Menu Utama

Apa Masalah Rodziah Dengan Pengusaha UpTown Seksyen 24 Shah Alam?

uptownIngin penulis sampaikan salam takziah buat peniaga-peniaga kita yang mengalami musibah kebakaran di UpTown Seksyen 24 Shah Alam yang menyebabkan aktiviti mencari rezeki mereka terjejas. Bertabahlah wahai sang peniaga, mungkin ada hikmat di sebalik kejadian tersebut.

Setulus penghargaan kepada UMNO Bahagian Shah Alam, yang peka dan lantas turun ke kawasan kejadian sambil memikirkan cara terbaik untuk menolong para peniaga yang sedang ditimba musibah. Sungguh pun berstatus pembangkang negeri, ia bukanlah halangan untuk terus memberi khidmat kepada rakyat.

Belum pun trauma disebabkan tragedi itu hilang, ADUN Batu Tiga, YB Rodizah Ismail nampaknya lebih berminat untuk memulakan “blame game”, apabila berkata;

“jika didapati kecuaian pihak pengurusan yang mengoperasikan ekoran tidak mengikut spesifikasi PBT dan badan berwajib lainnya sebagai sebuah tapak perniagaan. Maka langkah menamatkan operasi dan pengurusan Dataran Usahawan adalah suatu kewajaran, bahkan boleh didenda mengikut Akta dan peraturan yang ada serta didakwa di mahkamah.” – sumber

ADUN Batu Tiga ini memilih untuk berkonfrontasi dengan pengusaha Uptown dengan membuat kenyataan sedemikian. Apakah telah wujud ketidakpuasan hati beliau ke atas pengusaha Uptown Seksyen 24 Shah Alam sejak menjawat jawatan ADUN Batu Tiga? Penulis merasakan seperti ada yang tidak kena dengan kenyataan tersebut, apatah lagi ianya dibuat dalam saat musibah baru sahaja melanda.

Untuk makluman, premis perniagaan adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui PBT, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam. Jika dakwaan Rodziah diambil kira, maka apakah ini bermakna PBT tidak menjalankan tugas-tugas sewajarnya?

Tidak boleh dinafikan bahawa Uptown Shah Alam memang tempat tumpuan perniagaan yang popular di kalangan rakyat Shah Alam dan Selangor. Sudah pasti ramai yang mahu mendapatkan peluang berniaga di lokasi tersebut. Hakikatnya, tiada lagi ruang untuk berniaga atas faktor “fullhouse”. Dengan populariti tersebut, apa pula kaitan dengan kenyataan Rodziah seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal;

“Ia sewajarnya tidak ditawarkan kepada usahawan yang sudah maju dan berupaya membina kegiatan perniagaannya di tempat yang lebih sesuai dengan tahap perniagaannya,”

ADUN Batu Tiga itu turut mencadangkan pengurusan baru Uptown Shah Alam untuk tidak menyewakan tapak perniagaan kepada mana-mana peniaga yang dianggap telah maju. – sumber

Bukankah bunyinya pelik, sedang pada pemerhatian penulis, jenis perniagaan yang diniagakan di Uptown bukanlah jenis perniagaan yang berpuluh ribu ringgit keuntungan bulanannya.

Apa yang sebenarnya mahu disampaikan oleh YB Rodziah? Cuba singkirkan peniaga sedia ada? Kenapa? Untuk siapa?

Betul ke telahan penulis?






8 Komen to Apa Masalah Rodziah Dengan Pengusaha UpTown Seksyen 24 Shah Alam?

  1. raplahjingaa says:

    Rodziah tu, cuba hangpa pi tanya dia apa yang dia kata….actually dia sendiri pun tak tau apa yang dia kata…hehe

  2. alimedanbaru says:

    caya nun alif
    bersedia untuk ambil alih berniaga…

  3. Uturn says:

    Kalau mereka salah, kenapa tak ambik tindakan dr awal. Kenapa tunggu dah terbakar baru nak buka mulut busuk adun ni? Ke kejadian kebakaran pun satu konspirasi?

  4. hodoh says:

    Kawasan tu dikelilingi dgn perumahan mewah. Kalu xsilap ada byk banglo dikawasan tu.

  5. samad says:

    tengok nilai hartanah di situ.

    pilih la lagi kerajaan negeri yang prihatin macam PR.

    Gerenti menyesal punya.

  6. itsme says:

    penghapusan “etnik” dgn cara yg paling mudah dan selamat. apa nak buat, semua org shah alam mmg suka kpd khalid samad dan tak salah rasanya jika adun mrk berkata begitu krn mrk lbh arif perihal dan kehendak pengundi mrk lbh dr UMNO, dlm hal shah alam ni ada baik.jika umno dok diam dulu dan biarkan mrk menguruskannya sendiri krn penduduk shah alam tdk perlukan umno dan buat apa nak menyibuk?? didepan mrk senyum jika umno dtg (duit mari duit mari) belakang 3 bln mrk kutuk umno tak habis lagi.

    org melayu mudah lupa jd kpd umno lupakanlah dulu shah alam… byk tempat lain lg yg umno boleh kejar.. kerajaan juga sudah boleh fikir utk jual kaw uitm utk digantikan kpd tempat lain yg lbh sesuai kpd umno dan shah alam dh ja ibarat ppinang yg tak mungkin akan kembali kpd umno. hakikat begini perlu kita terima dan biarlah mrk sendiri yg akan kelak yg dtg kpd umno.. bila kita tak tahu..

  7. ayamkokok says:

    Unptown 24 very strategik. Klau di bina service Apratment high class or medium berapa boleh untung beb. THINK!

Leave a Reply