Menu Utama

Apakah niat penganjur ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’?

Apakah penganjuran kempen yang dikatakan membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing itu adalah dengan mewujudkan amalan menjadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan seperti kucing?

Persoalan inilah yang dikemukan oleh Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid yang nyata kecewa dengan penganjuran program tersebut.

Katanya lagi penganjuran seperti itu membawa mesej menjurus kepada fahaman liberalisme atau sengaja ingin mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini dan ianya perlu ditolak.

Umat Islam harus memahami walaupun anjing juga adalah makhluk Allah tetapi bezanya anjing dan babi adalah mereka terdiri dari kumpulan haiwan yang boleh menyebabkan najis berat (mughalazah).

Apakah tujuan penganjuran ini untuk membawa satu budaya baru yang mahu umat Islam memegang anjing dan seterusnya timbul minat untuk memeliharanya pula seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing ?

Aidit Ghazali seorang ilmuan fiqh berkata penganjuran kempen ini merupakan strategi halus gerakan untuk mempromosikan fahaman liberal dalam pemikiran kalangan umat Islam di negara ini. Katanya lagi hasrat untuk membuang stigma memegang anjing adalah kempen yang bodoh dan ada banyak lagi kempen yang bagus seperti kempen mendekati masjid dan hukum Islam.

Sementara itu exco pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata di dalam twitternya umat “Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) adalah sangat janggal”.

Ustaz Kazim Elias juga di dalam entri facebooknya turut mempersoalkan niat penganjur mengadakan kempen tersebut.Berikut adalah apa yang dikatakannya :

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini. Tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing. Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?

Sumber Utusan/Mykmu.net






16 Komen to Apakah niat penganjur ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’?

  1. moo says:

    ini Masyarakat Gila.

    Mufti keluarkan statement la..,masyarakat memerlukan kenyataan mufti.

    anyway org pompuan tak tutup aurat pun haram jugak, yg ni korang tak nak komen??

  2. Uturn says:

    dari apa yg dapat dilihat semalam adalah kempen utk membuat umat islam pelihara anjing mcm kucing. siap peluk2 ambil gambar. kena peluk kah?

  3. raplahjingaa says:

    Tak tutup aurat memang pun haram mooo…begitu jugak bohong dan buat fitnah, macam selalu yang hang buat, dah komen banyak dah mooo, hang tak berubah jugak !! apa kami nak buat ???? hehehe….

    kempen pegang anjing tu kerja sekutu hang la jugak….apa hang nak buat ?? tunggu mufti sampai ke mooo ???

  4. alimedanbaru says:

    Aku berpendapat
    Pas amat berpuas hati dengan kejayaan Program Pegang Anjing
    Hal ini kerana persaudaraan politik Pas dan Dap dah tunjukkan HASIL DAN BERBUAH
    PAS PUN KERAJAAN BERSEPAKAT DISELANGOR
    kepada Pas nafikanlah
    hakikatnya apabila kalimah ALLAH pun kalau pak lebai Pas kata ok kpd kristian (walaupun dah buat u-turn)
    inikan pulak October fest dan program Pegang Anjing
    lepas ni puncak program
    elok sangat exco Pas resmikan program pegang babi..tak gigit pun!
    Pas boleh tipu manusia
    dengan ALLAH tak sekali
    nafikanlah
    hakikatnya PAS yg MEMULAKAN SEGALANYA!

  5. Insan says:

    Anjing juga adalah Makhluk Allah.” Aku Berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang di Rejam ” Syaitan pun Makhluk Allah juga mengapa kita menghindarinya.? Kita tak nak Syaitan duduk kat rumah kita kan.

  6. anakbochek says:

    Jangan pulak Moo buat kempen “Tak Payah Pergi Masjid Sembahyang Jumaat Memadai Sembahyang Di Rumah” sudah lah. Moo tak nak komen ke gambar Dyana berkucupan mesra dengan Zairil si Melayu Ciplak tu. Sudahlah mendedahkan aurat, bergesel-geselan pulak tu. Ke hukum hakam agama Islam hanya diapplikasi kepada orang UMNO dan ada pengecualian khusus kepada orang PR?

  7. WTF says:

    Mooh oh Mooh, marah sungguh hang kat Mufti Selangor atas teguran yg dibuat ke atas penganjur “Saya mahu sentuh anjing”. Adakah penganjur tersebut saudara/rakan Mooh, ataupun Mooh sendiri sampai MEROYAN tak tentu hala???

    Memang benar, teguran Mooh bahawa seseorang tu tak tutup tu memang berdosa. Tapi Mooh lupa yg ponteng solat Jumaat tanpa alasan yg konkrit pun BERDOSA jugak Mooh, samalah jugak dgn minum arak lepas tu pergi Zouk tengok amoi pada tahun baru 2014 dan seterusnya join Oktoberfest dekat One Utama dan MABOK2 sampai hari ini!!!

    Belum cerita pasal kisah2 fitnah yg Mooh jaja selama ini!!!

