Menu Utama

Adakah PR Akan Berhenti Memfitnah FELDA & FGV?

Semalam sebahagian besar rakyat negara ini khususnya para peneroka menadah tangan kesyukuran apabila sekali lagi FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Venture Holdings (FGV) diisytiharkan menang dalam saman RM200 juta terhadap PKR dan suara propaganda rasminya Suara Keadilan.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi setelah mendapati gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ dan artikel ‘Felda Bankrap’ yang disiarkan akhbar Suara Keadilan pada 22 Jun 2010 adalah fitnah semata-mata.

Berikutan itu Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan dua individu lain diarahkan membayar ganti rugi dalam jumlah tertentu (bukan RM200 juta seperti dituntut oleh FELDA & FGV) yang akan ditafsirkan oleh penolong kanan pendaftar mahkamah kemudian nanti.

Untuk rekod ini bukannya kali pertama timbang tara keadilan mengesahkan kejahatan fitnah propaganda PKR dan sekutunya dalam PR terhadap FELDA & FGV kerana sebelum ini PAS dan Harakahdaily turut mengalami nasib yang sama apabila didapati memfitnah kononnya FELDA menjual minyak sawit kepada Israel.

Samada kes saman yang melibatkan pemimpin PKR mahupun PAS, kedua-duanya jelas memperlihatkan hati busuk pimpinan PR untuk melihat imej FELDA & FGV jatuh merudum sekaligus menjejaskan prestasi bidang perniagaan dan pelaburannya, jika itu menjadi kenyataan bolehlah mereka mendabik dada menuduh ianya disebabkan kegagalan Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Jika dalam kes terdahulu Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan empat yang lain masing-masing RM30,000 setiap seorang, jadi kita boleh menjangkakan kemungkinan Wan Azizah Wan Ismail akan dikenakan jumlah yang setara atau lebih.

PKR dan wan Azizah itu sendiri tentu sahaja tidak bermasalah untuk membayar saman sekadar RM50 ribu, RM100 ribu atau lebih, namun kes ini pastinya cukup memalukan bagi seorang Presiden parti yang juga merupakan seorang isteri kepada Ketua Pembangkang merangkap sebagai bekas bakal MB Selangor.

Bayangkan kalau waktu ini Wan Azizah adalah seorang MB Selangor, perasaan malu itu tidak lagi sekadar berlegar dalam keluarga dan partinya tetapi akan turut dirasai oleh rakyat Selangor. Mujur itu tidak berlaku kerana MB Selangor sekarang bukannya Wan Azizah tetapi Azmin Ali.

Sebetulnya soal berapa nilai jumlah wang yang perlu dibayar oleh isteri Ketua Umum PKR itu, satu hakikat yang terserlah nyata ialah kedua-dua keputusan mahkamah itu telah membuktikan betapa jahatnya fitnah propaganda oleh PKR dan PAS terhadap FELDA & FGV di mata rakyat.

Namun seperti biasa bila kalah dalam timbang tara di mahkamah keadilan maka berbunyi suara-suara sumbang penyokong PR yang mendakwa mahkamah berat sebelah atau bias, sedang realitinya mahkamah yang sama dengan proses keadilan yang serupa juga pernah memihak kepada PR meskipun sebahagiannya disebabkan kelemahan pendakwaan atau alasan teknikal .

Jadi soal bias atau tidak adil sepatutnya tidak timbul sebab kedua-dua pihak telah diberikan ruang yang sepatutnya dalam proses keadilan. Terimalah kebenaran walaupun pahit, itu lebih baik dari menelan bulat-bulat propaganda fitnah jahat yang disebarkan atas kepentingan politik kepartian.

Persoalan penting yang mungkin bermain di minda ramai tika ini, adakah dua kes yang memberi kemenangan yang besar maknanya bagi FELDA & FGV ini akan menghentikan segala tohmahan dan fitnah oleh PR pada masa mendatang? Usahlah bermimpi di siang hari.

Jika diikutkan tabii kebiasaan pemimpin PR yang gemar bergelumang dengan noda fitnah dan propaganda jahat, sukar sekali untuk melihat ianya akan terhenti setakat ini sahaja. Mereka tahu penyokong PR kebanyakannya jenis mudah lupa, jadi tak mustahil kemudian hari akan di gebang propaganda dan fitnah lain pula.

Itu hakikat yang semua rakyat Malaysia kena terima kerana semenjak pasca zaman reformasi 1998 telah membuktikan bahawa pakatan pembangkang baik Barisan Alternatif, Barisan Rakyat mahupun Pakatan Rakyat, kebanyakan kekuatannya dibina berasaskan keberkesanan menyebarkan fitnah dan propaganda jahat semata-mata.






2 Komen to Adakah PR Akan Berhenti Memfitnah FELDA & FGV?

  1. Uturn says:

    Syaitan pakatan tak akan berhenti fitnah punya.

Leave a Reply