Menu Utama

Berbaloikah Sistem Subsidi Petrol Yang Pilih Kasih Ini?

Oleh AJAB

Sebentar tadi Kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan satu mekanisme baru pemberian subsidi bagi harga jualan petrol R0N 95 mulai Jun 2015.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun hadapan.

ahmad-maslan“Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalau harganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila harga minyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi),” katanya.

Ahmad juga berkata sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terus menikmati RON95 pada harga subsidi.

Harga RON95 bersubsidi ketika ini ialah RM2.30 seliter. Ahmad berkata, mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.

Satu Lagi Sistem Mengelirukan dan Membazir?

Salah satu tanda tanya ialah apakah aras pendapatan tinggi di negara ini yang akan digunakan dalam isu pengagihan subsidi petrol.

Berdasarkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kumpulan berpendapatan rendah bakal mencecah 7 juta orang tahun hadapan. Manakala menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam bengkel Bajet 2015 beberapa bulan lalu, menyatakan 60 peratus penghuni bandar adalah rakyat miskin bandar.

Berdasarkan fakta-fakta ini, andaian paling kovensional ialah hampir 80% rakyat Malaysia tergolong dalam kelompok berpendapatan rendah dan sederhana.

Justeru apakah berbaloi dari segi kos mewujudkan dan menyelenggara sistem subsidi petrol untuk 80% rakyat demi mengasingkan rakyat berpendapatan tinggi yang tidak sampai 20%?

Berapa banyak yang kerajaan boleh jimatkan melalui sistem ini? Berapa banyak pula kos sistem ini setiap bulan dan setiap tahun?

Sama ada sistem kupon atau penggunaan Mykad, ia tetap akan terdedah kepada kos pengurusan yang bukan sedikit. Jika terdapat 12 juta orang (7 juta merupakan penerima BR1M) yang dimasukkan dalam sistem tersebut dengan kos pengurusan RM 5 seorang untuk sebulan, kerajaan perlu membelanjakan kira-kira RM 600 juta setahun bagi kos pengurusan.

Sistem pemberian subsidi petrol berdasarkan kupon atau mykad akan terdedah kepada penipuan, ketirisan dan kos pengurusan yang tinggi. Ia juga akan menggalakkan penyalahgunaan kuasa dalam penentuan kumpulan yang layak mendapat subsidi.

Selebihnya, apabila kerajaan mula memberi kupon subsidi petrol ini adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan atau mengurangkan subsidi petrol pada masa hadapan seperti yang berlaku kepada BR1M.

Sebaliknya jumlah akan bertambah dan menjadi besar, maka tidak mustahil pada masa hadapan kerajaan akan menanggung subsidi yang lebih besar.

Apa Pilihan Lain?

Pada hemat saya kerajaan sewajarnya menyeragamkan harga petrol RON 95 tanpa membabitkan apa-apa sistem yang berasingan atau mewujudkan pemberian subsidi yang yang terpilih.

Kerajaan perlu faham kebimbangan orang ramai ialah kenaikan petrol akan meningkatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukannya setakat masalah mengisi tangki petrol kereta sendiri semata-mata.

Justeru pemberian subsidi terpilih ini tidak akan menyelesaikan isu utama mengenai kenaikan harga petrol ini iaitu inflasi.

Jika kerajaan beranggapan bahawa tiada pilihan kecuali mengurangkan subsidi petrol ini secara drastik, maka tindakan yang paling wajar ialah menghapuskan terus subsidi petrol RON 95 ini.

Bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, kerajaan boleh memberi “one shot” bantuan secara langsung sebanyak RM 1000 bagi satu keluarga yang memiliki kereta (tanpa mengambil kira berapa kereta mereka ada) bagi tujuan membantu penyesuaian.

Kaedah ini mungkin perit namun ia boleh mengelakkan pelbagai masalah pentadbiran dan politik pada masa hadapan.

Selain itu, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan cadangan lain seperti cadangan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad khir Toyo agar kerajaan mengekalkan harga subsidi tetapi mengenakan levi petrol kepada kenderaan 2000 cc dan ke atas dan kenderaan luar.

Levi Petrol ini boleh dikenakan melalui cukai jalan yang perlu dibayar setiap tahun manakala kenderaan luar dicaj terus semasa memasuki negara ini.

Apa pun kerajaan perlu sedar bahawa pelbagai sistem pemberian subsidi berkelompok termasuk diesel telah disalahgunakan secara besar-besar sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian lebih besar.

Hentikan sebarang penganugerahan kontrak pembangunan sistem subsidi petrol ini sebelum ia menjadi satu lagi bebanan kewangan negara dan bebanan politik Barisan Nasional.






15 Komen to Berbaloikah Sistem Subsidi Petrol Yang Pilih Kasih Ini?

  1. Ubi says:

    Menaikkan harga petrol mnyebabkn harga brg naik.nak tny apa guna kad pengenalan yg hebat siap bercip?mesti blh guna dalam issue ni..

    Aku naik inspira 2.0 tp harga lg rendah dr civic 1.8….so kira aku xlayak dpt subsidi tp yg guna civic 1.8 layak?

    Bila pulak kerajaan nk bg waive roadtax utk pengguna proton.kami support buatan malaysia….dhla faedah bank lg tinggi dr imported car.

    Penat pangkah org duk mengutuk gomen tp gomen asyik bt langkah songsang je….malu aku

  2. tony gunawan says:

    bodoh lawan bodoh ! gembiranya aku lihat!

