Menu Utama

Tindakan BN Selangor Sokong Khalid Satu Langkah Songsang?

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi menyatakan semua ADUN BN Selangor akan sokong Khalid Ibrahim jika ada usul undi tidak percaya di sidang DUN nanti.

Menurut Muhyiddin, sokongan terhadap Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor mengambilkira kebajikan dan nasib rakyat Selangor.

“BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor tanpa syarat serta ikhlas,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun sokongan kepada Khalid ini menimbulkan tanda tanya apa agenda sebenar Barisan Nasional Selangor. Suatu ketika Barisan Nasional menyatakan Khalid Ibrahim seorang yang korup dan lemah. Penyelewengan dan kelemahan tadbir urus dalam isu pasir, sampah, cukai pintu, kejatuhan pelaburan asing, penjualan tanah kerajaan negeri kepada pihak tertentu, dan isu-isu antara agama yang telah menjatuhkan maruah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Namun hari ini mereka menyokong kekal Menteri Besar yang mereka tuduh korup dan lemah? Wajarkah Barisan Nasional terbabit dalam pertikaian isu ini? Mengapa Barisan Nasional mahu mengekalkan Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang luar biasa. Malah tindakan ini boleh menimbulkan syak wasangka rakyat bahawa BN di sebalik krisis Menteri Besar Selangor ini sungguhpun punca sebenar ialah Anwar Ibrahim.

Barisan Nasional Selangor sepatutnya menjauhi diri dari sebarang kenyataan yang boleh dilihat mencampuri krisis Pakatan Rakyat. Menyokong Khalid Ibrahim kekal Menteri Besar tidak akan menyeleesaikan masalah negeri kerana pada bila-bila masa kerajaan negeri akan runtuh semula jika ADUN Pakatan Rakyat yang belot berpatah balik. Akhirnya UMNO dan BN juga akan disalah orang.

Jalan terbaik ialah BN berkecuali dalam apa sahaja usul membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor kerana ini bukan masalah kita. Anwar Ibrahim yang mengadakan masalah, maka beliaulah harus menyelesaikan, jika BN masuk campur mengusutkan keadaan, ia akan menyebabkan rakyat akan menyalahkan kita.

Jika Anwar Ibrahim gagal menyelesaikannya, eloklah satu Pilihan Raya Negeri Selangor diadakan. Selangor perlukan kerajaan yang stabil walau apa pun parti pemerintah.

Cukuplah sengsara 6 tahun di bawah Khalid Ibrahim bersama sampah sarap, lalang dan tikus-tikus sebesar anak kucing!.



(Next News) »



34 Komen to Tindakan BN Selangor Sokong Khalid Satu Langkah Songsang?

  1. korokstabang says:

    sekurang kurangnya UMNO pusat ada masa dan ramuan istimewa bagi mengejutkan UMNO selangor yang sedang nyenyak tidor bagi menghadapi pru 14

  2. dkds says:

    Cara penyelesaian BN ini tdk berapa nak cerdik…biarlah mereka hancur bergaduh sesama mereka…binalah kekuatan dari apa yg berlaku…jgn hanya melukut ditepi gantang…akhirnya ke mana jua…

  3. Hanyaumno says:

    Setuju

  4. adieu1999 says:

    Baik khalid dari Aljuburi & family, lagi UMNO Selangor mmg tgh nyenyak tido, krisis mcm nie pon xleh nak buat ape selain dari sokong Khalid sbb kalau xsokong Khalid, Jijah Puppet leh naik jd mb ==!

  5. WTF says:

    Ini RUSE jer dari Muhyiddin Yassin mahu kasi GEMPAK SIKIT kat Anwar Ibrahim!!!

    Apa2 pun, sokong atau tak sokong Khalid Ibrahim sbg MB Selangor masa undian tak percaya takkan memberi apa2 impact pada UMNO Selangor!!!

    For me, it’s best to play WAIT & SEE, just let them CRUMBLE on it’s own!!!

  6. matsom says:

    takkan nk sokong anwar n DAP?. Sokong khalid utk lemahkan DAP apa salahnya, isu lain bincang kemudian.

  7. buya says:

    lagi article dalam mykmu yang tak berapa cerdik berpolitik. Tau tak berapa % rakyat Selangor sokong Khalid Ibrahim?

