Menu Utama

Menantikan Tindakan Lebih Tegas Dari PDRM dan Peguam Negara

Belum pun lama lagi sewaktu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ‘dibelasah’ secara terbuka kerana kegagalan mengambil tindakan ke atas pelbagai kelompok yang melakukan penghinaan dan bersifat kurang ajar ke atas 5 prinsip asas Perlembagaan Persekutuan. Perasaan tidak puas hati dan kemarahan yang ditunjukkan itu terutama sekali apabila penghinaan yang bersifat subversif dan anarki gagal diambil tindakan sewajarya. Bahkan lebih ramai yang lepas dan dibebaskan seolah-olah golongan tersebut kebal dan pihak berkuasa, terutama sekali SKMM tidak mampu mengesan tempat persembunyian mereka, walaupun yang digunakan adalah talian Internet Malaysia.

Semalam, PDRM mulai bertindak setelah sebelum itu, Lim Guan Eng membuat cabaran secara terbuka dan mengancam untuk menggunakan semua kekuatan guaman yang dimiliki oleh DAP selain kekuatan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyerang dan memerangi PDRM habis-habisan.

Walaupun amaran telah diberikan, namun tidak diendahkan oleh DAP dan Lim Guan Eng kerana Setiausaha Agung DAP itu mempunyai perancangan yang lebih besar. Selain simpati yang ingin diraih, Lim Guan Eng jelas ingin mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu yang mahukan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera diserahkan kepada masyarakat bukan Melayu-Bumiputera.

Dengan kata lain, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 152 itu dimansuhkan dan semua orang di Malaysia ini, dilayan secara meritokrasi kononnya.

Namun persoalan yang lebih besar timbul. Mampukah pihak berkuasa dan pihak pelaksana undang-undang akan keluar daripada kepompong kekalahan mereka sebelum ini atau sekali lagi mereka akan kalah dan menghancurkan harapan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keamanan?

Bermula dengan perjuangan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan menggunakan peguam yang dikombinasikan dengan elemen politik, DAP bersama-sama PKR merangka kerja seterusnya iaitu mewujudkan gangguan emosi dan syak wasangka di kalangan rakyat Malaysia.

Ketiadaan ISA jelas merencatkan usaha kerajaan untuk mengamankan negara ini. Walau apa pun hujah yang dberikan oleh Paktan Rakyat, secara dasarnya, kebanyakan negara di dunia ini terutama sekali Amerika Syarikat mahupun Great Britain mempunyai undang-undang pencegahan mereka sendiri.

Ancaman secara konvensional mungkin boleh ditangani namun ancaman secara digital atau lebih tepat lagi mengunakan Internet, jauh lebih melebar dan meluas kesannya berbanding serangan konvensional. Ancaman digital itulah yang menyebarkan lebih banyak pembohongan, pendustaan mahupun penghinaan yang apabila dikombinasikan, menjadi racun yang sangat berbisa dan mengancam keselamatan negara ini.

Mangsa terbaru adalah Ketua Polis Negara sendiri apabila arahan agar menahan anggota-anggota PPS telah menyebabkan Lim Guan Eng dan DAP berasakan inilah saat terbaik mereka untuk menunjuk taring dan tembelang sebenar. Marah DAP mungkin ada asas kerana penahanan anggota-anggota PPS akan membuatkan motif sebenar penubuhannya tidak dapat lagi diselindungi.

Kebiadapan penyokong DAP terserlah. Angkuh kerana berjaya menghapuskan ISA dan bongkak kerana seringkali dapat memperdayakan pihak polis serta megah kerana kebanyakan kes melibatkan Pakatn Rakyat dimenangi di mahkamah, menjadikan mereka tidak mempunyai sebarang halangan untuk mengulangi serangan-serangan biadap sebegitu rupa.

Barangkali Ketua Polis Negara sedar, SKMM tidak akan banyak membantu atau mungkin juga langsung tidak membantu memandangkan selama ini pun, SKMM dilihat bersikap lepas tangan, Ketua Polis Negara telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menjalankan siasatan untuk mengesan dua orang subversif siber yang telah menghina PDRM.

Semenjak ditubuhkan, PCIRC sebenarnya telah menangani beberapa isu, termasuklah membuat laporan polis ke atas bloggger, Facebooker mahupun Twitter. Malangnya juga, kebanyakan laporan polis yang dibuat lebih banyak melibatkan masyarakat India, sama ada pendedahan berhubung orang India yang didedahkan melakukan hasutan subversif, mahupun penghinaan ke atas orang India dan Hindu. Si penghina Islam, Melayu dan Bumiputera kekal bebas serta tidak dikenakan sebarang tindakan.

Apakah perkembangan terbaru melibatkan PPS akan mampu menggembelengkan undang-undang dan penguatkuasanya serta pelaksana undang-undang yang sebelum ini dilihat gagal menjalankan tanggungjawab mereka?

