Menu Utama

Bahaya Islam Liberal, Baru Kini Nik Aziz Nak Berfikir Guna Otak

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya turut tidak mahu ketinggalan menyelar penganjuran program ‘saya mahu sentuh anjing’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang apabila mengumpamakan orang Melayu Islam yang memeriahkan kempen tersebut sebagai tiada otak yang ada cuma ulat dalam kepala.

Dalam kenyataannya yang dipetik dari Harakahdaily, bekas Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan idea-idea pelik seperti program tersebut yang dipercayai berpunca dari aliran pemikiran yang mahu meliberalkan Islam (Islam Liberal) boleh dianggap sebagai sesat kerana menyebabkan imej Islam kelihatan hodoh.

Kasar bunyinya tapi masih boleh diterima kerana orang Islam yang celik akal fikiran walau cuma ada sekelumit ilmu agama di dada patutnya memahami bahawa program seumpama itu bukan sahaja kelihatan janggal tetapi juga terselit agenda halus untuk meliberalkan pemikiran umat Islam.

Perihal betapa mudarat dan berbahayanya fahaman Islam liberal terhadap pemikiran umat Islam negara ini dah selalu sangat para ilmuwan agama perkatakan terutama sekali selepas tercetusnya isu kalimah Allah yang dipelopori suku sakat PAS dalam PR terutama dari PKR dan DAP.

Dek kerana isu kalimah Allah itulah pemikiran sesetengah umat Islam yang menyokong PR mula tergelincir dan semakin liberal dalam banyak perkara. Ada yang bercakap perlunya orang Melayu Islam diberikan hak kebebasan beragama dan ada yang dengan selambanya berceramah menyokong tuntutan kalimah Allah untuk Kristian dalam gereja.

Orang Islam yang menyokong tuntutan tersebut bukan sahaja dari kalangan PKR yang merupakan ‘rakan akrab’ kepada PAS malah kedapatan ramai kalangan pemimpin PAS sendiri pun tumpang sekaki menyokong penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan perkataan ‘God’ di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Salah seorangnya yang pernah menyokong penggunaan kalimah Allah untuk Kristian termasuklah Nik Aziz sendiri apabila beliau pernah mengeluarkan kenyataan sokongan membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah kononnya untuk tujuan berdakwah kepada non-muslim yang akan mendekatkan diri mereka kepada Islam.

Nik Aziz tentu sudah lupa kenyataan liberalnya itu samada disebabkan ada ulat dalam kepala otak atau mungkin juga kerana otaknya dah berkarat. Tapi perlulah ditegaskan di sini selepas Nik Aziz kembali memahami kepentingan berfikir bersandarkan akal fikiran waras dari otak yang tidak berulat akhirnya kesedaran timbul menyebabkan Nik Aziz membuat pusingan U menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Namun segalanya sudah terlewat kerana sampai sekarang gara-gara polemik kalimah Allah yang gagal disepakati PAS dalam mencari keputusan yang tepat disebabkan ramai pemimpinnya mengalami masalah otak berulat akibatnya menyebabkan fahaman Islam Liberal kian berleluasa dan bersilih ganti bermacam peristiwa pelik terjadi .

Bahana fahaman Islam Liberal antaranya termasuklah tidak lama dulu khalayak umum dikejutkan dengan ketekunan para lebai mangkuk ayun dari PAS dan PKR yang teruja mendengar pemimpin bukan Islam dari PKR dan DAP memberi ‘tazkirah’ di ruang utama solat dalam surau dan masjid sekitar Selangor.

Tak cukup dengan ‘tazkirah’ diadakan pula acara senamrobik oleh ahli politik perempuan dari PR yang berpakaian kurang sesuai dalam halaman masjid. Itu belum diungkit lagi perihal golongan pemimpin politik non-muslim PR yang menjadikan masjid sebagai tempat istirehat dalam keadaan berpakaian yang kurang sesuai selepas berdemo di jalanan.

Kemudiannya disebabkan kemaruk sangat mahu kelihatan liberal menyanjung hak asasi manusia kecoh pula isu muslimat PAS berdiri teguh mempertahankan seorang pemimpin perempuan PR yang gambarnya dalam keadaan serabut mata memandang melihat hutan belantara yang tidak terjaga hasil rakaman foto oleh teman lelakinya sendiri yang terlepas ke alam maya.

Reda isu-isu tersebut timbul pula acara Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak kebebasan golongan songsang LGBT yang dipelopori rakan taulan PAS. Kalau Nik Aziz tak tahu apa itu LGBT barangkali kalau disebut kisah kaum Nabi Luth dulu agaknya mudahlah Mursyidul Am PAS itu untuk memahami betapa songsangnya golongan tersebut.