    Tau tak apa akan jadi kalo UMNO tak sokong TSKI? Tau tak BN ke PR yang akan menang kalau DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri?

    Daripada UMNO tak dapat apa-apa dan Anwar Ibrahim dapat apa yang dia nak, elok lah sokong TSKI tu.

    Tapi aku ada suspicious sikit la dengan page ni, macam nak jaga kepentingan peribadi seseorang dalam UMNO je.

  8. Nadim says:

    Setuju dengan artikel ni… Sebaiknya BN tunggu setidaknya after meeting PAS 17 Ogos nanti

  9. Sesiapa Saja says:

    Better UMNO sokong TS Khalid. Biar lagi pening si Anwar tu. Dan biar lagi lama depa gaduh dan lagi banyak lah rahsia PR akan terburai nanti…

    UMNO tak rugi apa2.. yang penting… rakyat Selangor perlu tau keburukan PR.

  10. zizan says:

    UMNO pun nak tumpang sama perhatian media dalam isu ini walaupun kita semua tahu kalau pilihanraya diadakan, UMNO akan kalah lebih teruk daripada sebelum ni. Bukan sebab rakyat sayangkan PR,tapi perasaan meluat kat UMNO lebih kuat. Isu penghinaan agama dan bangsa yang Najib buat tak tau akan memakan diri UMNO dalam pilihanraya ni. Mungkin bila DUN dibubarkan,masa itu Najib akan arahkan Polis dan AG cepatkan siasatan dan dakwaan kononya nak tunjuk UMNO membela melayu. Lepas pilihanraya,melayu disampahkan oleh Najib semula.

  11. bujuk says:

    TPM sedar…. kalau ada pru14 pun BN tak boleh ambil semula s’gor. Dari melepas lagi dan jatoh moral tak dapat tawan s’gor dalam krisis PKR/PR baik sokong je KI walaupun ia menunjukkan kelemahan UMNO.

  12. samad says:

    Adakah akan ada adun selangor yang akan melompat ke BN?

    Dulu Anwar kena game dekat Perak.

    Kalau TS muhyidin buka mulut makna ada la geng yang tengah buat kerja belakang.

  13. Tubir says:

    Kalau diadakan pru Kay Selangor BN akan kalah juga sebab tak nak huraikan
    Kerana semua sudah sedia maklum
    BN kena Susan langkah yang betul Dan repay agar semua orang. Melayu memberi sokongan pada BN dalam Pru14..BN tak rugi apapun sokongTKi.Nak harap undi MCA Dan Mic baik sediakan paying dulu.

  14. raplahjingaa says:

    UMNO nak tumpang perhatian ?? aku rasa tak payah lah…biar lah perhatian tertumpu pada badut-badut pembangkang, cerita lawak macam ni, pembangkang punya expertise…UMNO tak dak masa untuk itu.

  15. mancini says:

    Hidup lagi bujuk ye ingat dah mati bersama2 bossnya al juburi

  16. kulaan says:

    Aku sokong kenyataan Tan Sri Mahyudin ini. Sekali sekala UMNO perlu realistik. Pilihanraya yang kerap menyusahkan rakyat. Udah-udahlah masalah yang ada..jangan dibebankan lagi. Takkan orang Msia nak asyik berpolitik aje. Bak kata Jalil Hamid..kat Malaysia ni terlalu banyak sangat raya..pilihanraya, hari raya, lebuh raya, hantu raya..dan berapa banyak raya da…..

  17. WTF says:

    Hahahaha, Zizan oh Zizan

    Hang MERABAN sekali dgn Anwar Ibrahim ka sbb Wan Azizah masih lagi belum jadi MB Selangor!!!

    Hang ni memang lawak la Zizan!!!

    TROLL LAGI ZIZAN, JANGAN TAK TROLL!!!

