Menu Utama

Ulama Pas Serba Tidak Kena?

Oleh Riana Abd Aziz

Sejak dari keputusan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa Pas dalam isu perebutan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor beberapa hari yang lalu. Pas, terutama Presiden Parti, Mursidul Am dan Dewan Ulama Pas Pusat teruk dihentam oleh ahlinya sendiri. Paling memalukan bila sindiran pedas tanpa berlapik mula keluar di blog dan portal pro Pas hampir saban hari.

Kredibiliti golongan Ulama yang memimpin parti Pas mula dipertikai bila 2 Adun Pas lebih awal dilihat engkar kepada arahan parti malah solah-olah menghina kenyataan rasmi Hadi Awang serta sokongan dari Nik Aziz dan juga Dewan Ulamak Pas Pusat dan sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap kedua Adun tersebut.

Mungkin kerana tidak tahan dengan hinaan panggilan “Pas Parti U-Turn”, maka Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh di majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu semalam telah mengeluarkan kenyataan “Kita dalam tahaluf siyasi, dalam perjuangan Islam tidak boleh sama sekali kita menghalalkan apa jua yang ditegah oleh Allah, di tegah oleh agama, tahaluf siyasi tidak menghalalkan benda ini, yang haram tetap haram, yang boleh tetap boleh, yang tak boleh tetap tak boleh,”.

Beliau juga turut menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa PAS membuat pusingan-U dalam sokongan mereka terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malah beliau juga dilihat cuba menegakkan bahawa apa yang Dewan Ulamak Pas Pusat tegaskan sebelum ini tidak berubah, “Kita akan mengatakan bahawa wanita itu tidak sesuai untuk jadi Menteri Besar, ianya dua keadaan yang berbeza, bukan PAS yang mencadangkan benda itu, itu adalah cadangan daripada PR,”

Nampaknya golongan Ulama Pas ini masih lagi tidak cuba berselindung dari kenyataan sebenar. Mereka dilihat cuba baiki semula imej kumpulan ulama dalam Pas yang tercalar berikutan kenyataan mereka sebelum ini dalam isu tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor

Agaknya kumpulan ulama yang berada di dalam Pas sudah mula merasai bahang akibat suka “menjual kalimah suci”? atau sudah sampai masanya Pas dipimpin oleh golongan profesional yang dilihat lebih konsisten dalam ketegasan mengeluarkan kenyataan tentang pendirian parti?

Apakah kaitan bertahaluf Siyasi, hukum halal dan haram dengan hukum menyokong wanita menjadi Menteri Besar.

Belum serikkah kumpulan ulama di dalam Pas ini setelah dipermalukan oleh golongan profesional yang satu ketika dulu dipanggil “Pak Angguk” dalam parti?

Lain kali bila ditanya jawab dengan akal yang sihat bukan jawab seolah-olah sijahil yang sedang bertanya.

Ulamak dan pemimpin Pas masih lagi kekal dengan penyakit bermuka-muka dengan ahli sendiri, nampak seperti satu jemaah tetapi malangnya hati berada dalam jemaah yang lain.

Ulamak Pas takut untuk tafsirkan lebih jauh maksud Tahaluf Siyasi. “Bekerjasama dalam kumpulan tetapi tidak membawa maksud patuh sepenuhnya hingga membelakangi teras perjuangan sendiri”.

Ulamak Burung Tiong, bercakap pandai tetapi tidak tahu apa yang mereka cakapkan.






13 Komen to Ulama Pas Serba Tidak Kena?

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Ulama Pas Serba Tidak Kena? […]

  2. raplahjingaa says:

    Mungkin itu balasan akibat mereka berani menjual agama demi untuk kuasa yang amat sikit…dan kuasa yang sikit itu pun mereka optimum kan untuk kerosakkan ummah.

