secagha melulu semua tindakan kerajaan BN la ni….yang ketara niat pemimpin no.1 serba bodo ni memberi dana berjuta juta ringgit kat sekolah vernakular cina & tamil. Kunun nya nak ambik hati kaum cina supaya dapat undi dalam setiap PRU/PRK…podahhh kat sana leh cakap la dai…

    Aku memang maghah kat kerajaan BN la ni asyik asyik nak utama kan kaum cina ultra kiasu tuu untung untung depa beri mandat kat BN. Realiti nya kaum cina ni memang oportunis kat pemimpin melayu yang bangang semua permintaan depa di tunai kan sewenang sewenang nya oleh pemimpin dah nak pandir ni. Ujung ujung time PRU kaum cina beri undi padu kat DAP.

    Pemimpin melayu la ni sama ada dari UMNO,PKR & PAS dah lupa pada sejarah tanah air…lihat apa jadi kat Temasik yang di bawah naungan sultan Johor dulu. Last last dah kena tipu oleh penjajah byang tak pernah pun menakluk secagha fizikal Tanah Melayu.Cuma dah kena gula gula murahan oleh inggeris serba licik lalu pemimpin/raja melayu terkulai jiwa depa bila dah kena gosot kepala depa macam kucing belaan kena tepuk kepala lalu manja gilerr longlai kat tuan nya. Temasik di serah begitu mudah tanpa peperangan sebenar tapi peperangan psikologi…ni la kelemahan bangsa melayu dulu,kini & selama nya. Pantang kena puji melambong lambong sampai sanggup serah anak isteri kat oghang lain untuk melampias kan nafsu serakah depa. Kini Temasik dah bertukaq nama jadi Singapura yang di kuasai secagha politik & ekonomi oleh cina pendatang dari China..pada hal depa tu cuma nenek meoyang sengkek dari China bawaan British ke Tanah melayu & Singapura dulu. Kini depa jadi tuan pada peribumi tanah Melayu.

    Ni la akibat bangsa melayu dah jadi pandir…menang sorak kampung pun tergadai. apa tak nya Singapura di bawah naungan sultan Johor ngan mudah di lepas kan pada British tanpa peperanagn fizikal pun…bodo punya pemimpin melayu. Kata melayu ni kunun nya pahlawan hebat..kebal leh ghaib tapi bila ngan penjajah eropah mudah jerrr kalah dalam peperangan seperti kejatuhan Kesultanan Melaka…mana dia kehebatan Laksamana Hang Tuah…tu cuma mitos jerr tak pernah wujud pun di bumi Tanah melayu.

    La ni ramai pemimpin melayu bertempik jangan melupai sejarah sampai sanggup wujud kan subjek wajib di sekolah sekolah supaya murid murid celek sejarah…tapi segelintir politikus masih lagi melupai sejarah kehilangan Temasik.

    Melayu…oh Melayu napa la dah semakin melayu layu integriti depa….!!!!

  18. sireh ke gagang says:

    nampak sangat kau tak gembira dgn melayu kan bangkarno. sampai merepek ke hang tuah , kebal , ilmu ghaib dll . sebab pemimpin melayu skrg nampak lemah , terus kau menyalah sepanjang zaman punya keturunan melayu .apa bangsa kau yang sebenarnya bang karno ? tiada org dalam dunia ini yang sudi mengejek dan mencerca bangsanya sendiri . hatta puak asli amzon yang buta huruf itu pun bangga dengan bangsanya .bodoh kau ni bangkarno .

  19. sireh ke gagang says:

    Kesultanan melayu melaka tumbang setelah berlaku 3kali serangan oleh pihak portugis dan askar campuran . melaka tumbang bukan kerana pahlawan melayu bodoh berperang . kalau melayu melaka bodoh berperang , portugis takkan berjaya merampas berpuluh laras meriam dari kota melaka. kau sangka melayu cuma reti berperang dengan ilmu persilatan shj kah bangkarno ? kau bodoh dan silap dalam hal itu. melayu dah lama berperang menggunakan senapang lantak , meriam & pemuras ! bukan hanya dengan keris dan lembing sahaja. sebab kau buta sejarah , wajar gelaran bodoh aku labelkan kpd kau. melaka hanya kalah dari segi politik , tetapi akidah islamiah org melayu masih dipelihara hingga sekarang . itu jasa kerajaan melayu melaka & para syuhadanya. bodoh punya bangkarno.

