Menu Utama

Banyak Sangat Ke PAS Kelantan Beri Rakyat 24 Tahun Ni?

PAS memang terpukul dengan bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lepas. Maklum sajalah, habis saja bentang bajet, Perdana Menteri terus ke Pangkalan Kubor Kelantan bertemu dengan pengundi yang memenang besarkan BN dengan majoriti jauh lebih besar dalam pilihanraya kecil bulan lepas.

Kot-kotla masa jumpa tu rakyat nak mengamuk sebab minyak naik RM 0.20 minggu sudah, rupanya sambutan tetap hangat malah rakyat tepuk tangan lagi bila Perdana Menteri kata subsidi minyak hanya menguntungkan yang kaya.

Ini tak hairan sangat sebab sebagai daerah yang bersempadan dengan Thailand, orang Pangkalan Kubor tahu nilai subsidi minyak ini kepada mereka kerana dapat lihat sendiri bersepahnya kereta Thailand nak isi minyak di negara ini sebab harganya murah.

Maka itu, PAS main skrip lama, cuba kondem bajet 2015 ni kononnya bagi secupak, tarik segantang. Ironinya tu, macam banyak sangat yang PAS beri Kelantan selama 24 tahun memerintah negeri tu.

Seperti yang penulis katakan dalam tulisan lepas, paling tidak 7 juta penerima BR1M, 5 juta pelajar sekolah dan berjuta-juta yang bayar cukai pendapatan akan dapat manfaat langsung dari pembentangan bajet kelmarin. Sebetulnya banyak lagi, tapi bagi yang mudah-mudah dulu, maklum sajalah ada yang baca ni orang PAS – bukan cerdik pun.

PAS? 24 tahun dulu rakyat kelantan sedut air dari bawah tanah sebab PAS gagal sediakan bekalan air bersih, sekarang pun sebahagian besar rakyat Kelantan masih sedut air dari bawah tanah, sebab, PAS asyik sibuk ukur orang lain, terlupa yang dia tu banyak sangat kelemahannya.

Alasan takdak duit, sedangkan air sungai Kelantan kuning pekat kerana jadi mangsa aktiviti perlombongan pasir sungai yang dilakukan PAS Kelantan secara berleluasa, tak selindung-selindung macam negeri lain. Tak percaya, tengok kat Jambatan Sultan Ismail Petra menghala ke Tumpat tu, sebelah betul bandar Kota Bharu.

Kira adalah hasilnya tu, tak sebut balak lagi dan lain-lain, tapi mana pergi hasil semua tu bila masalah paling asas itupun PAS tak boleh selesaikan? Menunjukkan masalahnya bukan duit, tapi tak reti mengurus. Nasib baik orang Kelantan yang merantau ke luar ni mahu PAS kekal atas sebab-sebab yang depa saja faham, ikut orang yang diam menetap disitu, lama habis dah.

Justeru, usahlah nak cakap banyak segantang ke secupak. Sebelum tegur orang lain, tengok badan sendiri dulu. Buat lawak betullah.



(Next News) »



16 Komen to Banyak Sangat Ke PAS Kelantan Beri Rakyat 24 Tahun Ni?

  1. itsme says:

    kesian kat PAS… sana dah tak sudi, yg sini pula dia caci, manusia apa gini @ parti jenis apa gini? pasti tghh dan tgna rasa puas bila mati nanti jika pengikut mrk terus terusan benci caci hamun umno waimah sehingga keakhir hayat mrk.. senyum puas rasanya tgna dan tghh yg diangkat guru oleh pengikut mrk.. melihat perkara ini terus berlaku walaupun nanti mrk dh dln liang lahad.

    syabas nik aziz dan hadi awang..