Itu belum cerita lagi pasal kontroversi arak di 7 Eleven, isu murtad di Selangor sehingga menyebabkan bekas naib presiden PAS, Hasan Ali dipecat dari parti kerana lantang menyuarakan tentangan terhadap agenda Kristianisasi serta yang terbaru Pesta Arak Octoberfest yang hanya dicuit gitu-gitu sahaja oleh PAS dek kerana ada pimpinannya yang turut terkena sindrom Islam Liberal.

Dan tidak lupa juga, disebabkan terlalu mendukung fahaman Islam Liberal jugalah ada anak perempuan kepada pimpinan PR pada 2011 terlanjur sengaja mempromosikan majlis Bangkung Christmas Bazaar yang menghidangkan minuman arak jenis wine.

Semua agenda halus untuk meliberalkan pemikiran umat Islam ini berlaku bertali arus disebabkan adanya sesetengah umat Islam termasuklah dalam PAS sendiri yang menyokongnya atas nama hak asasi manusia di samping untuk mengelakkan larinya undi orang bukan Islam sekiranya mereka berani mengkritik dengan lantang.

Apa pun syukur Alhamdulillah, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Aziz berhubung bahaya dan hodohnya fahaman Islam Liberal bolehlah disimpulkan bahawa masih ada sekelumit sifat keprihatinan dalam dirinya untuk menyedari impak negatif Islam Liberal yang sedang menular di negara kita sekarang ini.

Dalam bab ini kita patut bagi pujian kepada Nik Aziz kerana walaupun terlambat sekurang-kurangnya mahu juga dia bersuara. Syabas kepada Nik Aziz kerana akhirnya berpijak di bumi nyata dan kini sudah pandai berfikir menggunakan otak yang dianugerahkan Allah SWT. Alhamdulillah.






15 Komen to Bahaya Islam Liberal, Baru Kini Nik Aziz Nak Berfikir Guna Otak

  1. Uturn says:

    Aku sikit pun tak caya dgn nik ajis, besok dia pusing kotlain pulak.

  2. Badrole Amin says:

    kuciwa arab celup dan dugul si syed azmi tu sejak sekian lama sanjung tinggi pok nik alih-alih je pok nik kata dia takde otak dan dalam kepala ada ulat sebab anjur acara ‘i want to touch a dog’ tu

    pok nik kalau dapat tahu syed azmi tu sokong PAS mesti dia pusing cakap lain

    pok nik cuma sekali-sekali je cakap guna otak dan selalu tak pernah guna otak macam dia pertahankan eli wong dahulu tentang isu gambar bulu pukeynya tu

  3. Memang Terok says:

    SElepas ‘Saya mahu sentoh anjing’ kita bimbang muncul pulaK SATU siri laknatullah lagi ‘Saya mahu rasa Arak’

    Datang berderai lah hujah2 sibelangak laknatullah ini menegakkan bahawa minum sekadar rasa dibibr tidak haram. Minum sampai mabok baru haram. Ada pun sebab musabab haramnya arak apabila umat berkeadaan mabok umat tak boleh solat, puasa, berzikir dan apa saja ibadah. Sebagaimana menyentoh anjing berkeadaan kering tidak mengapa disentoh. Kita bimbang ini berlaku.

    Dalam masa suasana kebangkitan yang kita rasa cukup hebat sekarang dengan ramai ulamak, penceramah, pakar agama bergiat aktif menyebar syiar islam kemerata cerok daerah dalam negara menggantikan celebrity lain dari ilmu yang mereka ada… terdapat pula hal baru yang menjijikkan ini. Ini terlalu diluar jangkaan. Kita kesal kerana pluralisma di perjuang diperingkat tinggi, peringkat global. Kita tempias sama kerana terdapat sorang dua umat kita sendiri yang memang sudah terpesong, jelas sekali.

    Kita percaya budak perempuan bodoh, dungu , baghal dan laknatullah itu bukan pencinta binatang pun. Tetapi mereka pencinta liberal setelah otak mereka berjaya ditune kan begitu.

  4. bujuk says:

    Pemimpin PAS dah banyak bagi ulasan… mana set Pemimpin UMNO punya jawapan, bantahan. Siapa disebalik Syed Azmi ni?
    Nak tau jugak ulasan Najib, Muhyidin atau Tengku Adnan.

  5. Adam Abdullah says:

    Islam liberal?

    Kerajaan Tempatan, PDRM, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kena peka, kena aktif memantau siapakah mereka di sebalik tabir (the man/men behind the scene)dan Negara mana yang menganjurkan program seperti “Saya mahu sentuh anjing”, Program Berjalan Kaki dll program dan aktiviti yang cuba menarik GENERASI Y di kawasan Bandaran di Negeri, Negara dan di Luar Negara seperti di Hong Kong, Singapura, Negara Arab, Afrika dll Negara.

    Sekarang ini macam-macam cara program/aktiviti dianjurkan oleh sesuatu persatuan/pertubuhan tempatan yang bergabung dengan penganjur dari Luar Negara atas nama kebabasan, keamananan, keharmonian Global dll TETAPI kemungkinan aktiviti.program yang dianjur dan dijalankan ada motif politik, ekonomi, soscial, keselamatan dan agama.

