Menu Utama

Tidak Masuk Akal Pertikai Status Warganegara Wan Azizah

Kenyataan beberapa pihak bahawa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS) kerana beliau dilahirkan di Singapura dan menjadi warganegara secara naturalisasi adalah tidak tepat.

Memang benar Perkara 53 (3) UTNS, menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

[notwithstanding anything in this Article, a person who is citizen by naturalisation or by registration under Article 17 of the Federal Constitution shall not be appointed a Menteri Besar]

Oleh itu mereka yang menentang perlantikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggunakan isu kelahiran beliau di Singapura pada 1952 sebagai bukti hilang kelayakan menjadi Menteri Besar Selangor.

Hujahan ini menganggap angka kod angka 71 dalam nombor mykad Wan Azizah (dan juga seorang lagi calon, Azmin Ali) merupakan bukti penting bahawa mereka merupakan warganegara melalui naturalisasi.

Faktanya, kod 71 sahaja sudah cukup jelas bagi membuktikan Wan Azizah (dan Azmin Ali) bukanlah rakyat Singapura yang menjadi warganegara Malaysia melalui proses undang-undang naturalisasi atau pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Kod 71 dalam mykad diberikan kepada warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara tanpa mengambil kira negara mana pun mereka dilahirkan. Ini bermakna ibu bapa atau salah seorang daripadanya adalah warganegara Malaysia pada masa itu.

Perbezaan ini jelas bagi rakyat Singapura menjadi warganegara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara akan memberi kod 66 untuk negara Singapura.

Sungguhpun berbeza idelogi politik, adalah tidak masuk akal untuk sesiapa sahaja mempertikaikan status warganegara Wan Azizah Wan Ismail sedangkan Wan Ismail merupakan rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sejak sebelum merdeka lagi.

Malah mereka yang mempertikaikan status warganegara Wan Azizah sebenarnya buta sejarah dan buta perlembagaan kerana sebelum Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, Singapura adalah sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu.

Manakala dalam konteks perbincangan isu Wan Azizah (dan Azmin Ali) ini, mereka merupakan warganegara tulen seperti majoriti rakyat Malaysia. Warganegara tulen ini dirujuk dalam Perlembagaan sebagai Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dan djelaskan definisinya dalam Perkara 14.

Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

(c) (dimansuhkan)

(2) (Dimansuhkan)

(3) (Dimansuhkan)

____________________________________________
CATATAN:

Per. 14:

1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 23, berkuat kuasa dari 16-9-1963, tetapi Fasal (1)(c), (2) dan (3), yang diturunkan di bawah ini, dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965:

“(1) (c) tiap-tiap warganegara Singapura.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, peruntukan mengenai kewarganegaraan Singapura boleh dibuat oleh Perlembagaan Negeri itu, dan boleh dipinda melalui undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri itu dan diluluskan melalui Akta Parlimen.

(3) Kewarganegaraan Singapura tidaklah boleh dipisahkan daripada kewarganegaraan Persekutuan, tetapi jika seseorang warganegara Singapura kehilangan salah satu kewarganegaraan itu maka hilanglah kewarganegaraannya yang satu lagi (tertakluk kepada peruntukan yang dibuat oleh Bahagian ini untuk pendaftaran seseorang warganegara Singapura sebagai seorang warganegara yang bukan warganegara Singapura).”

2. Perkara yang dahulu, seperti yang terdapat pada tarikh pemansuhan, berbunyi seperti yang berikut:

“14. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainnya;

(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka;

(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara dan juga telah lahir di dalam Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;

(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara jika kelahiran itu ialah seorang warganegara jika kelahiran itu didaftarkan di Konsulat Tanah Melayu atau, dalam hal mana-mana orang yang lahir di dalam mana-mana wilayah ditetapkan, dengan Kerajaan Persekutuan, dalam tempoh satu tahun berlakunya kejadian itu, atau dalam suatu tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu.

Bagi maksud perenggan (d) Fasal ini “wilayah ditetapkan” ertinya Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, atau mana-mana wilayah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud itu.
Isu perlembagaan Negeri Selangor

Secara ringkasnya, apa pun perbahasan mengenai status kewarganegaraan Wan Azizah tamat apabila Perkara 14, fasal 1 Perlembagaan negara menyatakan sehingga 9 Ogos 1965, tiap-tiap warganegara Singapura adalah warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang.

Namun ia tidak sepatutnya sampai ke situ kerana ibu bapa Wan Azizah adalah kelahiran Pulau Pinang dan warganegara Tanah Melayu ketika itu. Secara automatik, Wan Azizah merupakan rakyat negara ini seperti mana 14 orang Menteri Besar Selangor sebelum ini dan sekarang.

Apakah Perkara 17

Sebenarnya Perkara 17, Perlembagaan Negara telah dimansuhkan. Namun semasa penggunaannya Perkara 17 merujuk kepada proses permohonan kewarganegaraan oleh kaum imigran yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada hari Merdeka.

Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada hari Merdeka)-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 17:

1. Perkataan “pihak berkuasa pendaftaran” digantikan dengan “Kerajaan Persekutuan” oleh Akta 10/1960, perenggan 2(a), berkuat kuasa dari 1-12-1960.

2. Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut, dimansuhkan oleh Akta 14/1962, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1-7-1963, pemansuhan itu hendaklah tanpa menyentuh kuat kuasa Perkara itu mengenai mana-mana permohonan untuk pendaftaran di bawahnya yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 5 tersebut:

“17. Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka maka orang itu layak tertakluk kepada peruntukan Jadual Kedua didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan–

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada lapan tahun;

(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan;

(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(d) kecuali jika permohonan dibuat dalam masa satu tahun selepas Hari Merdeka dan pemohon itu telah mencapai umur empat puluh lima tahun pada tarikh permohonan bahawa dia mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu.”

3. Sebutan mengenai Perkara termansuh ini terdapat dalam Per. 25(1), (1A), (2), 28(1)(a), 28A(4), 43(7) dan dalam Jadual Kelapan seksyen 2(3), 20(3).

Justeru andaian status warganegara Wan Azizah melalui Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar sama sekali.

Apakah pula kewarganegaraan naturalisasi?

Perkara 19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.

(1) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati–

(a) bahawa–

(i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;

(ii) (dimansuhkan);

(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

(2) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati–

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;

(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

(3) Tempoh pemastautinan di Persekutuan atau bahagiannya yang berkaitan yang dikehendaki bagi pemberian suatu perakuan naturalisasi ialah tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan bagi perakuan itu, dan tempoh itu termasuklah tempoh dua belas bulan sebaik sebelum tarikh itu.

(4) Bagi maksud Fasal (1) dan (2), kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan; dan bagi maksud Fasal (2), kemastautinan di Singapura sebelum Hari Malaysia atau dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan kemastautinan di Singapura selepas Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.

(5) Seseorang yang diberi perakuan naturalisasi menjadi warganegara melalui penaturalisasian mulai dari tarikh perakuan itu diberikan.

(6) (Dimansuhkan).

(7) (Dimansuhkan).

(8) (Dimansuhkan).

(9) Tiada perakuan naturalisasi boleh diberikan kepada mana-mana orang sehinggalah dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Jelas sekali proses kewarganegaraan naturalisasi merujuk kepada warganegara asing yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) dan mahu memohon kerakyatan negara ini.

Wan Azizah mungkin tidak layak dan tidak wajar dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, namun penolakan beliau tidak harus dibuat atas alasan Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang disalah tafsir.

Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berbangsa Melayu dan berugama Islam, beliau sememangnya layak dari segi undang-undang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.






21 Komen to Tidak Masuk Akal Pertikai Status Warganegara Wan Azizah

  1. sireh ke gagang says:

    itu sebab kecil shj . sebab utamanya , jijah tidak diperkenankan oleh tuanku sultan selangor untuk jadi mb . kuasa perkenan yang jadi batu penghalang . itu kuasa veto seorang pemerintah di salah sebuah negeri2 9 raja di semenanjung ini.

  2. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Tidak Masuk Akal Pertikai Status Warganegara Wan Azizah […]

  3. yon76er says:

    Betul…Betul…sireh kegangang…setuju sangat2….Ada FAHAM TAK Nuar@Jijah ooiiiii?????

  4. bajak says:

    layak ke xlayak itu no .2…no.1 rakyat selangor nk anak selangor as mb…

  5. kluangman says:

    Berterusterang sahaja:
    Ramai yang tidak mahu Azizah menjadi MB sebab dia isteri kepada Anwar – satu pandangan
    Ramai yang mahu Azizah menjadi MB sebab boleh membantu Anwar menjadi PM atau kemungkinan boleh membantu menghalang Anwar ke penjara – Satu pandangan

    Lain-lain perkara alasan iringan.

  6. WTF says:

    Menerima seorang BONEKA sebagai pemimpin mereka adalah nasib malang yang menimpa rakyat dan penduduk negeri Selangor!!!

    Kepada rakyat Selangor, inilah KIFARAH untuk hangpa semua sebab mengundi PR pada PRU13 tahun lepas, selain drpd tiada bekalan air bersih serta catuan air tidak menentu, kes denggi yg tinggi, sampah sarap tak berkutip, jalan rosak sana sini, pasir hilang entah ke mana, harga barang naik akibat kenaikan cukai perniagaan dan bermacam lagi musbiah yang menimpa!!!

    Tak lama lagi, kontang pula khazanah negeri Selangor pula akan digunakan oleh pemimpin pilihan hati rakyat Selangor untuk kepentingan sendiri!!!

    And i can imagine what else would happen soon!!!

    Janganlah pula rakyat Selangor mencari UMNO pulak di saat anda berada dalam kesusahan, untuk pengetahuan rakyat Selangor, UMNO takder kena mengena dalam drama BODOW lakonan PR!!!

