Menu Utama

Biasalah Pas kena buli : Khalid Samad

Umum sudah mengetahui bagaimana Pas dibuli berulang kali oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga menimbulkan keresahan majoriti ahli parti itu tetapi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad menganggap semua itu sebagai ‘adat dalam berkawan’.

Beliau yang diketahui rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dilabelkan pro-Anwarinas berkata, Pas tidak boleh manja kerana jika asyik membangkitkan mengenai isu berkenaan, dikhuatiri tiada pihak mahu berkawan dengan Pas pada masa hadapan.

Menggunakan analogi bola sepak sebagai alasan, Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menuduh UMNO yang membuli Pas, walaupun isu Menteri Besar Selangor dan pemecatan Ahli Majlis Pas di Pulau Pinang jelas buktikan bagaimana layanan ‘istimewa’ diterima parti itu.

“Kita kena faham, dulu seorang sekarang sudah ada kawan. Tak bolehlah sememeh (manja). Macam main bola, dengan kawan pun kena siku. Lalu relaks (tenang). Siku, balik rumah beritahu ayah emak kena buli, takut-takut tiada orang nak kawan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang meminta Pas kembali kepada jati diri asal, bukan membiarkan diri terus dibuli DAP dan PKR semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bulan lalu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara terbuka mengakui parti tersebut menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan, selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong pembangkang supaya membenci Pas.

Nik Mohamad Abduh yang juga anak Mursyidul Am Pas membuat kenyataan itu sebagai merujuk kepada isu pengurangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor serta penyingkiran Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sementara itu, seperti biasa dalam usahanya mahu menutup pekung yang sudah diketahui umum mengenai nasib Pas dalam pakatan pembangkang, Khalid menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dengan menuduh parti tersebut teruk membuli Pas sewaktu memerintah Selangor.

“Dulu semasa Selangor di bawah UMNO memang teruk Pas dibuli. Kuliah dilarang, ustaz dihambat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), surau dirantai dan hendak guna dewan dihalang. Kalau ceramah di rumah, mikrofon dirampas. Masa itu memang Pas dibuli,” dakwanya.

Sumber Utusan






8 Komen to Biasalah Pas kena buli : Khalid Samad

  1. Uturn says:

    Sundalnya pas sampai biarkan diri dibuli oleh rakan.

  2. semangat dato' haron says:

    Lidah rasmi Dap dlm PAS: Khalid Samad

  3. lEMBAH BUJANG says:

    khalid Gereja.

  4. alimedanbaru says:

    sedap aje mulut si Khalid Samad menuduh dan memfitnah UMNO
    bagaikan UMNO ni kominis
    tak perlulah aku komen
    cukup apa balasan yg kini Pas sedang alami
    TAK BERMARUAH DIKEJI DAN DIHINA RAKAN SENDIRI
    ISLAM HANYA DIGAM DAN DILEKAT PADA PARTI PAS
    HAIKATNYA PAS BUKAN PARTI ISLAM
    DIA ADALAH PARTI ORANG MELAYU YG PERALATKAN ISLAM!
    Nabi membina Madinah dalam tempuh tak sampai 10 tahun
    Islam berkembang dan melata keseluruh alam
    TETAPI PAS HAMPIR LEBIH SETENGAN ABAT
    PEI MAI TANG TU JAGAK
    DAKWAH LIM KIT SIANG TAMBAH TEBAL KOMINISNYA
    DAHWAH ANWAR IBRAHIM TAMBAH BEBAL
    AHLI JEMAAH PAS LINTANG PUKANG!
    ISLAM apa ni?

  5. bujuk says:

    Tunggulah nasib dia masa pemilihan nanti.. jangan jadi manja nak merajuk pulak bila d siku kawan.

  6. raplahjingaa says:

    Itu dalam PAS, dalam UMNO pun ada versi yang sama…cuma orang tu muda la sikit…

  7. semangat dato' haron says:

    Bila Najib nk reshuffle cabinet ni…sila buang beberapa menteri x berguna. Sila beri ruang lebih banyak pada wanita dan puteri Umno. Harapkan muda belia je tp perform mcm sampah

  8. syaa says:

    kena buli kena saman dgn kawan tido sebantal pas.itulah,suka sangat doakan tak baik untuk umno.pas yg kena tak baik.tuhan maha adil.

Leave a Reply