    Hahahaha

  18. Ababyl79 says:

    betul lah tu TPM mahu BN sokong TSKI kekal menjadi MB sebab kalau ADUN BN di Selangor turut sama menyokong undi tidak percaya(sekiranya usul mengenainya dibuat dalam DUN) terhadap TSKI, ianya bermakna ADUN BN di Selangor menerima wan azizah menjadi MB Selangor yang baru atau dalam erti kata lain BN juga menyokong dan menghalalkan ‘amalan nepotisme melampau\'(kegilaan dan ketamakkan kuasa) dari musibat(anwar) itu mahu isterinya menjadi MB setelah musibat(anwar) itu sedar dirinya tidak layak(bertanding dalam PRK Kajang dan jika menang melayakkan dirinya menjadi MB)

    kalau BN sokong wan azizah menjadi MB Selangor yang baru, nantinya selepas wan azizah menjadi MB dia boleh ‘membuat hal\'(atas arahan suaminya) tentang isu air(pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan penstrukturan/pembelian syarikat-syarikat konsesi air) yang telah dimeterai TSKI dengan kerajaan persekutuan…inilah alasan yang diberikan TPM kenapa BN(ADUN BN di Selangor) harus sokong TSKI kekal menjadi MB

  19. WTF says:

    Bujuk,

    Janji UMNO dapat perintah Malaysia!!!

    PAS apa ada??? Oh lupa, PAS ada KERAMAT HIDUP kat Kelantan!!!

    Hahahaha!!!

  20. raplahjingaa says:

    hahahahah…bujuk, ini bukan hal tawan ke tak tawan…ini hal lawak yang tak pernah berlaku dalam sejarah demokrasi di dunia !!

    Aku nak tanya hang setakat ni…apasal PAS tak sokong kak jijah jadi MB selangor ??bukan ka dia bini anwar ketua segala pembangkang kat negara ni ? tak kan la hangpa tak respect kat anwar…anugerah tuhan. tuhan mana aku pun tak tau…hehehe

  21. bangKano says:

    TindakanTPM memang tepat pada masa nya…endak tak endak kita mesti sokong Khalid Ibrahim kekal kan MB Selangor daripada membiar kan Jijah jadi boneka ikut telunjuk suami nya sebagai MB Selangor. Selangor akan musnah akibat kerakusan Anuaq nak membolot khazanah bumi & ekonomi nya. Dah la banyak lubang pungkoq jantan jambu kena taram..ni plak hasil mahsul negeri akan di rembat jadi harta peribadi mak bapak dia. Lihat apa jadi kat wang yang tersimpan di dalam akaun of Israel ataih nama Nurul Izah Anuar bernilai beratus juta dolar AS tu. Dari mana datang nya wang sebanyak tu hah semasa si malaon ni jadi TPM merangkap menteri kewangan….? Mesti dia dah ghembat dari perbendaharaan negagha masa dia ada kuasa mutlak terhadap kewangan negagha kan..kan….? Kalo Jijah jadi MB macam tu la jugak dampak akan berlaku kat perbendaharaan negeri Selangor yang habaq nya dah terkumpul 3 bilion ringgi…banyak tuuuuu……tak kan Jijah dok diam jerr… ataih arahan Anuaq mesti sakau punya….!!!!

  22. dagang says:

    Kerajaan Selangor bolih diibaratkan sebagai semangkup air yang sudah senget dan akan jatuh tertumpah mangkup berkecai andai tidak diselamatkan dengan cara yang betul. TPM merasa bertanggungjawab dalam hal ini untuk menyelamatkan pembaziran besar jika PRN diadakan di Selangor. Tuduhan merapu terhadap kenyataan TPN ini memperlihatkan rendah budi peribadi penuduh tampa mau langsung melihat kejurus yang positif .

    Juga dari sini jelas menunjukkan bertapa rendahnya budi rakyat Negara yang menzahirkan kebencian kepada UMNO sehingga semua bentuk kebaikan tajaan UMNO adalah busuk semata mata. Angkuh dalam politik bukan bolih dibuat suatu dasar perjuangan ahli parti. Pas sendiri pernah memuji hasil kerja BN dan BN pun pernah menyangung kebolihan pas. Ini nafas politik yang berwibawa , bukannya sirap ‘KETUM’ yang mencandu, merosakkan pemikiran rakyat pemujanya.

    Tidak ada salahnya pemimpin yang amanah itu dinobatkan walau dari parti lain dan terdahulu pernah exconya membuat onar melampau mencacatkan pentadbirannya. Bukankah kini exco baru yang ditapis bersih bolih dilantik. Cermin kotor itu jika dibersihkan akan menghasilkan bayang yang elok dan sempurna.