    Ulama PAS…ulama akhir zaman, kita dah dipesan oleh nabi junjungan akan kemunculan ulama-ulama sebegini….didunia lagi depa dah terima balasan sikit demi sikit…

  3. memang terok says:

    Bila sebut Pas semua kita akan bayangkan sekumpulan manusia berjubah labuh dan ber ketayap putih. Allhamdulliah hirabbil alami. Kita bangga dengan imej yang sunnah menjadi amalan/ikutan mereka. Kesyahduan, ketenangan pasti dapat kita rasakan kerana suasana yang sama dapat kita nikmati semasa kita berada ditanah suci. Disana dengan pakaian begitu kita berebut2 ke masjid. Berebut2 ambil wuduk. Berebut2 memasoki pintu masjid. Semuanya penuh kusyuk dan tawadduk atas tujuan sama.

    Malangnya disini dengan pakaian begitu mereka berebut2 naik kepentas, capai mikrofon untuk berceramah. Ceramah mereka hebat, nyaring hingga timbul urat leher dan terkeluar anak tekak. Makloimlah mereka pejuang, bakal penyelamat negara yang kononnya hampit tumbang. Negara hampir hancor dengan diperintah sekular.

    Wallahualam, kita tak faham siapa yang ingkar, siapa sekular.

    N

  4. Baba says:

    Pas ada ulamak lagi ke????? Yg ada geng anwarinas saja.

  5. kulaan says:

    penulis artikel ni geng nuar ke?aku tetap sokong kenyataan ulama. Cuma ahli pas aje tak dengar nasihat ulama depa dah…

  6. Rohee colnago says:

    Ini semua ketentuan Ilahi. Dari doa-doa dalam solat hajat semuanya dah termakbul. Amin.
    Hanya terkena batang hidung sendiri… Amin.

  7. dkds says:

    Jadi tukang kipas sahajalah

  8. alimedanbaru says:

    kalau Majlis Syura pAS TU NAK DIUMPAMAKAN SEBAGAI BAPAK
    maka siBAPAK dalam Pas tidak lagi dihormati oleh anak-anak
    anak-anak dah durhaka kepada siBAPAK
    BAPAK bagai orang tua yg tak guna satu sen pun
    dalam cerita P.RAMLE , 3 ABDUL
    MAJORITI ANAK (2 ORANG) nak kebas semua harta siBAPAK
    NAK SIBAPAK cepat mati (berundur) agar kuasa berpindah ketangan mereka
    siapa yg melahirkan anak-anak tersebut?
    apakah contoh baik yg ditunjukkan oleh ulama Pas kepada pelapis mereka sejak dahulu
    memfitnah untuk dapat kuasa
    memecahkan masyarakat untuk berpihak kepada mereka
    menggunakan kaedah apa sahaja termasuk berkawan dengan musuh Islam yakni DAP demi nak menghancurkan bangsa sendiri ..UMNO
    bersekongkol dengan Anuar Ibrahim sedang pada hakikatnya mengetahui bahawa Anuar BERSALAH DAN BERKELAKUAN KEJI
    iTULAH CONTOH KEPIMPINAN ULAMA PAS UNTUK PELAPIS-PELAPISNYA
    sekarang dan selamanya kaedah ulama Pas tidak berubah
    dakwah dan tarbiah Rasulullah menjadikan sahabat gerombolan manusia yg hebat dan dikagumi aklak dan menjadikan mereka pemimpin yg terpuji spt Khalifah al Rashidin
    sebaliknya Pas melahirkan pemimpin yg lebih menyokong ‘orang luar’ (sokong Anuar) melebihi sokongan kepada ulama-ulama tua
    apa sebab ‘anak-anak Pas jadi durhaka?
    Tun Mahadhir Mohammad melahirkan ungkapan KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN
    HASILNYA …SEMUA PEMIMPIN UMNO DIBAWAH MAHADHIR… HEBAT, TAAT, BERKRISMA dan BERKEUPAYAAN MENJAGA PARTI SENDIRI
    sebaliknya Pas spt kata bekas Ketua Pemuda..dalam Pas banyak yg bermuka-muka dan menjadi syaitan yg membunuh dari dalam
    lu fikirlah sendiri….
    yg pasti kaedah ULAMA PAS mentarbiah pelapisnya adalah dari ajaran sesat dan salah sama sekali!

