Menu Utama

Akhirnya Pas Mula Faham Undi Lebih Penting Dari Segalanya

Oleh Riana Abd Aziz

Lebih dari 50 tahun Pas ditubuhkan. Perjalanan yang begitu panjang dalam sebuah perjuangan parti politik yang menggunakan agama sebagai landasan perjuangan. Pelbagai laluan dan ‘pakatan’ Pas mencuba demi untuk parti ini terus hidup.

Berbekalkan perjuangan atas nama menegakkan hukum Islam, Pas berjaya mempengaruhi warga kampung dan hayat Pas mampu bertahan di kawasan yang majoritinya Melayu Islam yang terpengaruh dengan dakyah yang dijalankan Pas kononnya berdosa kiranya tidak menyokong sebuah parti yang berjuang demi Islam.

Namun bangkai reput tidak akan mampu disembunyi selamanya. Makin lama makin terserlah ke arah mana tujuan parti politik ini. Dunia semakin maju, teknologi maklumat semakin pantas dan manusia ketika ini bukan boleh dikaburkan maklumat hanya dengan ceramah di pentas politik sahaja. Malah kuliah di masjid juga belum tentu diterima bulat-bulat oleh jemaah yang hadir mendengarnya.

“Keaslian” perjuangan Pas makin terserlah, ianya sudah jelas bahawa Pas akhirnya mengejar undi, Pas semakin faham bahawa dalam politik, bukannya sorakan dan jeritan takbir yang menentukan kuasa. Undi adalah penentu hidup mati sesebuah parti politik. Pas akhirnya akur bahawa “Politic is the game of number”.

Semenjak Pas berpakat dengan Dap dan Pkr, boleh dilihat dan dinilai dengan jelas apa yang menjadi keutamaan perjuangan Pas sebenarnya.

Buktinya, terlalu banyak isu yang Pas samada sengaja atau terpaksa demi periuk nasi pemimpinnya, Pas akan berdiam diri. Dalam isu Kalimah Allah misalnya, Pas menikus bila disergah Pkr dan Dap yang kononnya kedua parti itu adalah “adik -beradiknya”. Hinggakan kerana isu ini rakyat terperanjat ekoran dari lantangnya melawan arus, Datuk Hasan Ali dipecat dari Pas.

Belum lagi kita lihat Pas dikunci mulut dalam isu rampasan buku ajaran kristian di Selangor dan isu berhubung moral pemimpin parti yang sepakat dengan mereka. Setiap kali timbul isu yang melibatkan akidah umat Islam di Malaysia, rakyat boleh melihat dengan jelas senario Pas bisu tidak mampu bersuara. Kalau bersuarapun, suara itu datangnya dari pemimpin Pas yang jiwanya adalah jiwa anwarinas.

Sergahan dan teguran rakan sepakat Pas berkisar dari “pengekalan kuasa politik”. Jangan berpecah kalau tidak Pakatan akan hilang kuasa dilihat lebih dominan dari menegakkan yang hak. Tanpa rasa berdosa maka Pas angguk tanpa suara.

Sikap Pas menjaga periuk nasi pemimpin makin hari makin ketara. Ngauman garang isu Hudud hanya timbul bila musim Pilihanraya Umum, itupun hanya di Kelantan dan Terengganu. Untuk jadikan manifesto, rakan sepakat sudah memberi penjelasan awal bahawa Hudud bukan lagi perjuangan utama mereka. Kenapa? kerana yang mengetuai pakatan mereka adalah Anwar, bukannya Pas.

Hadi Awang sudah nampak perkara ini dan cuba baiki dalam isu perebutan kuasa Menteri Besar Selangor baru-baru ini namun sudah terlambat. Benih Anwarinas sudah membiak pantas dalam parti Pas, hanya menunggu masa untuk gulingkan pemimpin Pas yang bergelar ulama. Penggal hadapan, Pas mungkin berubah wajah di saf kepimpinan utama. Mat Sabu, Mahfuz dan Khalid Samad dilihat begitu berani bersuara melawan arus. Apakah mereka sekadar bersuara? Apakah Hadi Awang tidak tahu kumpulan Anwarinas sedang menyusun strategi untuk mencorakkan Pas Baru supaya nampak sama perjuangannya dengan Dap dan Pkr?

