Menu Utama

Anjing Remeh, Yang Utama Ditentang Adalah Seleweng, Rasuah Dan Salahguna Kuasa

Itu pendapat yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berasakan kemarahan orang ramai ke atas penganjuran program ‘I want to touch a dog’ merupakan serangan ke atas Pakatan Rakyat. Barangkali kerana tidak dapat mencari alasan lain untuk membela penganjuran tersebut atau sebenarnya berasa serba-salah jikalau tidak membela memandangkan penganjurannya di Selangor dan di bawah bidang kuasa PBT tempatan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, mahu tidak mahu terpaksalah mencari alasan-alasan yang boleh mereka pusing dan putarbelitkan.

Walaupun telah dijelaskan oleh pelbagai pihak, hatta yang paling cikai dalam pengetahuan agama pun bahawa penentangan tersebut bukanlah didorong oleh kebencian terhadap anjing atau babi atau makhluk-makhluk ciptaan Allah Taala, melainkan perbuatan dan kenajisannya, namun para penyokong Pakatan Rakyat yang ‘bijak’ telah menegaskan bahawa kemarahan rakyat Malaysia kepada penganjuran program yang sebenarnya tidak mendatangkan faedah itu, adalah kepada anjing.

Islam tidak pernah mengajar umatnya membenci makhluk-makhluk ciptaan Allah Taala. Islam mengajar bahawa setiap makhluk ada kegunaannya sekalipun makhluk tersebut hanyalah seekor nyamuk yang kecil dan dianggap menyusahkan apatah lagi menjadi vektor penyakit merbahaya seperti demam kuning, malaria, denggi dan enchapilitis. Namun para penyokong Pakatan Rakyat yang biasanya berotak sempit dan jumud, berpandangan bahawa kebencian terhadap perbuatan dan amalan, adalah kebencian kepada subjek.

Mereka berkata, anjing hanyalah perkara remeh. Terdapat lebih banyak perkara-perkara mungkar yang perlu dibenci dan dihindari berbanding anjing yang merupakan makhluk ciptaan Allah Taala. Rasuah, penyelewengan kuasa, salahguna kuasa dan riba merupakan perkara yang telah menjadi barah di negara ini. Daripada menyibukkan diri tentang masalah anjing, bukankah lebih baik sekiranya tumpuan diberikan kepada penyelewengan kuasa, rasuah, salahguna kuasa dan riba yang dikatakan menjadi amalan kerajaan UMNO-BN. Kata mereka lagi, UMNO-BN sengaja menjadikan isu anjing sebagai isu untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Lebih malang lagi ialah apabila ada yang mempersoalkan mengapa mengangkat hadis lebih tinggi dari al Quran. Ini adalah kerana Al Quran tidak memperincikan tentang anjing kecuali babi yang diharamkan membabitkan tulang, daging dan darah kecuali pada waktu darurat pada kadar yang tidak melanggar batasan. Hujah yang sama, turut diberikan oleh golongan berkenaan dalam hal-hal solat memandangkan Al Quran tidak memperincikan tentang jumlah rakaat atau amaliyyah solat itu sendiri melainkan menyentuh sepintas lalu berbanding hadis-hadis yang memperincikan solat termasuklah solat-solat sunat.

Ada juga yang cuba berhujah kononnya majoriti umat Islam yang bermazhab Hanafi tidak ada isu dengan anjing melainkan apabila terkena hidung atau air liur, maka barulah disamak dengan tanah. Tetapi jikalau anjing itu kering dan kita pulang kering, bukan sahaja boleh basuh dengan air sahaja tanpa samak, malah wuduk kita juga tidak batal.

Kepada golongan ini, jawapannya adalah, hukum itu berasal dari keadaan di Tanah Arab/Timur Tengah kerana yang pegang mazhab Hanafi itu ramai orang dari daerah sana yang mempunyai iklim dan hawa yang sangat berbeza dengan Malaysia. Sana cuaca panas dan kering sedangkan Malaysia pula panas dan lembab. Berpeluh di Malaysia, bermakna mengambil tempoh yang agak lama untuk kering berbanding di Arab. Kalaupun anjing di Malaysia kering, apakah tangan kita benar-benar kering ketika bersentuhan dengan haiwan tersebut? Dan melihat kepada gambar-gambar para peserta pegang anjing itu, sebahagian daripada mereka kelihatan kuyup dengan peluh.

