Menu Utama

Tutup Facebook Radikal dan Agak Mustahil – Shabery

Oleh Hasniza

Isu boikot tidak hanya tertumpu kepada rangkaian makanan segera dan beberapa syarikat yang dikatakan punyai kaitan menjadi penyumbang dana kepada Israel, malah laman sosial Facebook juga turut menjadi tumpuan orang ramai yang mahukan laman itu diboikot oleh rakyat Malaysia.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengulas isu berkaitan pendapat orang ramai yang mahukan Facebook ditutup. Pihak kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu adakah keputusan yang wajar dilakukan.

“Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekataan yang radikal” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

Namun beliau turut juga meluahkan pendapat bahawa adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.

“Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun…aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik” tambahnya lagi.






10 Komen to Tutup Facebook Radikal dan Agak Mustahil – Shabery

  1. jackal47 says:

    Kalau negara China boleh buat kenapa kita tak boleh buat?? Jangan memandang rendah yang 2000 tu..sbb 2000 tu boleh meruntuhkan negara ini…

  2. Pak Tho says:

    Teringat pesanan mantan Pm Dr M. Intrnet ini ibarat pisau, adakah ianya diguna utk membunuh atau mengukir. Mengharapkan pengguna bijak utk memilih yg baik atau buruk. Serupa gak mcm kita, nak pilih jln Neraka atau jln Surga. Tepuk dada, tanya IMAN.

  3. dkds says:

    Sebenarnya ….facebook adalah penyumbang besar pada IDF@Israel….jom boikot!…kalau mc donald boleh di boikot kenapa tidak facebook..

  4. sirdi says:

    Yg byk salah guna fb ni golongan kafir harbi & munafik je, jd mrk mmg tak ada iman.

  5. pit says:

    facebook bukanlah satu2 platform sosial media yang ada dalam dunia ini.Banyak lagi ‘facebook’ yang sepertinya.Seperti di China,Weibo cukup popular sebagai alternatif kepada facebook,kerana ia boleh dipantau melalui ‘Great Firewall’.Namun demikian,mereka menggunakan kepakaran teknologi sendiri,berbanding negara kita yang masih berkiblat guna teknologi Barat.Bukan semua teknologi dalam sosial media sesuai dalam negara ini kerana faktor2 budaya,ekonomi dan sebagainya.Jika kerajaan ingin melaksanakan penapisan,harus difikirkan ikut kesesuaian megikut negara bukan ciplak dari mana2 negara.Ini kerana teknologi cepat berubah,sudah tentu platform termasuk sosial media pun akan berubah.Kita lihat teknologi Android,Blackberry mahupun IOS sudah memaplikasikan intigrasi sosial media kedalam platform masing2.

  6. semangat dato' haron says:

    Dari awal lagi aku dh nampak bahaya facebook. Bkn shj facebook shj laman2 pornografi juga harus ditutup terutama yg melibatkan kandungan rakyat tempatan.

  7. jackal47 says:

    Sebenarnya Yahoo dah lama buat tindakan seolah-olah menyekat berkaitan rakyat Malaysia ni.
    Kalau kita imbas kembali, dahulu Yahoo Messengger mempunyai “Room” yang menemukan mereka yang mempunyai minat yang sama. Sebelum daripada ini..pengguna YM boleh membuka room sendiri mengikut tajuk yang di buat sendiri. Bagaimanapun..Yahoo (Tak ingat tahun berapa) telah ban kemudahan untuk pengguna Malaysia kerana dikatakan terlalu banyak salahguna dan melanggar peraturan dan etika yang ditetapkan oleh Yahoo. Kalau kita tengok sekarang..room yang disediakan oleh Yahoo hanya mengikut negeri2 dalam Malaysia. Pengguna2 Malaysia ni memang tidak bersivik dan tahu menggunakann sesuatu dengan bertanggungjawab..sbb tu mereka disekat. Jadi, rasanya, tak salah pengguna Malaysia ni disekat daripada menggunakan FB. Sekali lagi, jangan memandang rendah aduan 2000 tu..sbb dari aduan yang kecil bilangannnya (Menteri yang kata), boleh mempengaruhi berjuta orang rakyat Malaysia…

  8. Jambol says:

    Ini menunjukkan dengan jelas alasan-alasan Shabery untuk TIDAK BERBUAT APA-APA !!! Kalau seekor anjing membunuh seseorang, apakah wajib kita membunuh kesemua anjing ?

    Sebagaimana biasa, buat kajian berbulan-bulan agar masyarakat melupainya. Sementara itu war-warkan masalah bukannya penyelesaian masalah.

    Kenapakah, di Indonesia, mereka-mereka yang tidak menghormati bendera Indonesia dipenjarakan sehingga 6 bulan; di Thailand pula, mereka-mereka yang kurang ajar kepada raja dipenjarakan bertahun-tahun. Di Malaysia ???

  9. jentayu says:

    shabery cakap tu ada betulnya. facebook tu satu medium utk pelbagai kegunaan. ibarat mcm kereta la juga satu medium pengangkutan. bila pemandu guna kereta dgn cuai smp libatkan kemalangan, guna utk merompak atau pegi tempat2 maksiat takkan kita nak ban penggunaan kereta? yang pentingnya penguatkuasaan tu. kita nak makhluk2 yang langgar undang2 dan hina orang, agama, Negara dll diambil tindakan tegas. kalau dalam soal kenderaan Kerajaan boleh tegas dlm penguatkuasaan mcm buat roadblock, saman, AES, lesen bahkan boleh hukum penjara kenapa dlm hal media social tak boleh tegas? persetan la dgn kebebasan media. itu semua mitos belaka. mana ada media yang betul2 bebas. semuanya ada kepentingan masing2 bergantung pada funder mereka. mungkin boleh ikut langkah singapura yang wajibkan pemilik facebook, blog persendirian utk daftar secara berlesen dengan Kerajaan. barulah mudah sikit dipantau dan ambil tindakan. masalahnya bila x regulate itu yang cinabeng2 terutamanya senang hina dan bila kantoi cakap akaun kena hack.

  10. mark air says:

    Kementerian cakap tanpa berfikir……fb is parasit…..melalaikan…merosakan akidah secara tak langsung,,,time keja dah jadi curi tulang apabila layan fb..hasil pendapatan yang ber baur haram..rata-rata pemilik akaun fb layan time waktu bekerja,,tutup jer…kena keras pendirian..banyak cara lain yang boleh berhubung…

Leave a Reply

Threesome