Rakyat boleh menilai sendiri arah tuju Pas sekarang. Bukti jelas di hadapan mata. Apa sahaja isu yang melibatkan keresahan umat Islam, Pas hanya akan bersuara bila ada kepentingan untuk mereka walaupun sekecil mana isunya.

Terbaru, isu Program menyentuh dan membelai anjing. Pas mengunci mulut sehingga kini. Apakah Pas takut untuk bersuara bila Nurul Izzah dengan terang-terang menyokong program ini? Jelas, Pas takut hilang undi kiranya mereka lantang bersuara seperti mana isu Pesta Arak baru-baru ini.

Antara keresahan umat Islam, Pas memilih jalan keuntungan politik. Pas memilih undi dan tolak kebenaran dan yang hanya tinggal sebagai pelekat label sahaja dalam perjuangan mereka selama ini.

Patutlah usaha menubuhkan Pas baru sedang rancak berjalan atas nama PasMa. Nama baru bagi kumpulan Anwarinas. Hadi Awang dan Nik Aziz serta golongan ulama di dalam Pas bakal tersungkur di kaki kumpulan ini di penggal hadapan. Pas hanya akan tinggal sejarah kalau mereka tidak mementingkan undi






10 Komen to Akhirnya Pas Mula Faham Undi Lebih Penting Dari Segalanya

  1. adi says:

    ini la balasan pada parti yg banyak mengeluarkan fatwa songsang dan mentafsirkan alquran setengah dan hadis setengah bukan yang sebenar. Bertaubat la wahai pemimpin pas ulamak berbalik la pada alquran dan hadis yang sebenar jangan ikut nafsu syaitan. Berucap la dari hati yang iklhlas bukan sebab duniawi. Pintu taubat sentiasa terbuka dalam agama islam dan allah akan membantu mereka yang ikhlas.

  2. WTF says:

    Biarlah mereka dalam PAS tu KARAM dlm dunia mereka!!!

    Ini adalah satu pengajaran berguna kepada UMNO, bersatulah dan laksanakanlah asas perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Teguhkan saf2 kepimpinan UMNO dgn org2 yg membela dan memperjuangkan agenda memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

    Kalau UMNO tidak bersatu dan leka dalam tanggungjawab yg diamanahkan, nasib yg menimpa PAS juga akan menimpa kepada UMNO (minta dijauhi)

  3. Uturn says:

    Demi undi dan nak dpt kuasa pas sanggup lelongkan perjuangannya kpd dap dan pkr. Kenapa pas tak boleh fikir demi kepentingan org islam ada cara lain utk dia mendapat kuasa.

  4. arhi says:

    Kalau tidak pentingkan undi masakan pemimpinnya yg berserban turut hadir di hari kematian Kugan dan Teo Beng Hock,tahukah orng itu siapa Kugan mengikut sejarahnya? begitu juga sanggup menyarung jersi kuning bersama Ambiga tokoh liberalisma berarak dalam demonstrasi bersih begitu juga yg berserban ini juga menyokong penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam walaupun berkontroversi dgn sesetengah pemimpin kumpulannya termasuk ulamak tersohor Dr. Haron Din,apakah semuanya ini kalau bukan nak menagih undi bukan Melayu bagi mendapat kuasa di dunia y sementara ini,semoga Allah memberi petunjuk kpd semua warga Melayu Islam agar bersatu bagi membenteras segala tipu muslihat puak kafir untuk menghancurkan Islam

