Menu Utama

Biasiswa Duit Rakyat Kata Fahmi PMUM Si Pencacai Anwar

Presiden Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol yang menganjurkan Pidato Anwar yang mengundang kekecohan baru-baru ini, Biasiswa Wang Rakyat - Fahmi Pencacai PRdalam satu temubualnya dengan portal pro pembangkang menyifatkan biasiswa yang diterimanya dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah wang rakyat dan bukannya pemberian Kerajaan.

“Ini duit ibu dan ayah kita yang bekerja kat luar dan anak muda yang baru tamat belajar, mereka ini yang bantu saya, bukanlah kerajaan,” demikian petikan kata-kata Fahmi sebagaimana tersiar dalam portal tersebut.

Nampaknya Fahmi yang merupakan pencacai tegar pro PKR ini pandai bermain kata-kata psikologi saling tak tumpah seperti mentornya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang diketahui umum cukup arif mengolah kata-kata propaganda dan putar belit demi mencapai kehendaknya.

Seimbas lalu seakan ada kebenaran kenyatannya, tapi bila kita berfikir menggunakan otak di kepala yang tidak berulat sebenarnya ia boleh dipertikaikan ramai kerana hakikat seseorang pelajar ditaja dan diberi biasiswa oleh Kerajaan melalui JPA tujuan utamanya untuk membantu meringankan bebanan kos pengajian.

Fahmi si pencacai Anwar juga lupa hakikat wang biasiswa yang diterimanya tidak datang secara langsung dari pemberian orang ramai yang berduyun-duyun menemuinya menawarkan wang ringgit bagi menampung kos pengajiannya di UM, sebaliknya ia adalah sebahagian dari wang cukai yang dikutip oleh Kerajaan yang memerintah.

Itu duit rakyat, betul.. tapi penentuan ke mana wang tersebut diperuntukkan ia tertakluk pada keputusan Kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat. Jika silap diuruskan, Kerajaan yang akan tergugat kredibiliti dan terpaksa menanggung akibatnya samada dikecam, dikritik atau dimaki hamun oleh sekalian rakyat.

Ibu bapa dan bekas pelajar di luar sana yang membayar cukai tentulah mengharapkan hasil keringat mereka akan membantu seseorang pelajar yang menerima biasiswa supaya berjaya dalam pelajaran dan menjadi aset berguna kepada negara kelak. Cukai yang mereka bayar bukan untuk digunakan bagi menaja mahasiswa yang fokusnya lari dari tujuan hidup seorang mahasiswa untuk berjaya dalam pelajaran.

Mereka tidak harap mahasiswa jadi kurang ajar atau biadab. Mereka tidak mahu universiti tempat menimba ilmu dipesongkan dengan aktiviti politik demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim atau mana-mana individu yang terdesak meraih sokongan saat kaki selangkah menuju tirai besi.

Jauh sekali tak terlintas langsung di fikiran mereka untuk membenarkan wang tajaan yang diperah dari keringat membanting tulang seharian itu disia-siakan misalnya untuk menaja seorang mahasiswa yang menganjurkan program kontroversi yang akhirnya mendorong sekumpulan penuntut lain dan orang luar merempuh dan memecahkan pintu pagar Universiti Malaya.

Berdolak-dalik mengatakan wang biasiswa itu wang rakyat sebagai alasan bagi menghalalkan kontroversi itu sebenarnya hanya memperlihatkan kedangkalan akal Fahmi yang gagal memahami matlamat bantuan biasiswa yang diberi oleh Kerajaan dan tak mustahil menimbulkan pertikaian umum terhadap kelayakannya menerima bantuan tersebut.

Kegilaan merempuh pintu pagar UM itu tidak hanya memalukan IPTA tersebut namun yang lebih dibimbangi kesan tidak langsung yang meninggalkan persepsi buruk kepada masyarakat umum khususnya para majikan yang mungkin selepas ini akan berhati-hati sekiranya ada temuduga kerja yang melibatkan bekas mahasiswa dari UM. Mana nak sorok muka?

Kalau dah sejak di universiti lagi sudah menunjukkan sikap memberontak, melanggar arahan dan sengaja menunjukkan besar kepala, mana mungkin majikan di luar sana sanggup mempertaruhkan imej baik mereka kepada bekasan mahasiswa yang berperangai buruk sebegitu. Apakah si pencacai Anwar seperti Fahmi dan segelintir rakannya yang lain boleh memberi jaminan sikap yang sama tidak akan berulang bila masuk ke alam pekerjaan kelak?

Banyak kemungkinan sikap sedemikian boleh jadi akan terbawa-bawa ke alam pekerjaan dan entah-entah kelak ada pula pintu pejabat atau kilang yang mungkin berisiko dirosakkan hanya disebabkan membantah sesatu polisi yang diamalkan oleh mana-mana majikan. Tak mustahil bukan?

Apa pun, dah tahu biasiswa itu duit rakyat maka hormatilah kehendak rakyat yang mahukannya dimanfaatkan untuk para mahasiswa berjaya dalam bidang akademik. Fokus pada pelajaran itu yang nombor wahid dan bukannya sibuk mahu menonjolkan diri di pentas politik hingga lupa keutamaan sebenar sebagai seorang mahasiswa universiti.