Penipuan syaitan amat dahsyat. Para penyokong sekarang ini berhujah, apa bising-bising pegang anjing sedangkan masalah itu boleh selesai dengan samak atau sertu sahaja. Ada banyak lagi isu lain yang boleh dijadikan isu. Maksud mereka, selagi ada orang rasuah, pecah amanah, selagi itulah kita patut pegang anjing!

Ada pula yang memberikan dalil Asyabul Kahfi, tentang pemuda-pemuda gua yang menyorok di dalam gua bersama-sama anjing yang menemani mereka ke gua. Para penghujah terlupa pemuda-pemuda itu berada pada zaman apa? Syariat nabi dan rasul mana? Sepatutnya mereka berfkir, sama ada hendak mengikut mereka atau ikut syariat Nabi Muhammad s.a.w? Adakah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi tidur selama 300 tahun memeluk anjing?

Tidak!

Bahkan anjing itu duduk di suatu sudut gua mengawal mereka. Itulah fungsi anjing yang dibenarkan Islam syarikat Nabi Muhammad s.a.w. Anjing dijadikan sebagai pengawal harta, keselamatan dan untuk memburu, bukannya disuruh peluk cium seperti yang dibuat oleh para peserta program anjuran pemuda yang memakai gelaran Syed itu.

Kalau Asyabul Kahfi dijadikan sebagai dalil, mengapa pula tidak digunakan dalil anak-anak Nabi Adam a.s berkahwin sesama sendiri? Sekaligus menghalalkan kita mengahwini adik-beradik sekandung kita? Bukankah itu juga syariat dan al Quran menceritakan amalan tersebut, bahkan tidak mencelanya? Sudah tentulah amalan tersebut hanya pada syariat Nabi Adam a.s, tetapi diharamkan, bahkan dilaknat dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w!

Itulah kerja Iblis… menghalalkan perbuatan dengan berdalilkan perbuatan lain sepertimana yang sedang dilakukan oleh golongan penyokong Pakatan Rakyat sekarang dalam bab anjing.



« (Previous News)



7 Komen to Anjing Remeh, Yang Utama Ditentang Adalah Seleweng, Rasuah Dan Salahguna Kuasa

  1. semangat dato' haron says:

    Perempuan2 melayu memang cukup mudah diperbodoh dan diperalatkan…

  2. Rakyat Biasa says:

    Tak elok mengatakan perempuan2 melayu mcm tu(semangat dato’ haron, jika begitu yang dikatakan maka perlu pula kita menyatakan yang lelaki2 melayu suka memperbodohkan perempuan2 melayu pula…..

  3. raplahjingaa says:

    Katakan kebenaran walaupun pahit….hehe

  4. korokstabang says:

    hal perbuatan tersebut sudah difatwakan oleh jakim sebagai haram bagi mahzab shafie duk ding dong ding dong buat apa kalau sudah di fatwakan sebagai haram terima ajalah dan bagi mereka yang terlibat bertaubat lah.

  5. king damdeok says:

    Allah SWT telah melantik Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir bertujuan untuk memperbetulkan segala amalan atau syariat yang salah dari pengikut pengikut nabi nabi sebelumnya.

  6. WTF says:

    Boleh pulak penganjur ‘I want to touch a dog’ bertanya kenapa umat islam di Malaysia marah dgn penganjur???

    When the Malaysian Muslim sees that the program has a hidden agenda untuk menyesatkan org2 Islam di Malaysia, penganjur ingat org2 Islam yg masih kuat berpegang pada Al-Quran dan Hadith2 Sahih nak DIAMKAN DIRI???

  7. Jambol says:

    Memang betul pendirian PKR ini bahawa yang utama ditentang ialah seleweng, rasuah dan salahguna kuasa DALAM PKR itu !!!

Leave a Reply