Menu Utama

PRK Pengkalan Kubor: Takziah Untuk PAS, Tahniah Buat BN

Kemenangan bergaya yang diraih oleh BN di PRK Pengkalan Kubor melalui calonnya Ustaz Mat Razi Mat Ail yang berjaya mengekalkan penguasaan kerusi itu sememangnya sudah dijangkakan ramai sementelah lagi kawasan tersebut sudah menjadi kubu UMNO sejak PRU-11 2004.

Keputusan rasmi yang dimumkan SPR menunjukkan BN memperolehi sejumlah 9,961 undi diikuti calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi sementara calon Bebas, Izat Bukhary cuma meraih 38 undi. Majoriti kemenangan BN ialah 2,635 undi.

Untuk rekod pada PRU-13 bulan 5 Mei 2013 yang lepas, BN menang di DUN Pengkalan Kubor dengan majoriti 1,736 undi setelah meraih sebanyak 10,174 undi sementara PKR yang ketika itu diletakkan bertanding di sini mendapat 8,438 undi dan calon Bebas 65 undi.

Secara keseluruhan undi BN kelihatan sedikit kurang tapi menariknya di masa yang sama BN berupaya meningkatkan undi sokongan lebih besar di beberapa PDM seperti PDM Simpangan, Kedai Geting dan Kampung Geting.

Satu yang jelas kemenangan besar BN kali ini dengan perolehan majoriti mencecah 2,635 undi tentunya langsung tak terjangka ramai pihak kerana rata-ratanya meramalkan PAS akan memberi tentangan sengit dan BN cuma akan menang dengan majoriti seribu lebih sahaja.

Tapi yang berlaku sekarang ialah kemampuan BN meraih sokongan majoriti yang mencanak naik berbanding kemenangan majoriti 1,736 undi pada PRU-13 lepas seperti menunjukkan seakan sedang berlaku perubahan sikap para pengundi khususnya di Kelantan. Mungkin ya, mungkin tidak…

Beza antara 2,635 undi majoriti kali ini berbanding majoriti 1,736 yang diperolehi BN pada PRU-13 yang lepas, memang nampak agak ketara jaraknya sehingga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri pun terkejut. Namun bagi PAS pula perbezaan ini bakal menjadi igauan ngeri.

Apa pun tahniah kepada BN di atas kejayaan yang cukup manis ini yang tentu sahaja berkat dari hasil penat lelah gerak kerja pimpinan Pusat dan Negeri serta jentera kempennya dalam mendekati para pengundi di DUN Pengkalan Kubor.

Barangkali kejayaan ini boleh dijadikan tonik tambahan untuk BN mengembleng kembali usaha untuk menawan semula Kelantan pada PRU-14 nanti. Mungkin ada yang berkata masih terlalu awal untuk BN mengimpikannya, tapi tidak salah untuk pemimpin UMNO dan BN Kelantan menjadikan kemenangan ini sebagai permulaan baru ke arah merealisasikan impian tersebut.

Kepada PAS pula takziah diucapkan. Kalah menang adat pertandingan, soal hantu jin atau hari pengundian jatuh pada hari bekerja bukannya alasan ampuh untuk menafikan peluang yang terbuka untuk bermuhasabah diri. Bukankah berlapang dada lebih baik dari menuding jari sana sini?

Kepada para pengundi di DUN Pengkalan Kubor, tahniah di atas kepercayaan anda yang terus meyakini UMNO dan BN. Sokongan anda amat bermakna sekali, mudah-mudahan dengan kejayaan yang terhasil dari sumbangan anda ini bakal mentransformasikan Gelombang Merah kepada tsunami politik di Kelantan pada PRU-14 kelak, InsyaAllah.



« (Previous News)



6 Komen to PRK Pengkalan Kubor: Takziah Untuk PAS, Tahniah Buat BN

  1. tengkudin says:

    tahniah Barisan Nasional!!!
    ALLAH BERSAMA UMNO!!

  2. alimedanbaru says:

    disaat PKR haru biru
    disaat Pas dimaki hamun oleh PKR
    disaat Pas kucar kacir
    disaat Pas terbahagi dua
    Pas masih sombong dan bongkak
    apakah bangsa Melayu masih TAKUT
    TAKUT UNTUK BERSATU
    apakah dengan kekalahan diPengkalan Kubur
    Pas akan buat pos mortem untuk lebih agresif memerangi UMNO
    SESUNGGUHNYA PAS TIDAK ADA CARA UNTUK MENEWASKAN UMNO
    KECUALI
    DENGAN CARA FITNAH, MEREKA CERITA DAN HASUTAN KIANAT
    ITULAH
    CARA SYAITAN..SENJATA SYAITAN SEBAGAI MODAL SAKTI PAS
    SAMPAI BILA USTAD PAS NAK BERPERANGAI KEJI BEGITU?

  3. semangat dato' haron says:

    Tahniah Dato’ Najib kerana ada Timbalan Perdana Menteri Terbaik dalam sejarah M’sia. Dari sesukar Telok Intan sehingga Ke Pengkalan Kubor beliau sentiasa berjaya membawa berita baik kepada Dato’. Ini membuktikan Tan Sri Muhyiddin membuktikan ciri2. Kepimpinan melalui teladan. Bknnya membuang masa menari tarian zumba macam orang gila atas pentas bersama gadis2 seksi seperti menantu pak lah. Cuba contohi Tan Sri Muhyiddin strategi dia membawa undi pada BN

  4. WTF says:

    Tahniah buat UMNO dan BN atas kemenangan PRK Pengkalan Kubor.

    Kepada Ustaz Mat Razi Mat Ali, tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat kepada penduduk Pengkalan Kubor.

  5. zul says:

    Tahniah
    Minyak naik lg…bodoh !!!

Leave a Reply