Menu Utama

Anwar Sudah Di Penghujung, Hadi Awang Baru Bermula & Keduanya “Ke Arah Yang Sama”

Oleh Riana Abd Aziz

Umpama sudah berjanji sepakat sekata, tarikh 28 Oktober 2015 menjadi titik sejarah penting dalam senario politik Malaysia apabila kedua pemimpin parti politik yang berada dalam kelompok yang sama berada di dua tempat berlainan tetapi menghadap “institusi” yang sama, Anwar dan Hadi Awang berada dalam kamar mahkamah untuk berdepan dengan Hakim.

Anwar seperti yang kita ketahui, beliau sudah memasuki episod terakhir dalam perjalanannya sebagai pemimpin parti politik di atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari iaitu bekas pegawainya sendiri. Hari ini adalah permulaan sesi Rayuan Terakhir beliau dalam usaha melepaskan diri dari hukuman yang telah dijatuhkan sedikit masa dahulu. Samada beliau terlepas hukuman atau diringakan jumlah hukuman malah mungkin terpaksa berhadapan dengan hukuman maksima di atas kesalahan yang beliau lakukan.

Pertarungan Anwar untuk lepaskan diri dari pertuduhan liwat ini juga boleh dikatakan antara rekod perbicaraan yang paling lama yang pernah dilalui oleh seorang pemimpin parti politik dalam kategori Jenayah liwat. Untuk rekod, perbicaraan kes liwat ini sudah memasuki tahun ke enam dengan jumlah penangguhan perbicaraan melebihi sebanyak 60 kali dan proses rayuan berlaku sebanyak lebih dari 30 kali.

Bukan itu sahaja yang boleh dijadikan rekod peristiwa yang mampu diingati oleh rakyat Malaysia. Belum pernah dalam sejarah negara ini, yang dituduh boleh dengan sebebas-bebasnya mengumpulkan penyokong dan pengikut untuk membuat demostrasi besar-besaran di hadapan Mahkamah dan juga bebas membuat siri ceramah di seluruh pelusuk negara atas nama “Rakyat Hakim Negara” yang bertujuan untuk menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

Berbeza dengan Anwar yang kali kedua terpaksa berdepan dengan Mahkamah di atas pertuduhan kesalahan yang sama iaitu meliwat dan mendapat liputan besar-besaran samada dari akhbar cetak maupun media internet dari dalam dan luar negara, Hadi Awang, Presiden Pas terpaksa mengharungi kes pendakwaan di atas keceluparan mulutnya menuduh melulu calon Pkr PRU13 dalam isu mengedar pil kuda bersama beberapa kerat penyokongnya sahaja.

Walaupun penyokong Hadi Awang dilihat cuba meniru strategi Anwar dengan mengadakan perhimpunan menyokong Presiden parti mereka atas nama “Solidariti 4 Presiden” namun hasilnya amat memalukan. Bukan sahaja tidak mendapat tempat di dalam portal-portal besar pro pakatan rakyat malah blog-blog utama pro pakatan juga dilihat seperti tidak berminat untuk menyiarkan berita semasa “perjuangan” Hadi Awang termasuk dalam penceritaan membela diri diatas pertuduhan tersebut.

Bahkan dalam portal rasmi milik Pas, Harakah Daily, cerita mengenai kes Hadi Awang hanya ditulis di dalam artikel yang cukup ringkas dengan beberapa perenggan sahaja. Jauh perbezaannya dengan cerita tentang Anwar dan ini menimbulkan persoalan yang amat jelas, apakah selama ini portal dan blog besar pro pakatan rakyat adalah pro Anwar?

Nampak dari segi susun atur ‘hiasan’ portal dan blog berwajah Pas namun hari ini Hadi Awang wajar menyusun kembali strategi untuk parti Pas dan untuk dirinya sendiri sebagai Presiden kerana wajah jentera media yang disangka totok Pas ternyata sebaliknya. Tidak ada satupun media internet pro pakatan rakyat yang menyiarkan berita tentang kes Hadi Awang sebaliknya hanya satu atau dua blog yang meletakkan gambar Presiden mereka di dalam kamar tertuduh di Mahkamah pagi tadi.

