Menu Utama

Ali Si Pencacai PR Cari Suaka Politik Di Sweden

Tidak berapa lama dulu seorang pencacai PR yang juga merupakan blogger seks Alvin Tan telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik di sana bagi mengelakkan terus diburu pihak berkuasa negara ini.

Semalam pula seorang lagi pencacai PR, Ali Ab Jalil dikhabarkan telah mengambil tindakan sama dengan melarikan diri ke negara Sweden juga untuk mendapatkan suaka politik. Katanya keselamatannya di sini tidak terjamin.

Menurut kakaknya, Ali telah dibantu oleh sebuah NGO antarabangsa bagi membolehkannya keluar dari Malaysia dan kini sedang dalam proses visa di Sweden.

Dah jadi perangai orang yang menganut fahaman PR barangkali, si pengikut tabiinya melarikan diri cari suaka politik negara lain, si pemimpin pula mengemis sokongan luar untuk kepentingan sendiri.

Ali yang sebelum ini menghadapi tiga tuduhan melibatkan Akta hasutan 1948 kerana menghina institusi beraja Johor serta Selangor turut menyalahkan Kerajaan Malaysia dan Sultan yang didakwa melayannya seperti sampah sebagai antara sebab dia lari ke Sweden.

Dia sendiri yang cari masalah melakukan provokasi dan hasutan, takkanlah Kerajaan Malaysia nak kena melayannya seperti VIP. Sendiri cari pasal, jangan disalahkan orang lain bila berdepan dengan tindakan perundangan.

ali-abd-jalil-630x367

Yang gatal tangan menulis di facebook menuntut supaya institusi kesultanan dihapuskan buat apa. Kata berani mati untuk capai kegilaan sendiri, nah sekarang tak cukup tanah melarikan diri. Bacul.

Samada Ali mahupun Alvin kedua-duanya sama saja, selepas buat tahi di negara sendiri pandai pula bawa diri ke negara luar mencari simpati. Agaknya kalau mereka kembali buat tahi di negara angkat baru itu nanti entah destinasi mana pula yang mereka nak lari.

Kedua-dua mereka ini memang tidak layak menjadi warganegara Malaysia, negara ini tidak rugi apa-apa dengan tindakan dayus mereka berdua, kita seronok lagi ada sebab dua punca kecelaruan sudah tiada di sini.

Kalau pun ada yang menangisi tindakan tidak bermaruah dua lahabau itu cuma keluarga mereka dan segelintir yang lain, dan tentu sahaja PR sebab ketiadaan kedua-dua mereka ini bermakna kuranglah dua orang pencacai PR di Malaysia.






12 Komen to Ali Si Pencacai PR Cari Suaka Politik Di Sweden

  1. alexo says:

    Good riddance.

  2. korokstabang says:

    disarankan supaya pdrm tidak mengambil apa2 tindakan membazir masa, wang & tenaga dengan langkah memburu atau usaha extradisi kepada pesalah yang lari ke luiar negara.

    bagi mengelakkan hal yang sama berulang keatas pesalah lain apa yang seharusnya pihak pdrm lakukan ialah memberi amaran supaya menyerah diri dalam tempoh tertentu sekiranya mereka berdegil maka pihak kdn seharusnya mengambil tindakan tegas dengan ‘MENGGUGURKAN KERAKYATAN MEREKA SERTA MENGHARAMKAN MEREKA DARI MEMASUKI NEGARA’ hanya ketegasan sebegini yang boleh di jadikan sebagai pengajaran.

  3. agus says:

    Tak payah balik.ini yg tidak tahu sejarah bangsa selepas hidup mewah lupa daratan carilah daratan lain yg lu suka nnti baru tahu langit tinggi ke rendah.

  4. Uturn says:

    Penakut , tu saja boleh describe pasal budak lembab ni.

  5. yon76er says:

    Budak mcm nie jangan dok kita layankan sgnt…biar dia dok kering dinegri orang..sampai bila org nak sponser kor disana..sampai masa dah kering dah org lupa,,aku grenti dia akan buat MUKO SEPOSEN

  6. yon76er says:

    Budak mcm nie jangan dok kita layankan sgnt…biar dia dok kering dinegri orang..sampai bila org nak sponser kor disana..sampai masa dah kering dah org dah lupa,,aku grenti dia akan buat MUKO SEPOSEN dan mohon maaf 1Malaysia …..aku berani kerat KONTOL LEMBU lahhhh…Oopppsss.. sori moooo tersebut lembu lakk

  7. reds says:

    bagus gi blah dari malaysia yang makmur nih….. dok malaysia pon wat huru hara jek…..

  8. tengkudin says:

    penakut jugak la dia ni..cakap pandai..tapi telor hilang terus..
    lepas tu tuduh kerajaan layan dia cam sampah..sebab ko memang sampah..

    duk situ..jgn balik balik….

  9. alimedanbaru says:

    Mmmmm…kesian bubudak tu
    bangang!

  10. sireh ke gagang says:

    si pencacai nerd sedang ketakutan .

Leave a Reply