    TPM hanya menunjukkan keikhlasannya bukan mau beradu domba kerana Selangor juga adalah sebuah negeri dalam Malaysia. Dimana silapnya?

  23. Badrole Amin says:

    BN sokong TSKI kekal menjadi MB boleh juga dianggap BN tidak mahu membuat TSKI terpaksa meminta perkenan Sultan untuk bubarkan DUN supaya PRN diadakan bila ADUN BN pun mengundi usul tidak percaya terhadap dirinya…terpaksa diadakan PRN boleh juga menyusahkan rakyat selain wan azizah menjadi MB boleh menyusahkan rakyat tentang isu air yang telah dimeterai…rakyat tidak suka duit rakyat terpaksa diguna(dibazir) lagi untuk mengadakan pilihan raya(kali ini PRN dengan belanja besar berlipat kali ganda) walaupun rakyat tidak akan menyalahkan SPR sekiranya PRN Selangor terpaksa diadakan

    mustahil tiada seorang pun Exco PR yang tidak marah dan sumpah seranah pada musibat(anwar) itu dan ‘kulibataknya\'(saifuddin nasution, rafizi ramli dll) mengenai krisis penukaran MB ini kerana apa berlaku pasti telah membuat adanya Exco PR susah hati berada dalam keadaan dilema(serba salah) sama ada mereka harus letak jawatan(exco) atau tidak…dilema lain ialah apa jaminan dari parti masing-masing boleh berikan kepada mereka yang mereka akan dilantik semula sebagai Exco dengan gaji yang sama lumayan jika nantinya wan azizah berjaya dapat menggantikan TSKI sebagai MB Selangor yang baru?

    jika mereka letak jawatan(Exco) dan nantinya TSKI terbukti tidak terlibat dengan salah-laku/salah-guna kuasa, tidakkah marah dan sumpah seranah mereka pada musibat(anwar) itu dan ‘kulibataknya’ akan menjadi-menjadi? apakah musibat(anwar) itu dan ‘kulibataknya’ tidak takut kena baling dengan kasut, kerusi dan sebagainya(apa sahaja sempat dicapai)? kalau tengok badan Exco/ADUN PAS bernama iskandar samad, jangan kata kerusi dan meja sahaja malah kereta KETUM PKR pun dia boleh terbalikkan…kalau tidak mahu jadi begitu, jangan buat iskandar samad marah!

    mengenai krisis penukaran MB Selangor ini, Exco PR yang tahu dirinya bekerja/berkhidmat untuk rakyat(Selangor) di kawasan masing-masing tidak harus letak jawatan(Exco)…pedulikan jika parti masing-masing terpaksa pecat(tidak lagi menjadi ahli parti) mereka, apa yang penting gaji lumayan yang mereka dapat setiap bulan tidak terjejas(tidak ‘melepas’)…hanya Exco PR yang makan gaji buta(jarang turun padang berjumpa dan menangani masalah rakyat) sahaja patut letak jawatan

    masalah dengan Exco PR ini yang makan gaji buta tidak akan letak jawatan sebaliknya yang tidak makan gaji buta terpaksa merelakan diri letak jawatan kerana tahu dan takut dilabel tidak bermoral jika tidak letak jawatan mahu terus menyokong dan bersama MB yang kononnya(kerana belum lagi terbukti) terlibat dengan salah-laku/salah guna kuasa padahal presiden atau setiausaha agung parti mereka yang sebenarnya tidak bermoral kerana menyokong dan menghalalkan seorang yang tidak bermoral(telah dibuktikan oleh mahkamah dengan kesalahan meliwat, menyalah-guna kuasa dan merasuah) bernama anwar melaksanakan amalan nepotisme melampau(kerana kegilaan dan ketamakkan kuasa) yang mahukan isterinya menjadi MB

    musibat anak haram(anwar) itu dahulu pernah banyak kali ‘meludah’ UMNO dan BN tentang kejijikkan nepotisme ini, rupa-rupanya musibat anak haram(anwar) itu begitu pelahap sanggup menjilat kembali apa yang telah dia ludah…lim kit siang dan lim guan eng juga pelahap sanggup menjilat kembali apa yang telah mereka ludah, apakah hadi awang dan nik aziz hendak menjadi sama pelahap? tepuk dada tanya baik-baik pada tekak anda, sesungguhnya tekak B.A.B.I. dan tekak pemakan babi tidaklah terasa jijik untuk menjilat kembali ludah!

