Menu Utama

Boleh Pun Bekerjasama, Apa Yang Susah Sangat?

Dalam keadaan apa pun, kritikan mahupun pancaroba dunia politik yang berlaku ke atas umat Islam dan Melayu ketika ini yang berpecah akibat polisi kepartian, penulis percaya majoriti golongan ini mahu penyatuan dilakukan berikutan hakisan-hakisan hak dan keistimewaan yang dilakukan secara terancang oleh pihak-pihak tertentu.

Sedang perbalahan antara siapa betul dan siapa salah, masing-masing punya hujah dan seandainya kita berterus-terusan berpegang kepada perbezaan, maka jangan haraplah idea penyatuan umat dapat dilakukan.

Penulis melihat kesatuan hati dan matlamat di antara PAS dan Perkasa dalam isu Oktoberfest ini cukup mengujakan. Dalam keadaan wujud “perang dingin” antara Perkasa dan PAS, wujud juga golongan minoriti PAS yang mahu bersama-sama menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ini membuktikan sekiranya kita memegang kepada persamaan, maka tidak mustahil matlamat utama dapat disepakati.

Janganlah pula wujud golongan pendengki, yang cuba pula memburuk-burukkan UMNO dalam isu ini. Hakikatnya, Oktoberfest memang tidak dipersetujui dan diprotes oleh UMNO Selangor melalui pimpinannya. Itu hakikat yang anda boleh lihat sekiranya membaca majoriti akhbar-akhbar utama atau portal, kecuali anda hanya bergantung harap kepada Harakah atau Suara Keadilan.

Penyatuan ini mengingatkan kembali beberapa tahun yang lalu, apabila Zul Nordin (ketika itu PAS), bersama-sama wakil UMNO dan beberapa NGO-NGO Islam, bertindak menyerbu sebuah majlis anjuran puak pro IFC di ibu negara. Ketika itu, betapa indahnya komentar yang diterima, baik dari pihak UMNO, PAS dan juga golongan non-partisan tentang tindakan tersebut.

Ternyata, jauh di lubuk hati yang paling dalam, kita semua berkongsi impian dan harapan dalam cita-cita melestarikan agama Islam dan umat Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.  Dan perlembagaan juga tidak pernah mengasingkan hak umat lain. Rujuklah kepada 7 wasiat raja-raja Melayu.

Dalam isu memorandum bantahan pesta arak ini, penulis pasti samada Perkasa atau PAS mengenepikan ego masing-masing demi untuk mencapai matlamat bersama. Bagi penulis, inilah tahaluf siyasi yang sebenar, di mana tujuan kebersamaan ini adalah demi kebaikan semua pihak, mahupun mereka yang bukan Islam.

Bermula dengan kerjasama seperti inilah yang membuka ruang dan peluang untuk idea penyatuan ummah.

Itulah manisnya kerjasama seperti ini, di mana semua pihak akan mendapat manfaat darinya. Untuk entah berapa kalinya, penulis menyeru semua pihak agar kembali membangkitkan semula idea penyatuan ummah, sungguhpun ianya sangat sukar disebabkan tentangan oleh pihak-pihak tertentu yang merayap di hampir setiap pertubuhan dan organisasi,  yang tidak mahu seruan ini menjadi kenyataan.

Jika kita melihat dan mengkaji gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin, mereka tidak akan sama sekali menyingkirkan golongan-golongan Islam yang lain hanya semata-mata mahu bersama golongan bukan Islam. Itu praktikalitinya.

Ia sebenarnya selaras dengan firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’, ayat 144 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.”

Semoga anda yang membaca artikel ini tidak pernah luntur semangat penyatuan ummah demi Alif, Ba, Ta tanpa mengira apa jua latarbelakang dan pemikiran politik.






13 Komen to Boleh Pun Bekerjasama, Apa Yang Susah Sangat?

  1. tony gunawan says:

    umno jangan buat tak tahu lesen siapa bagi?
    tahun berapa bagi?tahun berapa bina?

  2. itsme says:

    yg tak suka UMNO sorg je…TGNA!!

  3. bajak says:

    lesen premis bawah mbsa..ada ahli majlis dr pkr, dap n pas dlm meeting penuh majlis tiap2 bulan…nape ahli majlis dr pas xbantah..tony kamu ni hidup zaman bile???skrg yg pegang kuasa sape di selangor???kalo pas kelantan bole wat nape pas selangor xmampu…

  4. raplahjingaa says:

    Togay….Kalau ia pun, jangan lah tunjukkan sangat ke tonggongan hang kat sini, PAS pun tak bantah kilang Carlsberg tu, yang di bantah ialah octoberfest, pesta di mana gay macam hang mabuk-mabuk kemudian terus terlibat dalam seks songsang.

  5. anakbochek says:

    Apa kau merepek ni Tony??? Lesen apa kau cerita ni? Lesen Octoberfest ke?

  6. PenjawatAwam says:

    DALAM MENEGAKKAN SYIAR , SEHARUSNYA PENDAPAT DAN SUARA HANYA SATU. SEIRAMA, SELIRIK UNTUK SEBUAH LAGU. MAlangnya kita tidak begitu.

