Menu Utama

September, 2014

 

NGO Pro PKR Serah Surat, NGO Pro PAS Tanam Mayat

Hari ini ada dua perkara menarik telah berlaku hasil kerja buat NGO pro PKR & PAS, yang pertama penyerahan surat peringatan di hadapan Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur dan yang kedua acara pengebumian mayat olok-olok di kubu kuat PAS di Kelantan. Penyerahan surat memorandum oleh NGO pro PKR fokusnya untuk mengingatkan PAS supaya bertindak tegas serta mengawal pemimpinnya, jika gagal berbuat demikian NGO itu menyarankan agar PAS keluar dari PR bagi mengelakkan ketegangan berpanjangan. Tindakan semberono itu jelas satu bentuk provokasi yang mencabar kesabaran PAS. Ia tak membantu meredakanBaca Lagi


Iklan BSN di Malaysiakini : Respon dari CEO BSN.

Sebelum ini dalam artikel ini, Mykmu telah meminta agar Menteri atau BSN menjawab soal iklan BSN di portal pro pembangkang.Timbalan Menteri Kewangan sudah pun menjawab di sini dan berikut adalah kenyataan dari CEO BSN. It’s now confirmed that the advertisement was actually blasted by the Ad agency called Innity that our Marketing Dept had earlier engaged. This was inadvertently done dispite being told to avoid certain portals. I need to reiterate that we had never gone to Malaysiakini ourselves to place any advertisements neither do we hv any budget forBaca Lagi


Kontroversi Iklan Malaysiakini: Respon BSN Dan Timbalan Menteri Arah Tarik Balik Iklan

Berikutan laporan Mykmu.net petang tadi berkaitan dengan iklan Bank Simpanan Nasional (BSN) di portal pro pakatan, Malaysiakini.com, pihak bank tersebut menyatakan ia merupakan tindakan pihak ejen yang menguruskan dan mereka telah mengarahkan pembetulan. Menulis kepada Mykmu.net, Puan Puspa Marina Omar menjelaskan bahawa “BSN tidak mengiklan di dalam Malaysiakini. BSN melantik agensi pengiklanan dalam talian mengikut syarat dan dasar perhubungan awam yang ditetapkan. Jika ada berlaku kesilapan, ia berkemungkinan akibat kaedah pengindeksan automatik dalam talian dan sekiranya ia berlaku, agensi pengiklanan yang telah dilantik telah diarahkan untuk melakukan pembetulan sesegera mungkin.Baca Lagi


Nik Aziz Mudah Lupa Tiga Kali PAS Jatuh Lubang Yang Sama – Siri 3

Rasulullah SAW dalam satu hadithnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim telah memberi satu pesanan penting kepada umatnya yakni, “seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali”. Pengajaran dari pesanan tersebut bermaksud orang Islam yang sedar diri akan sentiasa berjaga-jaga untuk tidak melakukan kelalaian bagi mengelakkan dirinya ditipu atau tertipu kali kedua dalam perkara yang sama. Dalam kempen PRK Pengkalan Kubor tempohari, hadith inilah yang dipetik oleh Nik Aziz dalam meneguhkan hujahnya untuk menolak sebarang usaha ke arah wujudnya kerjasama politik antara UMNO dengan PAS. Realitinya, adakah selepasBaca Lagi


PAS BIOL


Langkah Kajang Diaibkan Lagi Dengan Banjir Kilat Kajang

Dalam keadaan negara dan dunia berada dalam keadaan yang amat berhati-hati dalam berbelanja, Pakatan Rakyat telah membuat Langkah Kajang atas dasar mahu menukar bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Tindakan mereka langsung tidak mengambil kira faktor pembaziran duit rakyat selain daripada menjejaskan kestabilan ekonomi Selangor. Insiden banjir kilat yang melanda Kajang semalam telah mencetuskan api kemarahan rakyat Kajang khasnya dan rakyat Selangor amnya. Mereka sedang menagih janji yang telah dibuat oleh PKR semasa Pilihanraya Kecil Kajang pada Mac yang lepas. Selain daripada itu juga Wan Azizah dianggap sebagai gagal danBaca Lagi


Rakyat Dikelirukan Antara Militan, Jihad Dan Kebenaran

Islam itu mudah Cuma jangan ambil mudah. Islam itu indah namun dicemari oleh tindakan puak pelampau yang kononnya berjihad untuk agama Islam sedangkan hakikatnya Islam merupakan agama yang mementingkan kesederhanaan. Tidak ada istilah kekejaman, kezaliman, membunuh sesama Islam dan sebagainya dibenarkan dalam Islam. Sedar atau tidak kebanyakkan mereka yang menyertai pasukan ISIL ISIS dan sebagainya dari negara kita terdiri daripada mereka yang mempunyai fahaman dan pegangan politik melampau atau dengan bahasa mudah mereka dari  pakatan rakyat. Sebelum ini mereka telah menzahirkan sikap ekstrem mereka dalam beberapa siri demonstrasi jalanan yangBaca Lagi


BSN Taja Malaysiakini, Husni dan Ahmad Maslan Tolong Jawab “Sat”

Pengurusan Bank Simpanan Nasional perlu menjelaskan kepada umum mengapa bank tersebut membuat keputusan menyiarkan iklan mereka di portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini.com. Apakah asas pertimbangan iklan tersebut di Malaysiakini berbanding iklan di portal Utusan Online, Berita Harian Online, The Star Online atau Harian Metro Online? Sebagai sebuah institusi kewangan yang dijamin oleh kerajaan, apakah sebab pengurusan BSN memberi peruntukan iklan kepada Malaysiakini.com yang sering kali menyerang pentadbiran kerajaan Malaysia. Bolehkah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengapa perkara ini boleh berlaku?Baca Lagi


Manipulasi Harga Rumah: DAP Utamakan Pemaju Dari Rakyat?

KERAJAAN, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahalan bertindak betul bila mahu mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang cuba menafikan hak pembeli bumiputera membeli rumah dengan memanipulasi harga melalui teknik-teknik tertentu. Antara lain, walaupun diskaun bumiputera diberikan seperti mana dalam tawaran, tapi ada kos-kos tersembunyi lain yang terpaksa dibayar pembeli sehingga diskaun itu tidak memberi apa-apa makna, seterusnya menjawab persoalan kenapa bahagian yang diperuntukkan untuk kaum bumiputera membelinya tidak dapat dijual. Tapi yang peliknya, kenapa DAP, sebuah parti yang kononnya tidak rasis dan perkauman, cubaBaca Lagi


Kalau PAS Tak Boleh Diam, Sila Keluar Dari PR – NGO Pro PKR

Sekitar jam 10.00 pagi tadi NGO pro PKR iaitu Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) telah hadir ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum peringatan kepada PAS supaya segera meredakan ketegangan yang sedang menyelubungi pakatan pembangkang. Himpunan Gesa PAS Keluar Pakatan Rakyat yang asalnya diuar-uarkan oleh Setiausaha Politik kepada Tian Chua iaitu Rozan Azen Mat Rasip nampaknya tidak berlaku seperti dirancang sebaliknya Pengerusi LENSA, Safwan Anang sekadar menyampaikan sepucuk surat memorandum. Tidak diketahui kenapa himpunan yang dihebahkan itu gagal dilangsungkan, mungkin tak sempat nak mobilasiBaca Lagi