  24. gambus says:

    ada lagi macai munafik PAS sibujuk ni … hahahaha apa yang datang daripada macai macam kau bujuk hanya sekadar tahi jee .. demi jijah dan anwar kakakakakakakaka

  25. onndz78787 says:

    If tski decide for re election..do u think bn selangor can win? Ask yourself bro

  26. kancil says:

    BN memang dah ada dalam DUN dan dalam krisis ini DUN pasti terlibat. BN tiada pilihan. Suatu pendidrian perlu dinayatakan. Adakah pilihan BN ini betul ? Hanya Tuhan saja yang tahu dan sejarah akan menganalisisnya kemudian. Sekurang-kurangnya alasan yang diberi nampak munasabah dan selamat. Selebihnya kita serah kepada Allah. Yang perlu kita buat ialah perbanyakkan berdoa kepadaNya.

  27. kuman says:

    …seperti kata DR M satu ketika dahulu, buat masa ini Najib saja yang layak dan mampu pimpin UMNO dan menjadi PM kerana tiada orang lain lagi, maka serupa lah dengan Khalid Ibrahim, buat masa ini dia seorang saja yang layak tiada orang lain baik dari DAP, PAS, PKR mau pun PAS oh ye sapa Noh Omar? Siapa tuuu

  28. Jambol says:

    Tindakan BN Selangor untuk menyokong Khalid tanpa syarat adalah suatu langkah yang sangat bijak, demi kepentingan rakyat Selangor. Kita berharap langkah ini dapat menyedarkan penyokong-penyokong PKR, terutamanya di Selangor, betapa kejinya kelakuan PKR yang sanggup cuba menghancurkan seorang yang berkedudukan tinggi dalam PKR demi mempromosi bini sendiri serta kepentingan peribadi. Inilah yang sebenar-benarnya dinamakan nepotisma “of the highest order”. Rakyat Selangor diperbodoh-bodohkan untuk merampas jawatan bagi kepentingan sendiri.

    Tidakkah rakyat Selangor terasa yang mereka dipergunakan, diperkotak-katikkan, oleh penipu agung dan geng-gengnya dalam Parti Kelentong Rakyat ???

  29. semangat dato' haron says:

    Dlm keadaan BN Selangor lemah dan mustahil menawan kembali Selangor dgn kekuatan sendiri, memihak TSKI adalah langkah paling taktikal dlm keadaan sekarang. UMNO Selangor sahaja tidak cukup untuk menawan kembali Selangor walaupun mungkin UMNO mampu menawan semula beberapa kerusi semula jika terdapat persaingan tiga penjuru UMNO, PAS dan PKR. Rujuk case study DUN Kota Damansara

  30. jentayu says:

    betul. mesti ada tall order tentukan pendirian bila usul tak percaya dikemukakan. bahkan penyokong pembangkang sendri kritik pendirian parti PAS dan DAP yg nak kaji balik pakatan dan setakat main acah2 dlm media. yg penting keputusan tu ada dan ada conscience dlm pembuatan keputusan oleh peringkat tertinggi BN.

  31. Najibulghunnah says:

    Tak sabar tgu Wan Azizah Jadai MB Selangor….. hmmmmmm

  32. mohd ali abd latiff says:

    yang jadi masalahnya kepimpinan umno selangor dilihat tiada yg berwibawa utk diangkat sebagai pemimpin unggul yg boleh menerajui neg selangor…jika tidak dah tentu kita dah hebat

  33. mohd ali abd latiff says:

    juga kepimpinan BN selangor ade kurang

  34. WTF says:

    Komen saudara mohd ali abd latiff ada kebenarannya dan perlu diambil perhatian oleh kepimpinan BN Pusat dan BN Selangor (jangan lupa MCA jugak!!!)

    Kepada Najibulghunnah, hang MIMPI BASAH lagi ka???

    Takper Najibulghunnah, hang duduk dalam bilik air berjam-jam ya!!!

    HAHAHAHAHAHA!!!

Leave a Reply