  8. GT86 says:

    Niat nya satu jea… nak kelirukan Orang islam yang dah lemah ilmu dan amalan agamanya. Terutama generasi baru yang dah semakin ramai tak tahu membaca Al Quran. Ditambah pulak ibubapa yang terlalu sibukkan diri dengan keperluan dunia. SDuit! Duit! Duit!

    Moo klu engko orang islam..engko mesti dah tau…
    Tapi klu engko orang islam munafik.. engkau mesti dah tau tapi buat-buat tak tau..

  9. Tubir says:

    Apa nak jadilah kepada Orang orang Islam yang didalam gambar tersebut…..Insaflah yang perbuatan kamu itu salah dan songsang akidah .Nasihat saya Jauhilah akan perempuan perempuan ini kerana merika sentiasa berada didalam najis berat.

  10. WTF says:

    Kempen “Tak Payah Pergi Masjid Sembahyang Jumaat Memadai Sembahyang Di Rumah” tu dah lama Mooh amalkan, cuma Mooh TAKUT jer nak wartakan kat MYKMU!!!

    Mooh, jangan tinggalkan solat lagi ya!!! Ingat mengingati tak salah kan mu!!!

  11. samad says:

    umat islam yang jahil biarpun berjubah bagai, tetap seorang yang jahil. Pakai tudung kemudian peluk anjing seolah tiada apa apa yang berlaku sungguh memalukan. Mungkin sebab mak bapak tak pernah ajar tentang syariat.

    Jadi untuk apa pakai tudung? untuk apa bersolat? pasal ikut orang tanpa sebab tu la bila kempen mcm ni diadakan, maka beramai ramai yang suka memegang anjing. Sebab ikut orang.

    Orang melayu yang ikut kempen ini dan pengikut PAS sama saja. Kedua dua lebih suka yang mungkar dari maaruf.

  12. sam says:

    Sy sebgai slah seorg muslim islam.. Berpendapat.. Ya.. Memg dlm islam tidak menyatakan anjing adlh haram ianya najis… Namun menjadi haram apabila kita menyentuh najis dengan sengaja… Xsalah kempen.. Tp bkn touch but knowing… Memg mereka nk ajar cra samak… Tp tidak cukupkah ajrn semasa di sekolah dahulu??? Knp perlu kita bertindak sebegini… Sy bkn ulama… Bkn org yg kuat agma… Tetapi sy asa seperti tidak patut sebenarnya… Tidak kish melibtkn politik bgai.. Tp kita umat islm tidak kira politik kerna tidak membwa ke syurga… Sebnarnya bkn slahkn penganjur or what.. Tp iman dri sendri… Sekiranya kita berniat betul… Untuk mmpelajari samak sekli pon.. Blajar.. Jgnlah smpai peluk dan berselfie.. Ada baiknya… Kita nk mngenali anjing… Bntu anjing yg lapr ditepi jaln.. Letakn mknan.. Kita akn thu.. Xperlu brtindak bgini muslimin muslimat… Pilihan untuk sertai ditangan kita… Igtlah fitnah dajjal bknya dtg secara nyata… Wallahualam..

  13. Anti Jahilliah says:

    Apa yang saya tahu,anjing adalah tergolong dalam najis mughalazah (najis berat)sama seperti babi khinzir terutama pada air liurnya,najisnya dan bulunya yang basah.

    Jadi,memelihara dan memegang anjing sebagai binatang kesayangan bukan budaya orang melayu yg beragama Islam kerana Islam amat mementingkan kebersihan dan kesihatan kepada umatnya kerana pada anjing itu terdapat najis berat yang memudaratkan dan menganggu kesihatan dan amat ibadah kita.

    Oleh itu, bukan apalah kita meniru-niru gaya hidup orang barat itu.Apa yang agama Islam sediakan untuk umatnya cukup sempurna dan terbaik unt
    uk kehidupan kita.

  14. arhi says:

    Diminta pihak berkuasa janganlah lembek sangat untuk menangani masaalah spt ini tidak cukup dgn kata2 rasa kecewa,sewajibnya siasat pihak penganjur itu dan ustaz2 yg diwar2 sebagai penyokongnya,tahap keilmuan agama dan akidahnya,adakan perbincangan sebagaiman yg telah dlakukan terhadap kumpulan ajaran sesat,proaktiflah sedikit,jangan biarkan rakyat jadi celaru

  15. capital s says:

    memang dalam hadis nabi bermaksud.. boleh kita memegang haiwan dan menjaganya tetapi bukan bermakna haiwan yg dimaksud kan itu anjing atau khinzir.. niat kamu baik ingin membela atau menjaganya .. tetapi kamu tahu sendirikan dalam badan anjing ini mempunyai ulat yang tidak boleh mati.. dan sebab itulah allah melarang kita menyentuh binatang ituu.. soo fikir2 kan lah.. 🙂 assalamualaikum ..

Leave a Reply