24 Komen to Biasiswa Duit Rakyat Kata Fahmi PMUM Si Pencacai Anwar

  1. Tubir says:

    Majoriti rayaat meluat dengan tingkah laku fahmi zainol maka adalah wajar agar biasiswa ditarik balik dan beliau dibuang dari um……..

  2. korokstabang says:

    tak perlu cerita panjang lah ada berlambak lagi anak2 muda yang benar2 ingin belajar tujuan membela nasib keluarga tapi gagal dapat tajaan walaupun berkali kali membuat rayuan tetap gagal sehingga ibu bapa terpaksa bergolok bergadai mamat fahmi ni bukan mau belajar tapi mau berpolitik dia juga sudah berani mencabar supaya diambil tindakan keatasnya nak tunggu apa lagi nak tunggu berapa lama lagi sila ambil tindakan segera biar dia minta tajaan dari orang politik dah nak sangat berpolitik

  3. tuah says:

    belajar tapi tidak terpelajar presiden pula tu.

  4. Uturn says:

    bodoh punya budak. org bg biasiswa supaya belajar dgn cemerlang,ni sibuk buat perhimpunan haram. lepas grad, keluar u tak pandai kerja. bodoh

  5. Anak Lenggong says:

    Kalau duit rakyat sekali pun termasuk aku pembayar cukai..kami tak mau duit yang diberi dipersiakan dengan tujuan lain selain daripada membantu ko belajar..ko dah menyalahgunakan duit yang kami berikan…kesian anak melayu yang bangang dok menyalak tampa sebarang pengertian serta faedah sedangkan kaum lain sibuk dengan buku pelajaran

  6. Pejuang IMR says:

    Fahmi kena faham dan menghargai dasar2 kerajaan dalam memastikan negara terus maju sama ada dari segi akademikl, ekonomi atau pembangunan material. Nikmat kemakmuran yang kita kecapi sekarang adalah disebabkan dasar kerajaan yang mesra rakyat dan mesra pembangunan. Suka atau tidak, Malaysia merupakan negara Islam paling berjaya dan akan menjadi negara maju Islam pertama di dunia pada tahun 2020. Insya’ Allah.
    Cuba Fahmi pikir apa akan terjadi sekiranya kerajaan menukar dasar dari pemberian biasiswa kepada pinjaman JPA. Boleh kan. Tentu sekali boleh. Tapi kerajaan yang mesra rakyat ini tidak berbuat demikian malah menambahkan lagi jumlah dana untuk tujuan biasiswa JPA (kerajaan) ni. Jadi kita sebagai rakyat macam Fahmi sendiri perlulah berterima kasih kerana dengan dasar tersebut Fahmi dapat menikmati kemudahan tersebut. Fahmi juga perlu ingat bahawa bukan semua mahasiswa yang bernasib baik macam Fahmi. Kerana sumber dana untuk tujuan biasiswa ini sudah tentulah amat terhad.
    Oleh yang demikian argumen biasiswa JPA adalah wang rakyat tu betul. TETAPI kita perlu berterima kasih kepada kerajaan yang perihatin ini kerana memperuntukkan sejumlah pendapatan negara untuk digunakan sebagai biasiswa JPA sejak bertahun2 dahulu lagi.

  7. ale says:

    ale utoh la fahmi…

  8. siti says:

    Aku tak izinkan hang guna duit tu fahmi…aku pon bayar cukai jugak…hang nak kata apa? sekurang2nya pemimpin (baca:kerajaan) dah jalankan hak dengan menyediakan bantuan kepada pelajar. yg hang tak jalankan hak hang sbg pelajar, lagi nak sembang kencang…puiii!!!

  9. Melayu says:

    Apa yang melayakkan kamu dapat biasiswa?

  10. jagungmentah says:

    Kalo dah ko anggap biasiswa itu wang rakyat..adakah ko ingat semya rakyat itu sudi dan rela wang mereka dilaburkan keatas diri ko?jadinya, keputusan wang itu dilaburkan keatas diri ko dalam bentuk biasiswa adalah dari usaha dan keputusan kerajaan memerintah..cuba buat survey, berapa peratus rakyat yang sudi dan rela wang mereka dilaburkan keatas diri ko?aku salah seorang yg tidak sudi wang aku dilaburkan keatas ko!

  11. Adam Abdullah says:

    Saya dan keluarga pun menyumbang duit kepada Kerajaan melalui berbagai cukai dan kami restui supaya dyUit yang kami beri/bayar itu digunakan untuk pembangkang dalam semua bidang – pelajaran, pendidikan, social, economic, keselamatan dan bukan untuk reformation Anuar Ibrahim atau PKR. Bodoh!

