Menu Utama

Anwar Terdesak Cari Publisiti Murahan Bila Merayu Jangan Dipukul

Makin dekat tarikh 28 & 29 Oktober 2014 kelihatan makin terdesak Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dibuatnya hingga terpaksa diolah semula kisah dia ditumbuk sampai lebam sebelah mata oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Nor pada 1998 dulu untuk meraih simpati dan publisiti Anwar Rayumurahan.

Kata Anwar kalau ditakdirkan dia dipenjarakan sekali lagi, “tolong jangan pukul saya lagi.” Alahai,… syaduhnya rayuan dari seorang politikus haprak yang berada dalam kebimbangan kalau-kalau hayat politiknya akan berakhir di sebalik tirai besi di istana Sungai Buloh.

Bagi balaci PR yang umur setahun jagung atau yang sudah tua bangka tapi hilang ingatan, mungkin bila mendengar rayuan sedemikian boleh membangkitkan kembali semangat untuk mereka meramaikan himpunan dan demonstrasi ‘Rakyat Hakim Negara’ anjuran PKR di perkarangan mahkamah persekutuan kelak.

Namun bagi generasi yang pernah melalui detik cemas kegilaan gerakan reformasi 1998-2001 yang tercetus selepas pemecatan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO & Timbalan Perdana Menteri atas faktor moral, rayuan sebegini sebenarnya seumpama rintihan sang anjing yang tersepit minta dilepaskan.

Bila terselit perkataan anjing di atas janganlah pula ada badigol PR yang tak faham peribahasa Melayu pergi spin kata penulis menghina Anwar sebagai seekor anjing pula. Itu bukan menghina tapi merujuk kepada peribahasa “melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.” Ada faham?

Tapi kalau Anwar nak rasa terhina pun lantak pi lah, setidak-tidaknya akan mengingatkan dia bahawa lebam matanya dulu disebabkan bekas KPN tika itu berang teramat sangat bila Anwar melaung-laungkan gelaran provokasi ‘polis anjing kerajaan’ dalam beberapa demonstrasi jalanan di zaman kegelapan reformasi dulu.

Dek kerana gelaran buruk itulah Rahim Nor hilang sabar dan bila berkesempatan maka ditumbuknya Anwar sampai lebam mata. ‘Polis anjing kerajaan’ bukannya satu peribahasa, perumpamaan atau pepatah rasmi Melayu, tapi satu gelaran provokasi yang menghina, jadinya layaklah untuk Rahim Nor terasa marah membara.

Rahim Nor telah pun mengakui kesalahannya dan meminta maaf atas perlakuannya. Pun begitu tumbukan padu itu jugalah yang diabadikan oleh Anwar dan pengikutnya dengan menjadikannya sebiji mata sebagai simbol rasmi bagi bendera PKR yang kebetulannya simbol tersebut cukup sinonim dengan mata satu dajal.

Bab dia kena pukul pandai dia ulang kisah untuk raih simpati, bab dia provokasi polis dan perihal ramai anggota polis cedera dilanyak dan dipukul oleh barua-baruanya semasa zaman reformasi 1998-2001 dulu sedikit pun tak disentuh. Itu belum lagi diimbas semula keganasan pendemo Bersih 2.0 dan 3.0 tidak berapa lama dulu termasuk kes kereta peronda dibaling dan diterbalikkan.

Realiti sebenarnya bila Anwar dah sampai tahap terpaksa menggali kisah lama bagi mendapatkan publisiti murahan sebegini untuk raih simpati, memang nampak sangatlah betapa terdesaknya Anwar lebih-lebih lagi bila melihatkan hadirin di kebanyakan kempen dan flashmob ‘Rakyat Hakim Negara’ merekodkan kehadiran yang agak mengecewakan.

Dari sudut lain, tindakan itu juga menunjukkan usaha terdesak Anwar menghantar sekumpulan pemimpin PKR untuk melobi sokongan kuasa luar seperti Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat berkemungkinan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Jadi terpaksalah bawa cerita sedih takut ditumbuk dipukul lagi.

Sehari dua lagi apa pula cerita yang Anwar nak gebang untuk tarik perhatian umum? Mungkinkah akan berulang semula cerekarama pelarian politik yang konon takut dibunuh datang berlindung di Kedutaan Turki atau ceritera seumpama kisah patah tulang belakang, racun arsenik dan suntikan HIV+ akan digarap semula? Kita tunggu dan saksikanlah nanti.






9 Komen to Anwar Terdesak Cari Publisiti Murahan Bila Merayu Jangan Dipukul

  1. raplahjingaa says:

    Yang dia pi ” pukul ” saiful tu tak pe la pulak….banjingan macam ni patut dah lama di hantar ke penjara.

  2. GT86 says:

    Jangan di pukul si jantan jalang ni…..beri dia kepuasan secukupnya. Kan dalam penjara tu ramai yang mempunyai selera yang sama.
    Biar dia lalai dengan kenikmatan dunia nya hingga ke pancutan terakhir.
    Dan beri bonus untuk dia… izinkan dia lantik diri dia jadi PM dalam penjara nanti.

  3. WTF says:

    Siapa la nak pukul BAPUK TUA ni!!! Aku pun tak sampai hati nak pukul dia!!!

    Teringat aku bila melihat video masa Anwar Ibrahim dalam penjara, BERLAKON BAIK PUNYA konon pakai wheelchair siap pakai pendakap leher (kata sakit belakang, tp kat leher pulak dipakainya pendakap – pelik tu)!!!

    Bila org luar takder, hanya family member dan pengikut setia yg tinggal, terus boleh tanggal pendakap leher siap bangun dari wheelchair!!!

    Anwar Ibrahim memang pandai berlakon, aku rasa barisan2 pelakon terhebat dunia macam Al Pacino, Robert De Niro, Denzel Washington, Russel Crowe even Shah Rukh Khan pun sure tangkap nangis tengok lakonan hebat Anwar Ibrahim!!!

  4. reds says:

    pukul jek bapuk tua nih…..geram plak tengok…berani buat berani tanggung laa… nih nak merengek rengek plak….anak kecik kalo merengek rengek mengada pon kena cubit….orang tua camnih patut bagi terajang jekk…

  5. Syed says:

    Saya amat setuju mata satu adalah simbol dajjal … kerjanya menghasut kearah kemungkaran dan kemusnahan.. kita tengok sendiri apa kerja puak2 yg dok agongkan mata satu….

  6. samad says:

    dia tak nak cerita ke kena suntik virus HIV tine dia kat dalam dulu.

    takut apa kena pukul kalau dengan virus HIV pun dia kebal.

  7. wong jowo says:

    patutnya org yang kena bontotkan tu merayu jangan pukoi..huhuhu..ni nuar plak..kan mmg nuar kaki pukoi..huhu..macam korg tak tau je..

  8. wong jowo says:

    nuar ni gila tahap babi sudah..menyemak malaysia je..

  9. […] Tapi kalau Anwar nak rasa terhina pun lantak pi lah, setidak-tidaknya akan mengingatkan dia bahawa lebam matanya dulu disebabkan bekas KPN tika itu berang teramat sangat bila Anwar melaung-laungkan gelaran provokasi ‘polis anjing kerajaan’ dalam beberapa demonstrasi jalanan di zaman kegelapan reformasi dulu.  Selanjutnya klik di sini… […]

Leave a Reply