Umpama jatuh bertimpa tangga, Hadi Awang ke Mahkamah tanpa penyokong yang ramai dan seakan dilupakan didalam berita internet pro mereka sendiri.

Penggal hadapan, Hadi Awang dilihat amat mudah ditewaskan untuk menyingkirkan beliau dari kerusi Presiden Pas kerana pihak Anwarinas hanya perlu berkempen soal Presiden yang hilang integriti kerana suka membuat pertuduhan melulu yang tidak mencerminkan beliau sebagai seorang ulama. Apatah lagi Hadi Awang juga baru dilantik sebagai Timbalan Ulama dalam Persatuan Ulama Dunia.

Rupanya jasa Hadi Awang membela Anwar selama ini termasuk ‘fatwa besi’ dalam isu moral Anwar melalui video yang dikatakan Anwar dan perempuan pelacur tidak mampu untuk menampakan kepada Anwar bahawa budi Hadi bukannya untuk dibawa mati.

Tiada arahan dari Anwar supaya saman ditarik balik walaupun kita tahu yang menyaman Hadi Awang adalah ahli Pkr dan bertambah malang serta hinanya Hadi Awang bila tiada surat arahan kepada Pkr Terengganu supaya mengiringi Hadi Awang ke Mahkamah.

Namun begitu, perjalanan Anwar dan Hadi Awang sebenarnya menuju ke titik yang sama. Anwar kemungkinan besar bakal ke penjara kerana kesalahan jenayahnya, dan Hadi Awang pula bakal tercemar nama baiknya dalam kes beliau disaman oleh ahli Pkr yang datang dari kelompok pembangkang yang sama.

Dalam masa yang sama, Hadi Awang kena ingat dan jadikan ini sebagai iktibar dalam mencari kawan, carilah yang seperti cermin. Boleh ketawa dan menangis bersama. Jangan cari kawan umpama duit syiling yang mempunyai pelbagai wajah.






8 Komen to Anwar Sudah Di Penghujung, Hadi Awang Baru Bermula & Keduanya “Ke Arah Yang Sama”

  1. alimedanbaru says:

    KESEPAKATAN DAN PERJUNGAN YG BUKAN ATAS TOTAL LILLAH HITAALA
    AKAN HANCUR DAN BINASA
    HAJI HADI MENJADIKAN PERJUANGAN ISLAMNYA SEBAGAI ROJAK..MACAM-MACAM ADA
    DIA MASUKKAN RENCAH BID’AH, MUNGKAR DAN PERBUATAN FASIK
    MACAMANA NAK DAPAT KEBERKATAN DAN PERTOLONGAN ALLAH.
    ANWAR IBRAHIM?
    TAK PERLU CITER..LU ORANG TAHU SENDIRI!

  2. dkds says:

    anwar dan hadi keduanya boleh dihumban dari kancah politik Negara

  3. mzma says:

    kalau ghairah nak buat laporan sekali pon tak kan sampai tahun pon terlajak sekali… tahun 2015 lawak gak…

  4. sireh ke gagang says:

    fatwa besi tu paling tak boleh dilupakan .hahahahha

  5. Anak_Nogori says:

    Bagi saya… Sekiranya Hadi sanggup diperlakukan sedemikian rupa…tak perlu dikesiankan pun..org pas pun rela demi tahalul siyasi katanya.

  6. wong jowo says:

    nuar tu patutnya dh pencen..dia dh tahap nyanyuk tu..tapi cita2 lum kesampaian..suruh balik pulau pinang je kalau ingin sangat jadi ketua..tapi tanak plak dok pulau..kl gak dia suka sbb kl banyak mak nyah..gay dan sebagainya senang carik….

  7. WTF says:

    Kedua2 mereka, Anwar Ibrahim dan Hadi Awang sudah tidak relevan lagi dalam politik Malaysia!!!

    BERSARALAH wahai Anwar Ibrahim dan Hadi Awang , tak guna pun Anwar Ibrahim dan Hadi Awang hidup sibuk TERKINJA2 mengejar kuasa selagi Allah SWT tak mengizinkan mereka berkuasa di negara Malaysia.

  8. raplahjingaa says:

    Aku teringin sangat nak tengok anwar dan aji adi berjalan seiringan berpegang tangan masuk ke kawasan mahkamah….hehehe

Leave a Reply