    Tengok sahaja apa jadi di HONG KONG dimana pelajar terlibat dan dilibatkan. Siapakah “the man/men behind the scene” yang menganjurkan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang berlangsung beberapa hari yang menggangu gugat keamanan dan ekonomi HONG KONG? Baca sahaja lapuran-lapuran media cetak dan media eletronik yang melapurkan ada anasir-anasir dari beberapa Negara luar dari HONG KONG yang dipercayai terlibat.

    Pemuda/Puteri UMNO/BN/IM4Y perlu mengkaji keadaan semasa dan mengambil tindakan proactif dan membantu Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan
    dan PDRM dll Jabatan dan Agensi Kerajaan mentadbir dan mengurus Negara mengikut Undang-Undang yang ada demi memelihara keamanan,keselamatan, ekonomi dan kehormanian rakyat berbilang kaum, agama dan adat resam ter[elihara.

  6. raplahjingaa says:

    Siapa di balik syed tu bujuk ?? kalau dia dah penyokong PAS, sendiri mau ingat la brader…..

  7. Memang Terok says:

    Satu yang paling pasti kerja gila begini bukan kerja kerajaan. Ini kerana kerajaan tidak pernah ditadbir oleh manusia gila dari dulu hingga kini.

    TErdapat ramai pemimpin gila, kita akui. TEtapi tidak seroang pun datangnya dari party pemerintah. Diluar sana terdapat pemimpin gila kuasa, jawatan, nama dan bakti. Pun mereka bukan dari kalangan parti kerajaan. Mereka sudah ada itu semua dan tidak ada apa yang perlu dikerja kecuali memastikan negara aman, makmor dan baik urustadbirnya.

  8. Adam Abdullah says:

    online.wsj.com/…/hong-kong-protests-fueled-by-foreign-agencies-ex-china.

  9. Adam Abdullah says:

    Sila baca laman web Wall Street Journal Hong Kong Protests Fueled by Foreign Agencies, Ex-China …online.wsj.com

  10. raplahjingaa says:

    Adam, dalam demo kat Hong Kong tu…pecacai DAP pun ada ambil bahagian, sebab apa aku pun tak tau.

    Cina Hong Kong, minta maaf je la aku nak kata, jenis tak sedar diri di untung. Beratus tahun duduk dalam penjajahan British, tak ada pun depa buat demo nak demokrasi, bila pemerintahan kembali ke bangsa depa sendiri, depa mula nak buat demo, nak demokrasi konon.

    Sorry to say…nak kontrol bangsa jenis ni, kena undang-undang yang ketat macam kat singapore, baru depa tau disipline dan hidup bertemaddun.

  11. pasberuk says:

    kepada bujuk

    “Pemimpin PAS dah banyak bagi ulasan… mana set Pemimpin UMNO punya jawapan” memang la pemimpin Pas banyak bagi ulasan setelah banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh PAS di muka bumi Malaysia ni. Setelah mereka sedar dan bangun dari tidur dan kepala otak tidak berulat lagi. Setelah banyak kerosakan berlaku baru nak beri ulasan sudah agak terlambat. Sudah ramai yang terpesong dengan ajaran PAS. Ini lah bala yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam Malaysia akibat dari kedurjanaan dan kesesatan PAS.

  12. paspispus says:

    Ni la akibat bila dh trlalu pakar agama liberal…semua bole belaka…sesuai klu naik kn taraf sikit pakar2 lberal ni kpda pakar bangsat bangsa dn agama..kpda mereka2 ni, klu nk sgt bebas buat ape sja baik tukar agama je…bagi org2 islam selagi beragama ada tuhan dn ada rasul, tetap ada yg dilarang…yg salah tetap salah…yg haram tetap haram…yg benar tetap benar…yg halal tetap halal….bukan bole buat hukum agama mcm mak bapak kita punye…bagi pihak pemerintah baik kerajaan pusat maupun negeri begitu jabatan2 dn majlis2 agama, jgn duduk dikerusi empuk…jalankn tugas …berani kerana benar…

  13. GT86 says:

    Nik Ajis dah nyanyuk ni…kalau normal tak mungkin akan kata macam ni.

  14. Adam Abdullah says:

    Dulu-dulu dalam tahun 50han Atuk saya ada bela anjing untuk jaga kampong dari dimasukki oleh binatang buas. Dia ikat anjing di bawah rumah, rumah bertiang 12. Dia bagi makan. Atuk dan lebai Derus bagi tahu jangan bagi anjing jilat kita. Kalau kena jilat kita kena samak. Kita tidak boleh cium dan peluk anjing macam peluk bayi atau budak kecil.

    Penganjur dan pengikutnya tak ikut nasihat JAIS. Mereka patut kena pergi kelas Agama semula.

    http://www.nst.com.my/node/44977

Leave a Reply