Menu Utama

UMNO Pulau Pinang Perlu Ambil Iktibar Pemuda 1999 – Hishammudin

PERMATANG PAUH 24 Ogos – UMNO negeri yang kini sedang diuji kerana ‘hilang’ kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lalu tidak harus terus lesu sebaliknya perlu bangkit penuh semangat dalam mempertahan kaum, agama dan negara.

hisham-baganNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada perkara yang perlu digusarkan kerana dalam banyak perkara, pihak yang sabar dengan ujian Allah SWT dan tidak mudah mengaku kalah akan beroleh kemenangan.

Mengambil contoh dirinya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau diuji apabila diminta memimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang menghadapi perpecahan serius ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tun Dr. Mahathir memberi masa kepada saya selama enam bulan untuk memulihkan Pemuda dan mengikut perjanjian ketika itu, jika gagal saya harus meletak jawatan,” katanya.

Hishammuddin berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan di sini hari ini. Kelihatan hadir bersama ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyatie Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr. Shaikh Hussain Mydin.

Hishammudin berkata, dalam tempoh ditetapkan, beliau turun ke kampung di seluruh negara bertemu ahli Pemuda dan berdepan pelbagai cabaran termasuk diludah dan ketika itu moral ahli berada pada tahap rendah kerana hendak memakai baju Pemuda juga berasa malu.

“Alhamdulillah, akhirnya dugaan itu berjaya diharungi dan Pemuda kembali diterima,” katanya.

Sumber: http://kerispusakabangsa.blogspot.com/2014/08/hishammuddin-umno-ppinang-perlu-bangkit.html?






12 Komen to UMNO Pulau Pinang Perlu Ambil Iktibar Pemuda 1999 – Hishammudin

  1. samad says:

    Ada lagi ke pemuda?

    ooo KJ…patut la macam tak wujud je Pemuda ni.

    kenapa tak komplen je pasal Gerakan atau MCA Pulau Pinang, berapa kerat je pengaruh UMNO P.Pinang boleh capai?

  2. kulaan says:

    Kenyataan ketua pemuda yang memberi ruang rakan-rakan beliau dari PR bekerja dengannya perlu dinilai serius oleh UMNO. Ini kuda trojan untuk UMNO namanya..fikir la….

  3. Tubir says:

    hoi hisham pencapaian kau dalam pemuda tak adapun…….setakat cabut keris yang kau kutip tah kat mana lepas tu mintak maaf ‘ tak payah cerita banyak la…kat pemuda yang hingus tak kering dan kencing masih dalam lampin boleh la kau gebang.kau dan sepupu kau tu sama tak boleh harap

  4. raplahjingaa says:

    hahahaha…bang hisham, mentang-mentang hang berucap di Pulau Pinang….hang dok buat lawak boria la pulak !

    Sejak hang jadi ketua pemuda, badi nya terbawa sampai sekarang !! pemuda UMNO sekarang ni hanya tinggal nama dan ketua-ketua pemuda negeri semua jenis pemalas, asyik dok kira projek sana-sini.

    Ketua pemuda UMNO toksah cakap laaa….ada pun macam tak dak, tak dak lagi bagus…buat semak perut.

  5. yon76er says:

    Pada zaman aku dalam PEMUDA UMNO dulu , sangat jauh perbezaannya tindak tanduk atau semangat daripada Pemuda sekarang…….Pemuda sekarang hanya Pandai Berpidato tapi Tindakan apa yg diucapkan belum tentu mereka Transform secara Realiti..Dicawangan hanya ujud Pemuda bila adanya Meshuarat Agong Permilihan , lepas tuu senyap sunyi semula…..macam xda Perancangan , xda Agenda Tertentu or No Program at All…Bahkan kita tahu UMNO Selangor perlu berkerja keras untk MERAMPAS semula SELANGOR bermula selepas pada PRU13 lagi bagi PERSEDIAAN PRU14…tapi aku xnampak pon , tapi xtahulah kalau perkara camni masih nak dirahsia2 kan dari Ahli2 UMNO sendiri@quote” ini hal INTELIGENT , xleh beritahu….!!!!!!!!!”

  6. sireh ke gagang says:

    pemuda dihormati semasa ketuanya Tun Hussein onn dan datuk harun idris. dato seri hisham , awk berjaya pun sebab org umno beri muka kerana mengenangkan almarhum ayahanda awk itu. mereka bukan pandang muka awk pun sebenarnya . ini hakikat pahit .

  7. sireh ke gagang says:

    sdr yon76er , sy pemuda umno . sy akui lah apa yang sdr katakan itu , benar sama sekali. mulut kami terikat , kaki kami terpasak dibumi skrg. terlalu banyak protokolnya …

  8. sireh ke gagang says:

    sy gunakan istilah mulut terikat , keran ingin menggambarkan mulut yg dijahit rapi oleh syarat , undang2 dan protokol tertentu . itu shj yg boleh diberitahu. sy rasa sdr yon76er lebih arif maksud tersiratnya . org lama parti kan.. hehehe… 😀

  9. WTF says:

    Hehehehe…aku kesian dgn Hishamuddin!!!

    Tu la, dulu hang pandai hunus keris (entah apa sebabnya, aku pun tak berapa faham), bila org dok kondem…terus minta maaf!!!

    Lain kali, bertindaklah dgn lebih bijak!!!

  10. hang jebat moden says:

    UMNO berperanan membela melayu. Mana UMNO bila melayu dan Islam di hina?????

  11. kacapkra says:

    Orang UMNO dulu dengan sekarang amat jauh berbeza, masing2 berebut kepentingan kuasa, material dan wang , perjuangan sudah tidak seperti zaman pemuda semasa awal 90an. Kerja-kerja ke hulu ke hilir, bergerak ke setiap cawangan, perjumpaaan dgn ahli-ahli dilakukan sekerap mungkin, ahli-ahli sepakat dalam aktiviti2 yang dianjurkan, semuanya dilakukan dengan sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Sekarang ahli-ahli sudah tidak seaktif dulu, ahli-ahli lama dibiarkan, diabaikan dan dianaktirikan malah diketepikan hak sebagai ahli oleh pemimipin UMNO Bahagian sekarang. Hanya banyak dalam senarai (senarai daripada UMNO Malaysia). Majoriti ahli sudah tidak berminat, meluat dan kecewa dgn. kepimpinan UMNO Bahagian.

    Masa pertandingan merebut jawatan banyak penyelewengan berlaku, di antaranya : –

    1) Mana-mana ahli yang tidak menyokong atau menurut kehendak Ketua diketepikan hak, ditindas dan dicantas.
    2) Cawangan yang menyokong calon Ketua yang berkuasa diberi kelonggaran diluluskan Persidangan Cawangan walaupun korum kehadiran tidak mencukupi. Cawangan yang mencalonkan selain drd kehendak Ketua Bahagian akan dipaksa menjalankan Persidangan sehingga berkali-kali.
    3) Wang bertabur bak air hujan.
    4) Ahli-ahli cawangan bermusuh dan berpuak-puak.

    Saya amat yakin dan percaya UMNO akan berkubur sekiranya dibiarkan berterusan begini. Contohnya di Bahagian Bagan amat mustahil BN boleh mencapai kemenangan bukan kerana DAP kuat tetapi ahli UMNO berpecah. Ketua sekarang hanya berpengaruh dgn wang dan gelaran, tidak berusaha menyatukan bekas-bekas Ketua, Ahli Jawatankuasa terdahulu, ahli-ahli lama.

    Bak kata perpatah “BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA HANCUR”

Leave a Reply