  3. samad says:

    betul punya complexity solution pasal subsidi ni.

    solution paling mudah, ron92 euro 5.

  4. Ipin says:

    Apa punya bangang sistem subsidi petrol tu…

    Ambil duit dari golongan orang yang berpendapatan tinggi melalui cukai pendapatan, lepas tu bagi keistimewaan subsidi petrol dan BRIM kepada golongan berpendapatan rendah.

    Adakah ini sebagai satu hukuman atau balasan dari kerajaan kerana menjadi seorang rakyat yang ingin berjaya dalam kehidupan dengan menjadi seorang yang berpendapatan tinggi hasil dari penat-lelah menimba ilmu dan kerja keras di sektor pekerjaan. Maka keistimewaan ini ditarik balik oleh kerajaan.

    Bukankah golongan ini juga merupakan penyumbang besar kepada ekonomi sekarang. Dengan mendapat pendapatan tinggi, mereka berbelanja lebih dari golongan pendapatan rendah.

    Bagaimana pula rakyat yang tidak mengistiharkan pendapatannya, adakah mereka juga mendapat keistimewaan itu?

  5. Uturn says:

    Setuju 1000% dgn penulis

  6. dkds says:

    Mohonlah para menteri cerdik….apa yg diperkatakan oleh penulis itu ada benarnya…kita bukan takut pasal berapa banyak nak isi dalam tangki, tapi risai kenaikan kos harga barang…di Malaysia ini pelil..harga minyak naik..barang pun naik…tapi negara jiran harga minyak melambung tinggi tapi harga barangan masih lagi murah..itu yang dipersoalkan!

  7. mzma says:

    Hapuskan sahaja subsidi petrol, sampai bila nak biarkan peniaga menaikkan harga barang sesuka hati. Sepatutnya harga barang ditentukan oleh kita/pengguna melalui permintaan & pasaran bukannya berpandu kepada harga petrol… Sampai bila nieeee….

  8. RazKJ says:

    Tahniah Datuk, dengan cadangan ini maka terlungkuplah BN di PRU akan datang dan berakhirlah Islam dan Melayu di tanah sendiri. Setegar-tegar penyokong BN, dengan cadangan subsidi baru ini, mereka akan memberontak. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Ramai penyokong BN akan berpaling tadah, kerana isu minyak ini sensitif.

    Oleh kerana saya belajar dengan tekun, bekerja-kuat untuk membina kerjaya dan naik pangkat supaya dapat memberi keluarga keselesaan, kejayaan saya dipersalahkan? Seolah-olah kejayaan sesorang individu itu menjadi satu kesalahan. Kerajaan dilihat lebih mahu rakyat tinggal didalam kemiskinan. Kalau nak jadi negara maju, rakyat kena berjaya dalam pekerjaan mereka. Bila berjaya, duit lebih. Salah ke ? Kejayaan individu perlu dijadikan tumpuan kerajaan, bukan dijadikan satu liabiliti.

    Sebagai Timbalan Menteri, rakyat mengharapkan satu cadangan yang lebih kreatif dan disenangi.

    Kita tunggu sahaja Jun tahun depan bila Malaysia akan dijadikan bahan ketawa masyarakat antarabangsa dengan kerana cadangan yang melucukan ini.

    Aku rasa, Datuk ni eloklah balik kampung dan jaga cucu aje sebab ternyata dia tidak faham alur semasa.

  9. wong jowo says:

    berbaloi2..sangat..yang untung penyeludup je..tanak dengar cakap penasihat suruh guna kad pengenalan ke apa2 kad yang menyatakan warganegara malaysia yang layak dapat subsidi..ni warga bangla pun dapat subsidi macamana..kalau mat indon tu aku masih rela lagi sebab satu bangsa satu agama..ni bangsa keling..cina babi spore..keling pakistan..semua dapat subsidi..tak bodoh punya menteri..bagi subsidi kat pendatang..

  10. wong jowo says:

    berbaloi2..sangat..bikin rakyat miskin sumenya

  11. wong jowo says:

    berbaloi sebab bangla pun dapat subsidi..cino spore pun dapat subsidi

  12. Badrole Amin says:

    memang betul punya complex nak cari mekanisme yang betul-betul efisien(tak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan)…kita tunggu sahaja kerajaan umum mekanismenya yang bagaimana, harap mekanismenya itu ‘tidak melecehkan’ rakyat yang layak(tetap dapat membeli petrol dan diesel bersubsidi)…aku setuju dengan penulis agar penganugerahan kontrak pembangunan sistem subsidi petrol ini kepada mana-mana pihak dapat dihentikan/dimansuhkan/ditiadakan

  13. Jambol says:

    Kita yakin kos pelaksanaan sistem ini akan lebih tinggi berbanding daripada jumlah yang dapat dijimatkan. Secara tiori, langkah ini adil, tetapi secara praktikal hampir mustahil dilaksanakan dengan adil. Sebagaimana biasa, menteri yang tak berotak menunjukkan kebodohannya yang ketara.
    Ingatlah, dalam dunia ini, sistem yang mudah sahaja dapat dilaksanakan dengan baik. THINK SIMPLE, STUPID !!!

  14. poyo says:

    knplh ramai menteri bodoh dlm kabinet najib ni.campak je la ke laut…

Leave a Reply