Menu Utama

UMNO Tidak Minat Sertai EXCO Khalid Ibrahim

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu tidak ingin mencampuri pentadbiran negeri Selangor bawah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan ADUN Umno menyertai kabinet Selangor sebagai anggota exco.

“Kita tak masuk campur urusan pentadbiran Selangor. Kita serahkan kepada mereka (pentadbiran sedia ada),” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa wakil Umno mungkin dilantik ke kabinet Khalid untuk membentuk kerajaan minoriti, sekiranya empat exco PAS sedia ada meletak jawatan.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan, Khamis.

Tengku Adnan juga menegaskan bahawa Umno menyokong Khalid kerana tidak mahu isu bekalan air terus dijadikan modal politik PKR.

“Kita utamakan kepentingan rakyat. Kalau ada kepimpinan baru kita takut akan ada masalah dengan air.

“Kita takut mereka akan politikkan isu air di Selangor. Kita mengutamakan kepentingan rakyat, dan kita mahu mereka selesa,” kata Tengku Adnan.

Tindakan Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan semua industri air juga menjadi atara sebab pemecatannya dari PKR, Sabtu lalu. MALAYSIAKINI.COM






6 Komen to UMNO Tidak Minat Sertai EXCO Khalid Ibrahim

  1. Pak Tho says:

    Tak yah Umno nak terlibat dgn masalah pr di Selangor. Mantapkan Umno Selangor, pru 14 gelanggang yg sebenarnya. P/s. Perlu muka baru yg mempunyai faktor WoW utk berjaya.

  2. raplahjingaa says:

    Hush !! nak join exco selangor nak buat apa ?? tak payah cari masaalah, selangor adalah negeri yang bermasaalah.

  3. Baba says:

    Sheikh Ahmad Umno tak teringin la nak kerja dgn pakatan. Tak payah dok buat cerita bodoh la.umno is much too good compare to pakatoon.

  4. Baba says:

    Umno tak teringin la nak kerja dgn pakatan. Tak payah dok buat cerita bodoh la.umno is much too good compare to pakatoon.

  5. alimedanbaru says:

    Tak pe biarkan
    Selangor akan punyai MB yang suka ‘jual pisang’
    dan suka main pisang!
    memalukan rakyat
    menjengkelkan rakyat
    tak bermaruah negeri Darul Ehsan
    dan memalukan Sultan bermamak bendaharakan muka pisang!

  6. reds says:

    hahaha…..betul3…x perlu join sape2….umno masih kukuh dengan sokongan rakyat melayu….haha….pas sibuk nak jaga undi cina…..

Leave a Reply