  2. Mek esah says:

    Umno memang bijak membelit rakyat…..pasai apa sbhgn besar rakyat terbeliak mata dan gembira bukan kepalang bila brim dinaikkan kpd Rm 950?….pasai depa sbhgn besar hidup di bawah kadar kemiskinan….kais pagi makan pagi….berapa lama depa dapat bertahan dgn rm950 itu?…depa tak sedar dgn kenaikan rega petrol dan rega barangan …….pemberian rm950 adalah lebih kecil berbanding depa akan habis dalam setahun berikutan dgn peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan rega petrol…umno berterima kasih di atas kemisknan rakyat…kerana depa terus dapat digula2 kan….kesian

  3. bajak says:

    baucar jom shoping yg kerajaan selangor bg bape rm plak mek esah?cukup ke utk belanja dapo sbyk rm100 tu utk setahun..kate rezab selangor byk..xkn byk tu je bg kt warga emas kt selangor..tu pn bkn sume nye dpt..

  4. lang buana says:

    mujur kerajaan beri BRIM….

  5. adi says:

    duit tu buat modal jual kepek ubi le baru dapat belanja sampai setahun

  6. mancini says:

    Lama tak dgr komen mek esah,jgn lupa anwar brahim sebat rm 15 juta duit rakyat sgor

  7. alimedanbaru says:

    dan jangan lupa pokok balak diKelantan sekarang boleh kira dengan sekali pandang saja..
    habis ditebang disebat sejak 24 tahun
    agaknya bagi setiap batang balak yg dah disebat tu berapa rakyat Kelantan dapat
    agaknya sebahagian besar hasil masuk perut siapa..
    Tuan Guru Nik Aziz patut bagi terang kepada rakyat Kelantan hal ni
    sebab dia perintah hampir 23 tahun
    hakisan tanah dan sungai jadi teh tarik siapA nak jawab
    kampong orang asli musnah siapa nak tanggong jawab
    khazanah yg keluar masuk dengan lori sepanjang masa sepanjang tahun tu
    siapa yg simpan ‘buku kira-kiranya’
    Tuan Guru ada sebut, kalau 5 sen salah urus pun masuk neraka jawabnya!
    boleh caya ke semuanya sempurna dan maha adil!
    baru bab balak
    belum bukak file lain….

  8. ore kelate says:

    Yg pertama sy setuju kenyataan di atas, sy memerhati kerajaan pas selama ini banyambuat ceramah dari kerja, klu kerja pun mereka guna kroni contoh projek di kubang kerian, kontraktor dri pulau pinang bangunkan, jika kerajaan pas pandai urus balak, tidaklah pula balak abis ditebas oleh husam musa utk keuntungan sendiri tpi mereka tetap salahkan kerajaan, rakyat kelantan marah bila minyak naik 20 sen tetapi mereka senyap jah bila byr parking tepi jalan kena letak 40 sen bru naik meter dri yang dhulunya 20 sen, kebersihan juga menjadi masalah utama kerajaan negeri sb tidak mendidik masyarakat kelantan supaya menjadi pembersih, aktiviti belia terlalu tumpu kepada org melayu dan siam, tpi orang india n china sedikit sahaja,sb itu mudahnya org kelantan jual tnah harga murah, dan ada tok pengawa dekat kelantan mampu pakai mercedes, bkn dengki tpi apakah dengan kerja tok penggawa dpt pakai kereta mewah, tidak mereka berniaga bagus sangat dituntut tpi bila berniaga hasil negeri dengan org singapore apa cerita, ckp xde duit tpi duk jual hasil negeri, pastu ckp menentang palestine still beri tesco beroperasi di kg sireh,

    kerajaan negeri sila berubah,

    klu ada yang xsetuju sila tengok sendiri di kelantan, islam suh kita jd pembersih, jgn makan harta negeri, jangan menanamkan sifat benci,

    kerajaan negeri ada bagus, bab kuliah pagi, itu bagua tpi sudah 24 tahun kenapa hasil negeri diberikan kepada individu tertentu, bukan kah itu kroni mcm bn? rasuah mcm bn?

    hasil luahan anak kelate

  9. yon76er says:

    PAS selama memerintah hanya pandai BERCERAMAH saja..Itu memang mereka CHAMPION..TAPI bab kerja Lu sendiri tengoklah apa yg ada di KELANTAN sampai hari ini,…..Pelabor nak masok pon kena fikir 100x …bab air dah berbuih Raayatnya mengadu sana sini…malang sekali itu pon PAS Kelantan dok sempat gak salahkan Kerajaan Pusat, walhal PAS yg Tak Tau nak selesaikan..
    Komen Mek Sah tuu , Itu BN dah bagi RM950 dia punya tak puas hati..agaknya klu x bagi apa pon, apalah SUMPAH SERANAH dia akn keluarkan dari PERUT BUSUK MekSah..

