Menu Utama

Azmin arah beku akaun bantuan Khalid?

Azmin Ali telah membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dun Pelabuhan Klang yang diwakili pleh Khalid Ibrahim. Apakah justifikasi untuk Azmin menarik membekukan akaun tersebut? Adakah Azmin ingin membalas dendam terhadap bekas MB Selangor tersebut?

Berikut adalah kenytaan media yang dikeluarkan oleh pegawai khas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

KENYATAAN MEDIA

RABU, 1 OKT 2014

ARAH BEKU AKAUN SMUE BTR DAN P. KLANG: AZMIN MULAKAN KARIER DENGAN LANGKAH SUMBANG

Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang mantan Menteri Besar, YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, YAB Mohamed Azmin Ali.

Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah DYMM Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Ternyata segala jasa-jasa YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Menteri besar baharu.

YAB Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri. Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.

Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’.

FAEKAH BT HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA
ADUN PELABUHAN KLANG






6 Komen to Azmin arah beku akaun bantuan Khalid?

  1. Uturn says:

    Revenge…..itu saja azmin dan anwar tau

  2. Tubir says:

    Azmin dan Anwar balas dendam……wayang cina anwar dah menjadi……memang anwar nak Azmin jadi MB selangor……wan azizah hanya umpan bagi PAS…..Kah kah

  3. WTF says:

    Revenge is a dish best served cold

    But there is one thing aku kurang faham, macam mana ada peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk Parlimen Bandar Tun Razak???

    Bandar Tun Razak dalam kawasan negeri Selangor ka???

  4. Nusantara Jones says:

    Bagos, bagos, biar diorg gadoh sampai rakyat menyampah.

  5. Mek esah says:

    Umno tak cukup kuat untuk merampas selangor…rakyat selangor ditipu pkr…tp untuk tumbangkan pr…umno tak cukup tenaga…terkulat2 lagi le nampaknya

  6. WTF says:

    La…adakah Mek Esah sedar bahawa ahli2 PAS yg menyokong secara membuta tuli kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam apa2 isu sekalipun telah mendapat gelaran BARUA dari Hadi Awang!!!

    Hehehehe, MEK ESAH IS BARUA DETECTED!!!

    WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!

Leave a Reply