Menu Utama

Azmin enggan menjawab isu Oktoberfest

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus mengelak apabila diminta mengulas isu penganjuran pesta arak secara besar-besaran atau lebih dikenali sebagai Oktoberfest.

Pihak media yang ‘mengejarnya’ sejak pagi ini gagal mendapatkan sebarang komen daripadanya yang dilihat cuba melarikan diri.

Terdahulu, ketika ditemui dalam program ibadah korban anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pukul 8 pagi, Mohamed Azmin berjanji kepada wartawan akan mengeluarkan kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri selepas itu.

Bagaimanapun, sejak menunggu dari pukul 10 pagi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sehingga 1 petang, pihak media belum mendapat kenyataan akhbar seperti dijanjikan oleh Mohamed Azmin.

Pada kira-kira 2 petang, Mohamed Azmin mempengerusikan pula mesyuarat berkaitan sampah-sarap dan selesai pukul 4 petang namun kenyataan akhbar belum diperoleh.

Sekumpulan wartawan hanya berjaya mendapatkan kenyataan dan ulasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu negeri, Ean Yong Hian Wah pada kira-kira pukul 6 petang.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad mendedahkan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran Oktoberfest.

Menurut Iskandar, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu, jelasnya, dakwaan Oktoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

Utusan






16 Komen to Azmin enggan menjawab isu Oktoberfest

  1. Uturn says:

    Hari pertama jadi mb jadi imam la , tunjuk alim la, tapi biarkan pesta arak di selangor. Apa punya manusia ni.

  2. Shah says:

    Dah masuk dan kenyang kena lah senyap

  3. alimedanbaru says:

    Kalau dia MB bertanggongjawab mengapa lari dari wartawan?
    Buat saja keputusan dan arahan..BATALKAN atau TERUSKAN..
    INILAH DIA, ‘ada kuasa’ ‘TAK PANDAI guna kuasa’
    kuasa diguna untuk kepentingan sendiri dan musnahkan musuh!

  4. raplahjingaa says:

    hehehe…amboi tak sampai sebulan jadi MB dah pandai lari-lari dari wartawan, lepas ni hangpa tunggu la…ada lah suratkhabar nak kena ban dari buat liputan berita kerajaan negeri, kat Penang DAP dah buat dah…

    Lepas tu depa pulak terpekik terlolong kata wartawan di tekan di Malaysia.

  5. WTF says:

    Jangan salah faham, Azmin Ali bukan lari dari menjawap soalan!!!

    Azmin Ali nak refer pada KETUM dulu sebelum menjawap soalan reporter!1!

    Takut nanti KETUM tak bagi restu pada Azmin Ali bagi jawapan sebelum KETUM mebuat keputusan, maklumlah Azmin Ali tak nak nanti terima nasib macam Khalid Ibrahim!!!

    Hehehehehehehehe!!!!!

  6. tubir says:

    Kenapa sultan selangor berdiam diri …….kan sultan selangor merupakan penaung kerajaan islam selangor DE.sultan cuma beri arahan batal………siapa lawan derhaka titah sultan…..

  7. rembaumostwanted says:

    Arak adalah minuman bagi orang bukan islam. Kilang arak dibenar dan dilesen di Malaysia ini. Yang nak berpesta orang bukan islam, Kenapa kita pulak tak tentu arah jadi nya? Sedangkan Kedai Empat Nombor Ekor, TOTO, KUDA Kerajaan bagi lesen kenapa tak bising? Dah terang-terang kedai tu beroperasi puluhan tahun. Ramai orang islam beli jugak. Yang paling teruk ada orang islam jadi Pengerusi Syarikat Judi kat Genting tu. Kenapa?

  8. samad says:

    salam,

    Bukan masalah kedai judi ataupun arak ataupun pesta minuman keras. Masalahnya ialah iklan ini di iklankan untuk tatapan awam. Kalau nak iklan, nak pasang banner sekalipun di dalam pub, itu tidak menjadi kesalahan. Bukan untuk tatapan awam.

    Bukankah segala jenis iklan rokok dan arak tidak dibenarkan di tempat awam?

  9. korokstabang says:

    nak togok minuman syaitan tu sampai mampuss sekalipun togok ajalah tadak sapa pun peduli tapi togok lah di kedai minuman arak dsb kalau sampai buat pesta minum arak di tempat awam ini kerja menatang bukan kerja manusia

  10. sireh ke gagang says:

    pakatan harapan rakyat . MB Harapan rakyat penakut mengulas isu togak arak secara besaran2 rupanya .

  11. omrga says:

    azmin mana tahu bab ini. klu tanya ais krim dia tahula. itu memang kepakaran dia

  12. sireh ke gagang says:

    rembaumostwanted = anda bodoh . tahukah anda apa mksd octoberfest ini dan bagaimana acara itu berjalan ? ini adalah acara meminum arak secara terbuka (siang & mlm tanpa mengira waktu) di tempat terbuka (1utama) itu .tidakkah anda berasa gusar , jikalau ada kalangan ahli keluarga atau rakan anda pun join sama di dalam pesta terbuka meminum air kencing setan ini ?

  13. PenjawatAwam says:

    SUDAH SEWAJARNYA SEORANG KETUA DARI SEBUAH PARTI HURUHARA MEMILIH UNTUK ‘TAKE COVER’ DALAM HAL SESENSITIF INI.

    KITA FAHAM, TAHU, ARIF DAN MENGERTI. BAHAWA APAKAH KEPANDAIAN AZMIN UNTUK MENJAWAB SOALAN MENGENAI ISU INI. MENYOKONG MINUM ARAK, AKAN MARAHLAH ORANG MELAYU. MELARANG MINUM AKAN MARAH PULAK KUFAR2 SEMUA YANG MERUPAKAN RAKAN AKRAB AZMIN.

    MAKA SEMBUNYILAH AZMIN SAMBIL DENGAN SENYAP CONTACT MENTOR DIA UNTUK DIBERI PETUA DAN CARA LAIN UNTUK BERBOHONG, MENIPU DAN BERDALIH. MUKIM AZMIN BELUM KHATAM DALAM PEMBELAJARAN NYA PERIHAL ILMU INI.

  14. anoi says:

    Kono sogok dgn apam amoi tembam2 ontok2 admin tu, hancur Selango hancor di lumatkan pr pertuangan bangsa bawah pengkhianat nuar-aljuburi.

Leave a Reply