    Bila terdapat ulamak yang suka bergelar ulamak tetapi punyai kecenderongan tinggi kearah politik, berlaku ceramah sumbang yang jelek untuk didengar orang ramai. Bila tajuk pidatonya mengenai SYIah dan bahayanya SYiah diselitkan dengan cita2 ke PUTRa Jaya, maka ceramah politik bertukar jadi kempen PRU. Ye, ulamak yang sama kelihatan diperhimpunan bershit ini begitu cenderung menentang kerajaan dari menyebarkan syiar agama.

    Kepada dia kita hamborkan YOU ARE BULLSHIIIIIIIIIT.

  7. terangsang says says:

    dalam banyak minuman anugerah Allah kenapa arak jadi idaman? begitulah Allah menguji manusia.dari jumlah pekara baik yang banyak dibandingkan jumlah perkara buruk yang sedikit mereka terus mengemari keburukan kerana ada jenis manusia yang akan sentiasa engkar. tidak ada kesan jika dinasihati atau tidak kerana sudah jenis manusia engkar dan sombong dengan Allah. malah mereka mencari cari jalan untuk memusuhi kelompok yang mengajak kepada kebaikan. boleh jadi di fikiran mereka hanya menilai sesuatu itu baik jika mendatangkan keuntungan kewangan dan kebebasan nafsu. marilah orang Islam dari parti manapun,dari kaum manapun menjadi contoh ikutan dan penganu Islam yang baik.sudah sudahlah menggunakan patah perkataan yang buruk, banyak lagi patah perkataan yang baik boleh digunakan.berkawan biarlah kerana Allah,bermusuh biarlah kerana Allah. berlumbalah mencari kebaikan bersama anugerah Allah.jangan kita mengwujudkan puak untuk membuat perbandingan siapa yang lebih warak,awas..boleh menjadi riak. orang isreil pun menyangka syurga hanya untuknya..

  8. bujuk says:

    Kita bersatu dalam isu yg diperjuangkan bersama.. PAS komited, kita tak pilih kawan.. tapi kita pilih ISU yg diperjuangkan. Sebab tu PAS bersama UMNO bila UMNO/k’jaan kata nak laksanakan hudud walaupun PKR dan DAP tak suka PAS berkawan dengan UMNO. Jadi UMNO jangan kcing la… sebab sampai sekarang dok senyap lagi. Jangan sampai ahli PAS tak caya.. dengan langkah umno pulak.

  9. gambus says:

    Bila pulak PAS bersama UMNO pasal hudud bujuk ??? PAS lebih suka bersama puak kafir harbi yang menentang hudud PAS dan pejuang murtad dan pejuang seks bebas .. apa jadi pada hudud PASkelantan bujuk ?? dah siap kee belum , setakat ni baru rm 1 juta kerajaan kelantan salurkan untuk infrasturktur hudud TAPI yang pasti pemimpin PAS dah ada beratus juta duit mereka .. nik ajis sendiri ada tanah dan harta berpuluh jutaa .. TAKNAK DERMA kee !!!

    apa jadi pada jawatankuasa teknikal hudud yg dibuat oleh PAS kelantan ??? takde satu pembaharuan pun yang pasti dorang makan gaji buta je dan hasil rakyat .. yang pasti hudud hanyalaaa retorik, tgk sahaja kat selangor , DUN PAS punya ramai TAPI pesta arak dan pesta maksiat berleluasa , macam ni nak cakap pejuangkan hudud !!! puihhhh pelacur agama punya PAS

    Padahal dulu PAS sendiri dah jatuhkan murtad kepada UMNO mengenai isu yang sama TAPI bila PAS berkuasa apa jadi ?? pemimupin PAS yang ramai berkuasa tu sekor pun tak berani nak perjuangkan Islam , semua membisu dan jadi tuli !!!

  10. bujuk says:

    Kan pada sidang parlimen yg lepas TPM minta PAS tak bawa usul hudud ke Parlimen dan nak bekerjasama dalam mengkaji kaedah perlaksanaan hudud d m’sia, tubuh jawatankuasa bagai. Atau hang dah terlepas.. atau umno dah tukar langkah.

  11. yon76er says:

    bujuk@AHJ..ko niekan selalu suka dan pandai divert isu…ni kita sedang kata hal OCTOBERFEST@ PARTY MABOK ARAK DI SHAH ALAM/PJ…ada faham x???? yg dikatakan ngapa Uztaz2 PAS yg bijak pandai dalam Ahli Majlis dah jadi BISU (x termasok siKhalid Gereja sebab dia pon akn JOINT sama)…mana suara ..mana pendirian …mana TELOR …buat macam Pesta Mabok ini tak berlaku langsung……Tapi apa nak TERPERANJATKAN sebab MB iCEKRIM KO PON DAH BAGI STATEMENT…Semua wakil PR dlm Ahli Majlis sebulat suara tiada bantahan ” PARTI MABOK BOLIH ON” NO PROBLEM…..KO TAK JOINT SEKALI KER bujuk@AHJ………..

  12. WTF says:

    Hek Eleh Bujuk, sibuk nak laksanakan Hudud tapi TAK BERANI nak hukum Mustafa Ali yg JELAS gambarnya mengentot seorang wanita bukan isteri dlm bilik hotel tahun lepas!!!

    Bujuk, ahli2 PAS semua tak dikenakan hukuman apa2 ker walaupun tak bermoral macam Mustafa Ali???

    Inilah hasil Tahaluf Syiasi PAS bersama PKR dan DAP!!! Perbuatan yg jelas HARAM pun tak dikenakan apa2 tindakan!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER PAS OCTOBERFEST!!!

Leave a Reply