  9. korokstabang says:

    apa nak heran dengan pas lagikan hukum Allah pun pas boleh buat main2 sekejap halal sekejap haram

  10. Anak_Nogori says:

    Dengan keputusan Majlis PAS Pusat memberikan mesej jelas……bahawa Majlis PAS Pusat lebih berkuasa dari Hadi selaku Presiden, Nik Aziz selaku Mulsyidul AM PAS, Dewan Ulamak PAS, Majlis Syura PAS, Lutnah Politik PAS.

    Besar betul pengaruh puak2 proffesional dari puak ulamak dalam PAS sekarang..sampai semuanya terpaksa buat U Turn..

    apakah ini bermaksud..suara2 Ulamak dalam PAS sudah lagi didengari dan semakin lesu dan layu.

  11. siluman says:

    dari dulu lagi aku tak dak respek org2 yg kononnya ulamak, mengaku diri ulamak buat persatuan ulamak. apa kriteria yg depa letak untuk jadi ulamak ?

    satu lagi, yg pemimpin UMNO pun dok terhegeh-hegeh sangat p jumpa nik aziz dll tu nak watpe…..ziarah la berapa kali pun, depa tetap camtu. UMNO jugak yg kena luku bila depa rsa terjerut mcm soal perpaduan. sudah sudah la, tuga UMNO skrg rtarik seberapa ramai yg boleh org2 atas pagar dan generasi muda utk bersatu padu dlm UMNO sambil campak virus dlm mcm kj,zahid,nazri dll. ketua bahagian perlu dihadkan penggal pegang jawatan…..dah tua bangka pun nak kekal, kalau perform…takpa gak….ini time, pemilihan bru nampak muka.

    jgn le sibuk nak berselfie dan mandi ais weiiii…..dap dah mula merekrut bebudak muda melayu. ggrrrrrr…

  12. adi says:

    Hakikat sebenar kita dah tengok dan dengar kemana arah pemimpin yang kita pilih pada pru 13. Untuk itu berfikir la secara waras untuk pru 14 demi masa anak anak kita akan datang. Sekarang kita sebagai rakyat ada suara sebab pemimpin yang kita pilih jika tak menjalankan tugas dengan baik di hindarkan. Pemimpin hilang pasti ada penganti jika maruah hilang malu selama nya. Cari la pemimpin yang tak pandai bermuka muka yang tahu mana halal dan mana haram mana sunat mana makruh dan mana harus, insyallah negara akan selamat. Dengar la ceramah pemimpin yang merancang untuk kebaikan rakyat jangan dengar ceramah pemimpin yang memburukan pemimpin lain sebab pemimpin itu lagi buruk perangai nya dari pemimpin yg difitnahkan jika mereka berkuasa. LANTIK LA PEMIMPIN YANG LAYAK MEMIMPIN DAN MENTADBIR NEGERI DENGAN KERANA ALLAH BUKAN PEMIMPIN YANG TIADA IDEA DAN KUASA MEMIMPIN CUMA DI LANTIK ATAS BELAS EKSAN ORANG LAIN. Ingat la rakyat selangor kuasa ada pada anda dan sultan. Jangan di permainkan olih setan atau dajal kecil. INGAT LA HIDUP KITA BERASASKAN AGAMA ISLAM. RUKUN IMAN DAN ISLAM?

  13. […] Ahli Parlimen Shah Alam tersebut, kerjasama politik (tahalluf siyasi) merupakan keputusan muktamar Pas yang lalu. Oleh itu sesiapa yang tidak mahu membantu […]

Leave a Reply

Threesome