Menu Utama

Tun Daim, Bank Islam dan Urus Niaga Misteri MB Selangor?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula mendedahkan persetujuan misteri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dengan Bank Islam membabitkan pinjaman bernilai hampir RM 65 juta dan keseluruhannya hampir RM 70 juta.

Tindakan Bank Islam menarik semula saman ke atas Khalid menimbulkan kecurigaan. PKR mendakwa Khalid membuat persetujuan sulit membabitkan beberapa urusniaga dengan seorang individu bernama Tan Sri Rashid Manaf yang dikatakan rapat dengan Tun Daim Zainuddin.

Malah lebih mengejutkan ialah PKR mendedahkan, Khalid memberitahu PKR bahawa pinjaman beliau itu dibatalkan kerana Bank Islam memberi pinjaman yang tidak islamik kepada beliau. Ini sekaligus menyebabkan pinjaman beliau terbatal.

Jika benar dakwaan ini, ia merupakan skandal terbesar dan siapa yang harus bertanggungjawab? Pinjam RM 65 juta boleh batal sebab Bank Islam beri pinjaman tidak ikut syarat? Habis duit penyimpan bank RM 65 juta itu siapa yang yang nak bayar balik?

IMG_42316822110828IMG_42324992634003IMG_42332781797385

Pendedahan PKR ini dijangka fasa pertama. Adalah dijangkakan PKR akan kaitkan penyelesaian hutang dengan bank Islam akan membabitkan Tun Daim Zainuddin dan urus niaga Air negeri Selangor.






7 Komen to Tun Daim, Bank Islam dan Urus Niaga Misteri MB Selangor?

  1. azmir says:

    Tanam persepsi dulu, padahal bukti Rafizi tak sekuat mana pun

  2. dkds says:

    Pkr celaka besar….jika benarlah pendedahan ini rupanya PKR menyinpan manusia korup sebagai pemimpin…bila dah terdesak baru nak dedahkan…kenapa tdk didedahkan pada awal lagi?

  3. WTF says:

    Kisah hutang Khalid Ibrahim dgn Bank Islam pun nak kaitkan dgn individu yg pernah menjadi pemimpin UMNO, tah apa2 tah Pakatan Retard ni!!!

    Meh kita dengar apa kata Daim pada 22 Mac 2014 atas tohmahan Anwar Ibrahim terhadap Daim atas sebab2 mengapa perlunya LANGKAH KAJANG!!!

    “Saya sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk mempertahankan ‘Kajang Move’ dan ketandusan bahan untuk berceramah.

    Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: “Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank.”

    Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan ‘cash in circulation’ di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari ‘money circulation’ tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.

    Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.”

    http://www.mykmu.net/?p=41106

    Naik commercial airline bawak cash MYR 2 Billion, apa HILANG AKAL ke Anwar Ibrahim ni!!!

    Tapi MACAI tetap percaya kat Imam Mahadi PKR ni!!!

  4. korokstabang says:

    pinjam lah seberapa banyak sekalipun semuanya bersyarat berdasarkan perjanjian jika ada pinjaman 56 juta jika betul lah sebanyak tu islamik ker tak islamik kalau tak setuju terma dan syarat pergi sign ambik duit buat apa bila dah setuju terima bermakna setuju lah terma dan syaratnya, kartun lah cerita si rafizi ni sudah terdesak sangat lah mamat tu ntah apa apa

  5. Parpu@pelukan keramat says:

    Konon mereka bersih sgt tapi hakikatnya kotor nak mampus

  6. itsme says:

    pasti ada cara bagainana khalid mampu settlekan hal trsebut tp macai anwar ni sengal gak p bubuh je tanpa keluarkan fakta2 berupa dokumen2.. mrk ingat PAS yg selalunya sengal akan terus sengal ttp lain pulak jdnya.. la ni anwar dh kelam kabut.. dap dok fikir cam mana nak bantu geng setan mrk. ambik ko nuar!! tak yah tunggu umno hancurkan engko.. org dlm cukup dahh!!

  7. Ababyl79 says:

    sibuk kompang fasal EcoWorld tapi kuli batak kepada musibat(anwar) itu si rafizi dan saifuddin nasution tidak berani menyebut/mencerita serba sedikit/memberitahu ‘siapa’ dari kalangan pemimpin PKR yang menjadi orang tengah dan mempengaruhi’ syarikat bernama ‘Tropicana’ yang mula-mula membeli tanah itu dari PNSB dan kemudian menjualnya kepada Ecoworld

Leave a Reply

Threesome