Lebih penting lagi, apakah sekali lagi undang-undang dan penguatkuasa undang-undang akan kalah lagi di tangan peguam-peguam yang didanakan dengan wang yang jumlahnya mencecah infiniti bagi mengabsahkan tentang THIRD FORCE yang mula-mula disebut pada tahun 2008 dahulu?

Setakat ini, memang THIRD FORCE (PEGUAM) telah berjaya menguasai politik dan perundangan. Tiada sesiapa pun di Malaysia yang tidak tunduk kepada mereka. Dan berdasarkan kepada rekod-rekod sedia ada, besar kemungkinan isu PPS juga akan menjadi satu lagi mercu kejayaan THIRD FORCE.



« (Previous News)



17 Komen to Menantikan Tindakan Lebih Tegas Dari PDRM dan Peguam Negara

  1. marah rosli says:

    Kalau hendak sangat jadi pengekuasa,sukarela atau pun tidak,kenapa yang 10,000 ini enggan menyertai pasukan polis atau pun angkatan tentera.Kalau inilah sikap mereka,tak,perlu diambil mereka…lagi merbahaya.

  2. Paha Kiri Pun Terasa says:

    Kalau keadaan macam ini berterusan maka pihak yang bertanggungjawab termasuk najib kena letak jawatan dan digantikan dengan orang yang lebih tegas dan berani seperti Tun Mahathir.

  3. memang terok says:

    Pakatoon terdiri dari satu cina campur dua melayu yang ditubuh secara haram. 2 melayu yang tamak haloba pakai kasut terlebih saiz ini mengajak cina bersama mereka untuk merampas sesuatu yang bukan hak mereka . Bukan hak mereka kerana mereka ketiadaan kelayakan dan kebolihan buat mengendali sesuatu yang besar.

    satu cina itu tetap cina kerana mereka cina. Cina kafir kerana mereka bela anjing, minum arak, main judi dan makan nasi lauk babi. Kita tidak boleh ubah dia kerana cina memang iblis kerana mereka kufar.

    Semua Iblis dan setan itu jin, tapi tidak semua jin itu setan. Melayu berkawan dengan iblis, habis semua melayu yang memang agamanya islam itu jadi jin. Kita bercakap dalam kontex Malaysia bahawa semua melayu mesti islam. Tidak halnya dengan Indon, Singapore, dimana bukan semua melayu islam. Itu mereka , bukan kita. Arab jugak bukan semua arab muslim, banyak arab kafir.

    Kerana itu di Malaysia, untuk buat bible dalam bahasa Melayu, apa ke jadahnya. Orang melayu belum pun semua fasih lidah mereka dengan terjemahan Qur’an, apa hal nak cuba libat bible dengan melayukan bible . Orang politik Pakatoon bukan tak tahu, tapi mereka membebalkan otak mereka yang sedia biol.

    TErbayang aku Nik Ajis, AnwarIbrahim, Khalid Samad……PUUUUUUUUUUUUiiiiiiiiiiii

  4. kayu says:

    Elok ditangkap dan dihapuskan awal-awal sebelum militan ini dilengkapi dengan senjata dan kelengkapan tentera untuk berperang dengan kerajaan,,,.. ,kerajaan komunis Penang sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan Penang dari Malaysia serta membentuk tentera mereka sendiri…., yang bodohnya adalah pencacai Melayu yang menjadi barua-barua Limkitsial anak beranak..!!!!!,,,Melayu masih lena lagi..SERONOK DIDODOI CHINADOLL .!!!

  5. dagang says:

    Pada mula nya PPS ditubuhkan selaku jentera penggerak pru dap penang. Tetapi slpas pru pn jentera ni msih lgi bergerak crgas. Untuk ?. ?motif slanjutnya?

    Nmpaknya dap pg ada prncangan sndiri. Merancng , mendsak dan menghlal kan cara mgatasi klmahan undg2. Ini dh nmpak bnyak prkra trjadi.

    ptut kah dap p. png di hramkan? Sbab nmpak smcam prjuangn pkm sja. Atau nk tnkap smua gng dap berjuta tu…….tk logic.

  6. jackal47 says:

    Menteri KDN pun lembik..lembik macam sepupu dia…

  7. hentam ajelah says:

    ….dah ckp dah….najib yg puncanya……

  8. korokstabang says:

    penulis di nasihatkan jangan di ungkit lagi pasal ISA nanti ada yang kata itu undang2 lapuk yang ketinggalan zaman kena lah gunakan undang2 moden alaf baru yang lebih efisien lebih mantop sehingga lebih banyak terjadi pencabulan keatas undang2 dan perlembagaan negara dengan sewenang2nya di lakukan tanpa sedikitpun rasa takut atau gentar

  9. Uturn says:

    Jgn biarkan aktiviti2 mcm pps ni mula bertapak, lama2 akan jadi tenterankomunis ni

  10. Tubir says:

    peguam negara dan PM paling lemah dan sial yang pernah Malaysia ada setakat ini.