  7. dagang says:

    Keringat rakyaat Selangor membanting tulang mempertahankan PR telah berbayar sekarang. KETUM pkr yang mereka andaikan sebagai makhluk dianiya olih BN kini sudah menampakkan tindak tanduk inti perjuangannya. Rakyat Selangor patut lebih berbangga lagi bila MB yang mengkayakan MBI kini terpaksa dijatuhkan kerana menghalang citarasa kepimpinan pr yg sangat dahagakan ringgit untuh dihamburkan bagi menyempurnakan hajat mereka berada dlm bilik hawa dingin Putrajaya.

    Selama mana Putrajaya bukan milik mereka selama itulah rakyat dipaksa menahan belakang untuk dipijak. Mungkin rakyat Negara sekarang cukup berminat dgn pesta2 maksiat berlesen yang tumbuh merata Selangor sehingga laungan azan dipertikaikan. Apakah pesta bogel pula akan menjadi pesta tahunan di p. mutiara itu? Jika matalamat rakyat (tak semua) adalah wang maka maksiat adalah cara paling mudah untuk mendapat laba. Hukum tuhan tidak pernah dipedulikan olih sebahagian penduduk bukan Islam dan islam tetapi munafik.

    Rakyat nilailah sendiri perjuangan pr yang nyata di dominasi olih dap dalam karya drama mereka.Tepuk sorak penonton akan lenyap bila tersedar dari kegairahan bilamana kenyataannya ” menang sorak kampong tergadai”.

  8. reds says:

    kalo kak jijah jadi mb….adakah ini bermakna selangor dah kehabisan anak jati yang ikhlas untuk jadi pemimpin??? semua orang selangor dah x bleh pakai ke??? aku sebagai anak kelahiran selangor….amat malu weiii…kalo laa aku bleh penendang bang non pondan tua tuhh…..

  9. mat says:

    apa sudah jadi belalang……………….

  10. Anak Lenggong says:

    Lama aku tak masuk sini…bujuk ada lagi ke kat sini atau dah terus ilangg

  11. WTF says:

    Bujuk dah muncul semula saudara Anak Lengong!!!

    Bujuk siap puji lagi tindakan Nik Aziz buat U Turn!!!

    ROFL!!!!

  12. bujuk says:

    Ada… awat, rindu ka?
    Secara peribadinya aku tak sokong DSWA jadi MB sama cam sultan jugak. Alasan aku ramai lagi lelaki yg. berkebolehan melebihi DSWA dan keterbatasan wanita dalam sesetengah perkara berbanding lelaki…

  13. gambus says:

    hahaha pandangan daripada manusia munafik PAS kau tak berguna sedangkan pandangan dewan ulamak PAS boleh masuk dalam longkang , hahah dengar nasihat ulamak konon TAPI dengar nasihat kaki khalwat dan kaki raba serta kaki zina itulah manusia yang ada dalam kepimpinan PAS.. apalah sangat pandangan bodoh kau …

  14. WTF says:

    Pendapat peribadi hang Bujuk tak nak Wan Azizah sbg MB Selangor???

    Itu pendapat peribadi hang Bujuk, pendapat PR di mana PAS diwakili oleh MAt Sabu telah setuju nama Wan Azizah sahaja yang akan diletakkan sbg calon TUNGGUL untuk jawatan MB Selangor!!!

    Hehehehehe

  15. Jamal says:

    Saya berasal dari Singapura, lahir di Singapura, ibubapa juga lahir di Singapura. Hijrah ke Malaysia tahun 1976. Sekarang sudah jadi rakyat Malaysia. KAMI SEMUA KOD IC 71. 66???

  16. aqim says:

    Malas nak layan drama PR… Harap2 Sultan perkenankan pembubaran. Aku dah x sabar nak tunjukkan kat diaorg ni kemarahan rakyat Selangor. Kuasa mengundi di tangan kami.This Is Selangor!

  17. bujuk says:

    Awat… pendapat aku tak sama dengan syura ka, PKR ka, Mat sabu ka… itu hanya pendapat. Tapi bila Tuanku bertitah… aku follow je sebab dia yg. berkuasa dan bertanggungjawab.

  18. gambus says:

    apa pun kau cuba pusing dan belit bujuk , kau dan majlis syura hanya badut dan patung sahaja .. ysng tentukan ialah pemimpin PAS yang kaki khalwat dan kaki zina kakakakakaka konon nak perjuangkan ulamak sekarang PAS campak pendapat ulamak mereka masuk loji taik woiiiiiiiiii

  19. terangsang says says:

    gaji mb sekarang besar sangat,mungkin depa nak bagi turun. penasihat ekonomi singgit. mb 3 ringgit gitu. he he. tak tahulah rezki tari mana. aku pun tak mampu hidup dengan upah singgit.

  20. sha's says:

    Kalau cik jijah ni jadi mb….itu cuma atas kertas je…
    perlaksanaan sume si nuar ni yang akan buat…
    Dah nampak dari sekarang pun….
    Kempen PR cik jijah ni senyap tak berbunyi…..

  21. pika says:

    aq sbg rkyt jhor pown bimbg..rakyt slgor korang doa lar byk2 tolak bala….hrp sultn slgor xdimandrem jijah..

Leave a Reply

Threesome