  20. bangKano says:

    Wahai sireh ke gagang…aku bercakap berdasaq kan fakta sejarah. Melayu memang hebat tapi aku kritik kena pada tempat nya. Mengkritik bukan tanda bodo tapi pemikiran kritis…sentiasa mencabar minda jika sesuatu ni pikir kan tak logik.Aku bukan jenis manusia mudah menerima sesuatu yang belum pasti. Kena pikir dalam dalam dan cari ilmu berkaitan ngan sesuatu…teks alQuran pun dah kata guna kan akal bila berpikir & bertindak….kan ilmu tu luas skop nya. Aku tak mau jadi pak turut sesuatu yang belum pasti…sebab di Indonesia dulu matematik depa beri istilah sebagai ilmu pasti sebab jawapan nya dah pasti…2+2 jawapan dah pasti 4.

    Aku sendiri memang melayu pun…bugis,jawa,minang,banjar,mandailing,batak dll di kategori kan sebagai melayu sebab depa bertutur bahasa melayu seharian..aku pun pun tak pasti gen waris keturunan aku…nenek moyang sebelah laki laki berketurunan minangkabau dan sebelah pompuan plak dari keturunan jakun. Jabau kot….?

    Aku tak kata melayu bodo berperang tapi strategi termasuk psikologi & politik serta sokongan logistik termasuk teknologi dah usang pun walo pun dah guna meriam & senapang jika di banding kan ngan bangsa eropah. Aneh nya ramai oghang melayu kita beguitu obses ngan perkagha ghaib & ilmu kebal…tapi elemen tersebut napa tak dapat membantu dalam pertempuran..? Dalam ilmu persilatan melayu pun ada perkagha ghaib di selit kan seperti mandi minyak panas & tikam benda tajam kat lot badan. Kalo dulu belajaq silat nasrul haq ada di ajaq lagu mana nak ghaib & leh terbang. Ni bukan dongeng punya tapi tu la yang selalu di kabar kan oleh murid murid silat tersebut termasuk kawan aku. Dia kata dia leh ghaib & terbang tapi bila aku ajak dia pi kat demo silat tak pernah pun ada upacara tersebut. Bulat bulat aku tertipu oleh depa ni. Ironi nya kawaan aku ni alim oghang nya…solat tak pernah tinggai tak suka kat pompuan haram kunun nya. Tapi bab membohong pun sanggup dia laku kan.

    Sebenaq nya hang tu yang bodo piang…tak paham semua apa yang aku cakap…dulu sekolah hang tak belajaq ka pemahaman karangan dalam subjek bahasa melayu & comprehension sesi bahasa inggeris hah…? Kelemahan hang ketara bila nak memahami tang tafsiran…kalo bidang penafsiran yang lemah lagu mana hang nak berhujah secagha ilmiah…?

  21. uncle DOE says:

    BODOH semua. dah tahu yg pi undi yg bangang tu kenapa ha macai?
    lainkali nak undi tengok manifesto pembangkang ke kerajaan ke. berula pegi undi. ni tak. org BN always BN bagus, org PR always PR bagus. dua2 pun ada kurang, tapi yg aku tgok, manifesto PRU13yg lps. manifesto PR lagi bagus drpd PR. so aku sokong PR, aku pun tak paham kenapa PR boleh kalah dgn manifesto bagus centu. kalau BN mampu jaga hati rakyat sepanjang musim ni inshaAllah next musim aku undi BN lagi, tp tengah2 musim dah wat prangai. rakyat bising pun buat bodo jer, xtaulah nk cakap ape. kalo kat US dah kena guling dah pemimpin camni.
    tgoklah nt pru14 plak, mcmne. tahan jela ngn BN nie bro, 2tahun je lagi.

    kau melayu aku pun melayu. so kalau kau kata melayu bodoh, kau pun bodoh.
    kalau kau cerdik kau xde komen kat sini dah, kau bercakap atas stage, depan kau plak ade professor2 madya2 docter2. ada faham ka?

  22. WTF says:

    Salam uncle DOE

    Maafkan saya tapi saya rasa uncle DOE ni PELUPA orgnya!!!

    Manifesto PR hanya nampak cantik dalam kertas, tapi tak akan dilaksanakan!!!

    Ini diakui oleh Khalid Ibrahim yg mengatakan “MANIFESTO BUKAN JANJI”!!!

    Dan rakyat Malaysia memilih untuk tidak memangkah Pakatan Rakyat pada PRU13 yg lepas kerana tidak mahu DIBODOHKAN oleh Pakatan Rakyat!!!

    Dan itulah antara punca kekalahan Pakatan Rakyat!!!

Leave a Reply