Menu Utama

Akta Hasutan: Rahman Dahlan bidas akhbar AS kritik PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalanmembidas laporan akhbar Amerika Syarikat yang mengkritik penggunaan Akta Hasutan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa AS bersikap “double standard” kerana mereka turut menggunakan Akta Patriot yang zalim.

Akta Patriot merupakan akta anti-pengganas yang membenarkan kerajaan AS memasang pepijat di telefon untuk mengawasi mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Akhbar New York Times Isnin lalu menyiarkan sebuah kolum mengkirik penahanan beberapa wakil rakyat, ahli akademik dan wartawan di bawah Akta Hasutan sebagai “serangan terhadap kebebasan bersuara dan ugutan kepada demokrasi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, Abdul Rahman turut membidas MP Ipoh Timor, Thomas Su yang mendakwa Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang bakal ditubuhkan kerajaan persekutuan, tidak sah dari segi perundangan.

Menurutnya, JPP tidak mempunyai pertindihan tugas dengan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana mereka tiada kuasa untuk menguatkuasakan sebarang undang-undang atau mengutip bayaran.

“Apa yang berlaku sekarang ialah tiada interaksi secara langsung dengan wakil penduduk dan kerajaan persekutuan,.ada kelompongan di sini.

“Oleh itu kita tubuhkan JPP untuk bolehkan wakil penduduk ini bersemuka dengan ketua jabatan kerajaan persekutuan,” katanya dalam sidang media sama.

Su ketika perbahasan tadi bertanyakan adakah pelantikan JPP melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan untuk mengambil alih fungsi ahli majlis PBT.

Abdul Rahman yang juga MP Kota Belud menyatakan pelantikan JPP penting kerana hampir semua perkhidmatan penting seperti hospital, polis, telekomunikasi, banyak kemudahan yang diberikan kepada penduduk di bawah kerajaan persekutuan.

JPP bakal dilancarkan Disember depan di Johor Bahru oleh Najib dengan peruntukan berjumlah RM63 juta.

Sumber Mkini






14 Komen to Akta Hasutan: Rahman Dahlan bidas akhbar AS kritik PM

  1. Uturn says:

    celaka punya new york time, kerajaan dia ada akta zalim tak kritik pulak.

  2. tony gunawan says:

    us dengan malaysia ibarat langit dan darat!

    us guna akta dengan tujuan mencegah keganasan sebalik umno guna akta untuk survival ! itulah beza!

  3. Adam Abdullah says:

    Malaysia yang mempunyi rakyat berbilang kaum, agama, kebudayaan dan fahaman poli.tik dan dari latar belakang yang berbeza-beza perlukan Akta Hasutan.

    Oleh kerana Akta Hasutanlah maka rakyat Malaysia terus mempunyi dan membena perasaan dan semangat hormat menghormati, harmoni dan keamanan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

    Fikirkan baik-baik apa akan berlaku dan terjadi sekiranya satu kaum terus mempunyi perasaan marah dan benci terhadap satu kaum yang lain, agama yang lain dan bangsa yang lain, mencemuk, memperli dan menghasut?

    Akta Hasutan adalah seperti alat, seperti payung dan baju hujan (rain-coat) yang diperelukan apabila hari panas atau hujan lebat.

    Mereka yang sibuk menentang Akta Hasutan adalah mereka yang ingin menggunakan dan meneruskan membahaskan isu-isu sensitif seperti bangsa, bahasa, agama, budaya, ekonomi dll untuk kepentingan mereka berpolitik dan untuk kepentingan bangsa, agama dan budaya nereka sendiri sahaja di dalam Negeri dan Negara dan bagi mereka di Luar Negara.

  4. raplahjingaa says:

    Dey togay…sama la tu…US guna akta untuk cegah keganasan, Malaysia pun guna akta untuk cegah keganasan, actually we are way too advanced then US dalam bab-bab macam ni.

    Kat US pembinaan masjid dan pusat Islam di bantah dan dihalang kerajaan atas hasutan yahudi setempat , sedangkan di Malaysia tokong cina dalam gunung hak kerajaan pun dibenarkan, hang nampak tak bezanya ??

    hang apa yang hang tau ?? hang kenal US hanya melalui cerita 3 stoogers.

  5. Badrole Amin says:

    tony gunawan says:

    “us guna akta dengan tujuan mencegah keganasan sebalik umno guna akta untuk survival ! itulah beza!”

    kerana ada akta cegah keganasan UMNO itu lah maka engkau dan musibat anak haram(anwar) itu boleh survive(tak mampus kena bunuh dengan pelampau) sehingga kini…kalau babi bongok peliharaan kit siang nak tahu akta cegah keganasan itu untuk menjaga keselamatan semua kaum bukan untuk UMNO dan bangsa Melayu sahaja…kata untuk survival UMNO itu ialah kata-kata dari anak haram

    hehehehe

  6. Tubir says:

    Tak hairanlah dengan kenyataan new york times cubit cubit manja dengan najib….

  7. poyo says:

    dua kali lima..

  8. Badrole Amin says:

    iya, ‘poyo’ dengan akhbar amerika tu dua kali lima je

    hehehehe

  9. GT86 says:

    Freemason hanya nak ingatkan Najib jea tu…. Knpe masih di tangguhkan lagi penghapusan akta hasutan.

  10. Badrole Amin says:

    boleh atau tidak aku berharap Najib dapat jawab kata “anda salah faham, saya memang nak mansuh akta hasutan tapi akan diganti dengan akta yang mungkin sama dengan Patriot Act”(jangan kata ‘akta keharmonian nasional’, bunyinya dah macam pondan boleh membuat anasir-anasir jahat dalam dan luar negara gelak berdekah-dekah)

    hehehehe

  11. raplahjingaa says:

    GT86, Najib aku tak boleh nak kata…tapi adik dia yang ” kerja ” kat CIMB tu, aku hampir boleh confirmkan…..

  12. Adam Abdullah says:

    Akta Hasutan (http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf) patut dipinda tajuknya jadi “Akta Mencegah Hasutan”.

    Apa akan dan boleh terjadi sekiranya kita tidak leraikan atau berhentikan budak-budak atau suami/isteri atau kumpulan gangster bertengkar dan bergaduh antara satu sama lain? Kita kena ambil tindakan untuk mencegah kecederaan atau kematian dll perkara yang menjejas keamanan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan kawasan.

    Kita semua rakyat Malaysia perlu mencegah perkara-perkara dan perbuatan “hasutan” berlaku dikalangan masyarakat kita di mana jua dan di setiap masa dan dengan apa cara jua pun termasuk dalam media masa, media cetak dan Internet dan IT.

    Jangan dengar cakap pembangkang, agent dari Luar Negara dan mereka yang tidak suka akan Malaysia, pembangunan dan kejayaan Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional dan pemimpin Malaysia dan BN. Mereka semua ada tujuan-tujuan tertentu – politically, racially and economically.

Leave a Reply