  12. Adam Abdullah says:

    Bukan “pembangkang” tetapi “pembangunan”

  13. jagungmentah says:

    Jika difikirkan, teori “wang rakyat” ini adalah teori bodoh. Contohnya, jika kita menyimpan wang di bank adakah penyimpan berhak menentukan kemana wang mereka dilaburkan? Sedikit atau banyaknya dividen kita ditentukan oleh performance dan keuntungan pihak bank. Dengan kata lain, polisi bank. Keberkesanan polisi ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurusannya. Jika pengurusan pihak bank melaburkan kedalam syarikat fahmi sdn bhd, tentu bank rugi dan kesannya keatas penyimpan. Adalah lebih bijaksana jika bank melaburkan kedalam syarikat jagungmenrah sdb bhd supaya bank dan oenyimoan merasai keuntungan yg besar. Tak gitu???

  14. bajak says:

    mang la duit rakyat tp rakyat suruh ko belajar…jgn ingat penyokong kerajaan xbayo cukai utk bg biasiswa nie…org laen ade yg turun naik opis uni nk mtk tmpt belajar yg bdk ni dh dpt sibuk nk berpolitik…

  15. anakbochek says:

    Dalam duit rakyat yang kau sebut tu ada masuk duit aku sekali yang bayar cukai tau. Jadi sebagai pembayar cukai aku berhak untuk cakap yang duit tu aku bagi suruh kau belajar pandai-pandai bukannya buat demo macam tu la bongok. Jadi lepas ni kalau kau kena buang dari UM pastikan kau bayar kat aku tak kirala berapa sen pun. Dan ingat kau kena bayar bukan saja pada aku tapi pada seluruh pembayar cukai kat Malaysia ni.

  16. adi says:

    saya adalah pembayar cukai dengan ini mencadangkan agar biasiswa yang di perolihi olih penuntut en fahmi di tarik balik kerana dia tidak menghormati rakyat yang mengundi kerajaan sekarang. Dia sepatut nya belajar berpolitik bukan jadi orang politik kalau dah habis belajar jadi la orang politik saya pun tak kesah. Saya mencadangkan agar kerajaan yang ada untuk menarik balik biasiswa pada pelajar yang menjadi ahli politik tak kira kerajaan atau pembangkang, belajar berpolitik tak apa jangan jadi barua atau broker politik.

  17. Adam Abdullah says:

    Patut belajar tetapi membazirkan duit Kerajaan. Mereka patut dengar lagu ini.

  18. hasnul rahman says:

    Lepas ni pihak kerajaan melalui JPA hendaklah menghentikan biasiswa kpd haprak yg kononnya sangat bijak dan pintar tu.
    Kalau dia bising-bising suruh dia pinta daripada rakyat.
    Biar dia sedar rakyat mana yg akan bagi dia biasiswa.
    Kata orang Perak, budak macam ini bagaikan ‘cerdik buah peliorrrrr…’
    Siapa yg tahu tambahlah sendiri…..

  19. burrpp.. says:

    Aku tak kisah kalau ko nak jadi anjing..tapi jgn tunjuk kau tu bodoh sangat

  20. wong jo woo says:

    biasiswa tu biasiswa lah..mana ada duit rakyat..macamana lah budak bodoh macam ni boleh masuk universiti..agaknya masa spm dulu dapat soalan bocor ke..dh masuk universiti dia tak bole belaja tu ikut nuar mencacai..jangan2 kaki bontot jugak kot..anak sapalah si pahmi ni..tak di azankan ke masa dia lahir dulu..

  21. ToraTora says:

    Aku mmg berharap sgt fahmi diberentikan terus dari um..lepas tu pandai2lah ukur langit tu tinggi ke rendah..boleh la ikut haluan sendiri tanpa pertolongan kerajaan..nak jadi mcm alvin pun boleh, nak jadi mcm hisamudin rais pun boleh..

  22. syaa says:

    betul la duit rakyat.kerajaan yang bijak mentadbir negara maka akan banyaklah duit rakyat.banyak peluang kerja diwujudkan kerajaan untuk rakyatnya maka akan banyaklah duit rakyatnya.banyak peluang perniagaan diwujudkan kerajaan untuk rakyatnya maka banyaklah duit rakyat.kalau kerajaan bodoh mcm kerajaan kelantan tu,duit rakyat pun takda tau.kerja dan perniagaan kurang di kelantan untuk rakyat maka takdalah duit rakyat.kalau dah takda duit nak bagi biasiswa pun tak dapat tau.nak buat lebuhraya pun tak dapat kalau takda duit.

  23. ChokiChokiBerulat says:

    Kalau duit rakyat pun apa salahnya . Duit tu untuk orang yang nak belajar bukan mcm hang nama ja dapat biasiswa JPA tapi tak reti bersyukur . Yang dia tau dok wat hasut orang sana sini sampai merantau jauh ke Sabah nun sana . Dok buat muka tak tau malu sampai orang Sabah pun naik meluat . Padan lah biasiswa kena tarik dah tak mau belajar sangat lepas ni pi lah buat ceramah mana mana pun tak kisah dah . Ramai lagi budak budak kat luar sana yang nak dapatkan biasiswa. Orang tak tengok ke anak orang tengok mak bapak tak pandai ajar anak ke sampai jadi mcm ni . Bebal semacam ja.

Leave a Reply