  11. melayu tak lupa says:

    sepatutnya kerjaan kena tegas.orang macam ni sepatutny di kurung dalam penjara seumur hidup.wujudkan kembali ISA.barulah semua ni boleh dilakukan.sebarang sikap kurang ajar dan penghinaan agama dijatuhi hukuman yg sgt berat.jangan kenakan compoun saja sbb mereka ni mmg kaya dgn wang.ianya tidak menjadi beban pada mereka.

  12. ahli nujum says:

    Ini merupakan strategi dap bg mendapatkan kuasa autonomi di p.pinang. sudah jelas mereka yg menyokong serta trlibat dgn pps adalah tidak patriotik. Seharusnya status warganegara mereka di tarik..

  13. Madu 3 says:

    ISA…ooooooo..ISA…….

    Inilah Kebanggan yang bertukar kepada kebodohan oleh Najib. Dengar cakap macai yang di pengaruhi oleh kebebasan dan bersifat liberal, seluruh rakyat jadi susah.
    Bab ni… Najib lah yang berdosa besar.
    Yang teruk kena caci, hina dan di pukul adalah abang-abang polis kita. Rakyat terima tempiasnya….negara huru hara.
    Najib? Duduk jauh2, cakap depan mikrofon dan dikelilingi body guard.
    Patut pun Mahathir marah…

  14. siluman says:

    sesetengah org UMNO jgn jadi mcm puak f***ktan yg dok menyalahkan org. kalau dah kuasa di tangan dok seluk dlm seluar memanjang, dah hanya akan keluar bila org melayu buat salah, amat malang dan teramat malanglah nasib melayu akan datang ni. yg pak menteri beria berpeluk dan ada hati nak buat teguran secara baik dgn ‘khalifah’….dan ada plak pemuda UMNO di johor yg punya lembut hati mengagihkan kurma dgn puak dapig, begitu juga sikap TELORANSI yg tinggi dgn puak dapig dari pemimpin muda UMNO la ni…..persis mcm nak buat baik dgn puak yahudi…SIAL !!! mmg nak menjahanamkan perjuangan agama bangsa dan tanah air.

    keahlian PPS dah hampir 10,000 selama 4 tahun mengikut yg dimaklumkan di tv3….skrg baru nak bertindak, itu pun mcm hangat2 taik itik…..

    kdg2 aku tgok, segelintir pemimpin UMNO ni tak abis2 nak memperbdohkan org melayu yg setia memberikan sokongan. Ada bukti gred A lah…..dan hentah apa2 lagi kahak hijau yg nak dijual !! Ya Allah engkau laknatlah pemimpin virus dlm UMNO yg nak menghancurkan agama Mu, amin,

  15. dkds says:

    Malaysia dah jadi negara tak berundang- undang angkara prrangai para pengkhianat ini…malah kelembikan pihak berkuasa pun sama…peguam negara apa punya turr

  16. bangKano says:

    Apa…..? Tun M lebih berani dari DS Najib…betulkah….? Dah lebih 23 tahun Tun M jadi PM tak dak pun beliau berani bertindak kat Lim Guan Eng & seangkatan dengan nya. Ni semua berkait dengan masaalah ekonomi politis…siapa tak mau kekalkan kuasa…? Demi survival ekonomi & politik terpaksa politikus politikus serba hipokrit ini laksanakan terus. Nah…. tengok tindakan pemerintah Singapura semasa Tun M memegang kuasa..ada kah beliau pernah bertindak balas terhadap negara tersebut…semua bermain slogan penuh retorik saja. Beliau takut menghadapi tekanan politis & ketenteraan dari kuasa besar seperti AS yang ada kepentingan ekonomis & keselamatan serantau berpengkalan di Pulau Singapura. Ini lah fakta sebenarnya mengapa projek tersebut terbengkalai yang dipandang sepi oleh para pengganti Tun M….. siapa mahu tanggung riskiko politis,ekonomis & militaris terhadap negara & peribadi sang pemimpin…? Para pengganti Tun M bukannya bebal sebagaimana sangkaannya. Kalau Tun M cerdik maka para penggantinya nya lagi cerdik bagi mengelak tertimpa pelbagai musibah.

    Jika benar Tun M seorang nasioanalis & patriotis serta pemberani kenapa beliau tak mahu teruskan projek murni tersebut sehingga sanggup menyerahkan tugaas tersebut pada pengganti beliau duhulu…..pelik..pelik perangai Tun M ini.

  17. bangKano says:

    Mudahkah hendak menarik kerakyatan negara ini…? Sila kaji semula artikel 23 – 28A Perlembagaan Persekutuan. Kes Alvin Tan yang pernah mencaci islam pun sekadar dibatalkan pasport bukannya ditarik terus taraf kerakyatan negara Malaysia…….kenapa…?

Leave a Reply

Threesome