Menu Utama

Bot Tentera Hilang, Pembangkang Jangan Cuba Politikkan Insiden

PENULIS mula lihat di beberapa akaun laman-laman sosial pro pembangkang akan komen komen yang cuba mempolitikkan kehilangan bot tempur CB90 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam di perairan Sabah.

Kebanyakannya mempersoalkan  bagaimana bot tempur yang canggih dan terkini dalam kelasnya itu boleh hilang, dengan ramai di kalangan balaci cuba mempersoalkan kecekapan anggota TLDM terlibat.

Malah ada yang cuba mencipta cerita kononnya bot itu bukan hilang tapi dirampas lanun Sulu!!!….

Betul takde akal, dah disebut kejadian tu berlaku dalam cuaca buruk. Kalau bot canggih pun hadapi masalah dalam cuaca buruk, dengan apa cara bot lanun pulak boleh selamat? Itulah pun tahap paling tinggi macai boleh fikir.

Sebetulnya tidak ada apa yang perlu dipolitikkan dengan kehilangan bot tersebut kerana kemalangan dalam cuaca buruk seperti itu boleh berlaku kepada apa saiz kapal dan macam mana moden teknologi sekalipun.

Memang CB90 ialah sejenis bot tempur yang direka untuk menempuh gelora laut tahap empat, tapi kuasa alam tak siapa yang boleh menentukan. Sebab itulah sebaik-baik pendekatan ialah mengelakkan cuaca buruk walaupun kapal itu memang direka untuk menempuh laut bergelora yang teruk.

Tapi seperti disebutkan di atas, ini bukan kuasa kita, rancang boleh, jadi tak jadi belum tahu.

Sebaiknya dari membuat cerita yang tidak benar mengenai kejadian tersebut, penulis rasa adalah lebih baik pembangkang dan pembangang yang menjadi pengikut mereka mendoakan keselamatan 7 anggota TLDM yang berada di dalam bot berkenaan.

Bot jahanam boleh beli lain tapi nyawa pejuang negara bukan boleh dicari ganti. Kita mintak yang baik – baik sajalah.






9 Komen to Bot Tentera Hilang, Pembangkang Jangan Cuba Politikkan Insiden

  1. bangKano says:

    Ni satu fenomena alami di mana setiap kelemahan individu mau pun kelompok akan di jadikan suatu senjata untuk melemah kan kredibeliti pihak lawan. Kalo UMNO pun jadi pembangkang dah pasti pemimpin nya pun berbuat sedemikian untuk melemah kan integriti demi kelestarian memegang tampuk politik pemerentahan…ni ada la strategi peperangan. Sapa yang yang bijak bermain strategi depa la yang menang kelak. Nah lihat contoh Rasullulah beliau pun guna strategi helah bagi mengeliru kan musuh di dalam gelap apabila di kepung. Bersorak sorai ikut kumpulan berjaya menakut kan musuh yang menyangka pasukan Rasulullah lebih ramai pada hal keanggotan nya lebih kecil dari musuh. Akhir nya musuh mengundur diri…..!!!!

  2. hentam ajelah says:

    ….sabah yg besar pun silap haribulan boleh hilang….inikan pula bot kecik….

  3. anoi says:

    Sabar jgn cepat perangai kebanyakan kaum hawa, nak jadi bapok ke, pepe hal tunggu pencerahan.

  4. tengkudin says:

    info terbaru kata dari pelantar minyak petronas..diaorang ternampak kelibat bot pagi ni..jadi kapal tu masih selamat..

  5. Mek esah says:

    Akui je le kelemahan…asyik hilang je memanjang…jangan asyik nak salahkan takdir

  6. bujuk says:

    Samalah kita berdoa agar semuanya selamat terutama Anggota tentera yg pertaruh nyawa menjaga keselamatan kita dan negara. Apakah tiada langsung ihsan kita pada mereka yg berkorban nyawa untuk kesejahteraan kita. Samada ditelan ombak atau d tangkap lanun.. kita patut doakan keselamatan mereka.

  7. raplahjingaa says:

    Elok la tu bujuk saranan hang…aku pun setuju, jangan ada pulak malaun mana-mana yang kata ini adalah sandiwara kerajaan pulak. Anyway bot dan anggota telah dijumpai dan semuanya selamat…alhamdulillah.

    Mek…aku harap hang dapat bezakan antara politik sempit dan kenyataan kehidupan.

Leave a Reply