  10. GT86 says:

    PAS… Menang sorak, Islam di gadai.

  11. bangKano says:

    Weii mek esah gedebe…mu dok negeghi sebelah sempadan Sie…mu tahu ka harga seliter petrol kat Thailand mahal ka dari Malaysia…? Sila jawab kalo beghhani !

  12. shimo says:

    Nik aziz inginkan sebuah negare islam yg xtau bgaimana dimpikannya…slama mntadbir klantan 25thn..mgkin itulah benchmark yg d ttpkn nye..lalu hbis rakyat klantan lari bkerja kluar…kapal sign tidak mahu negara islam..akibat tkene tulah ulamak..kapal mati dgn hinenye…mcm cite tanoh kubooo…kate nik ajis…”ambo tokse doh nge umno ni…bkn org islam…maka dia pn memilih PKR sbg tman sbantal…tanye nik ajis pd PKR…”nnt mnang kite bt negare islam ye.?”maka jwb PKR…”Yaa..ya..yaa..kite buatt..tuan guru alfadil”..sambil mncium tgn nik ajis..”lo ni kito xprlu umno…kito ado PKR dan DAP…lebih mulio DAP dr Umno…”Kata nik ajis..maka kblakngan ini timbul isu yg DAP dan PKR tdak lg smbunyi…mlh trang2 mblkgkn PAS dlm banyak pkare…lalu PAS dgn penuh islamik brdakwah kpd sekutunya itu…dulu nik ajis cube mgislamkn kapal….kini dia cube pula thdp tony pua…kritikan trhdp PAS oleh tony pua dhadam tenang oleh PAS,ini bg mnujukn stratigi dakwah berkesan yg d buat PAS thdp insan istimewa itu..
    kini timbul isu igin mewujudkn satu lg parti islam…d beritakn ia adalah serpihan drpd PAS..maka kite tertanya2…parti manakah yg lebih islam..?yg mana hendak membawa islam..? Taliban kah..?ISIS kah.?..ikhwan muslimin kah..? PKR kah..?PASMA kah..?Atau PAS kah yg pling islam..?..kite skli lg hairan…tambah 10x lg hairan kpd tony pua…samada tony pua memelok islam @ nik ajis yg pergi dulu…PAS tetap dgn retorik lame…cerita2 haid dan nifas…krana mereke sbenarnye tidak pernah membace…dan tidak pernah ingin mnambah ilmu…maka tetaplaa mreka dlm jemaah kolestrol…drp pemudaa…sehinggalaa kpd pmimpin trtingi…

  13. NIM says:

    Oi Mak Esah, otak hang letak mana? Hang tanya pasai pa sebahagian besar rakyat terbeliak mata dan gembira bukan kepalang bila BR1M dinaikkan kepada RM 950?

    Ni aku nak habaq kat hang. Ramai orang Malaysia yang sihat tubuh badan, cukup makan tak dak catu-catu, ada kereta, cemburu dengan orang miskin yang dapat BR1M tau dak? Aku pun hairan pasai pa lepa cemburu. Semua cukup tapi masih nak lagi BR1M, pasai pa?

    Sebabnya, tak kisah la kaya ka, miskin ka, siapa tak suka dapat duit lebih? Ini pun nak kena terang ka?

  14. NIM says:

    Lagi satu, rakyat Malaysia antara yang paling gemuk di dunia. Jadi tang mana hang nak kata kebanyakan orang Malaysia orang miskin? Orang miskin kurus, bukannya gemuk berisi. Otak ada, tolong guna.

  15. WTF says:

    Mek Esah,

    Sila beritahu saya negara mana dalam dunia ini yg tak mengalami kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup???

    Ulas sikit Mek!!!

Leave a Reply