  5. wayang ketum says:

    ahli PAS yg msh taksub dgn kepimpinan PAS adalh bodoh lagi jahil.. buka mata buka minda.. usah lgi takut dgn momokan PAS kalu tak pangkah PAS masuk NERAKA tpi skrng sebaliknya pangkah PAS masuk NERAKA sebab pangkah PAS pangkah DAP (kapir) yg tak nakkan ISLAM.. malapetaka lebih terok lgi ALLAH turunkan pd MALAYSIA yg skrang nie bermaharajalela dgn kemungkaran dn PAS dh jadi dunggu dn anggukkan kepala aja.. (cuma bantah dlm hati aja) x berani menentang kemungkaran yg dilakukan oleh puak2 pakatan (DAP dn PKR)

  6. bujuk says:

    Undi itu penting, tapi bukan SEGALANYA. Banyak isu yg PAS tentang walaupun dibawa oleh PR. Antaranya isu Langkah Kajang, Tukar MB S’gor, Oktoberfes dan terbaru Sentuh Anjing. Mana suara pembesar UMNO? tiada ulasan atau kenyataan dari Najib atau Muhyidin.. hanya yg ada pandangan mufti, Ustaz dan macai biasa. Malah isu sekolah venikular pun Menteri pendidikan diam je..
    PAS bukan kejar UNDI…

  7. Mek esah says:

    Pas bukan tak faham tentang pentingnya undi …terlebih faham pun tp pas tak da duit dan tau dosa pahala merasuahkan rakyat…umno sejak berdekad lamanya dah amalkan beli undi ni …maklum le kantung negara dia yg pegang….. terkini dan diSAHkan oleh kerajaan malaya ialah pemberian Brim sejak dua tiga tahun lepas……itu jelas nyata demi undi le tu namanya!!!!!!

  8. raplahjingaa says:

    PAS tau dosa mek ?? hehehe…..maksud halal dan haram pun hangpa masih dok teraba-raba inikan pulak dosa pahala…

    PAS tentang semua tu bujuk ??? aku tak nampak pun aji adi, mat sabu, husam buat statement apa-apa pun ?? awal hang buat fitnah hari ni bujuk….

  9. WTF says:

    Maksud Mek Esah, nak perintah Malaysia memerlukan duit???

    Kalau PAS takder duit, awat sibuk nak perintah Malaysia???

    Dok canang sana sini Mek sebut pasal pemberian BR1M seolah2 satu perbuatan rasuah, walhal Nik Aziz sendiri kata ambik BR1M tapi undi PAS takper!!!

    Ni salah satu cara nak cuci dosa rausah ala PAS ker Mek, ambik BR1M tapi undi PAS!!!

    Hehehehehehe…banyak ulat la dalam kepala otak org tua ni!!!
    _____________________________________________________________

    Siapa dulu yg dok sokong Wan Azizah dalam perancangan Langkah Kajang dgn tujuan untuk mengantikan Khalid Ibrahim sbg Meneteri Besar Selangor kalau bukan kau sendiri Bujuk???

    Jadi hang nak kata hang bukan PAS la ya Bujuk??? Ker hang ni Bujuk dah jatuh taraf BARUA!!!

    Hang nak cerita pasal Octoberfest???? Khalid Samad dari PAS kata okay apa nak buat Oktoberfest di negeri Selangor, siap dapat pujian lagi dr Elizabeth Wong!!!

    Tang sentuh anjing, tu aku setuju mmg ada pemimpin PAS yg berkata, tapi pemimpin PAS yg dah PENCEN la (bukan aku kata org tua tu dah pencen, Mek Esah yg dok kata Nik Aziz tu dah PENCEN)

    Apa2 pun, kita pedulikan PAS ni…sbb mereka sudah lama tolak ajaran dalam Al-Quran dan Hadith Rasullullah SAW. Yang penting UMNO perlu ambik pengajaran jangan contohi PAS yg telah meninggalkan perjuangan mereka untuk melaksanakan syariat Islam di Malaysia!!!

    Musuh UMNO adalah DAP, bukannya PAS. PAS hanya sekadar pelawak dalam arena politik Malaysia!!!

Leave a Reply