Menu Utama

Tiga Tuntutan Azmin Ali Kepada Najib, Tapi Satu Tuntutan Rakyat Malaysia – Air Mani 4 cm – Tak Mampu Dijelaskan Azmin Ali

Untuk menimbulkan persepsi bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah, maka Najib Abdul Razak perlu dipersalahkan dan perlu dilibatkan dalam segala hal walaupun kadang kala ianya langsung tidak masuk akal. Persepsi itu telah ditanam semenjak dari tahun 2008 iaitu ketika Anwar Ibrahim dibenarkan kembali ke pentas politik Malaysia.

Walaupun ianya tidak benar, tetapi para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mengulang-ulang kaitan ini sehinggakan kebanyakan rakyat Malaysia sudah menganggapnya sebagai satu perkara biasa dan lebih teruk lagi ialah apabila menganggapnya sebagai satu kebenaran yang tidak boleh disangkal.

28 dan 29 Oktober nanti, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan untuk mendengar rayuan membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim. Semasa peringkat Mahkamah Tinggi, Anwar Ibrahim berjaya menangguhkan perbicaraannya lebih 70 kali dengan pelbagai alasan, dan akhirnya hakim membuat keputusan, Anwar Ibrahim tidak bersalah dengan alasan teknikal. Bagaimanapun pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar Ibrahim bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun setelah mengambil kira fakta, hujah, bukti dan saksi selain kegagalan pihak peguambela Anwar Ibrahim menyanggah serta menampilkan bukti selain daripada teori Konspirasi yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim.

Perkara paling asas dalam perbicaraan tersebut tetapi gagal dijawab sama sekali oleh Anwar Ibrahim ialah, bagaimana air maninya boleh berada sedalam 4 cm di dalam dubur Saiful Bukhari Azlan kalau dia tidak meliwatnya.

Hanya selangkah sahaja lagi untuk Anwar Ibrahim bergelar banduan buat kali kedua dengan kesalahan yang sama iaitu, meliwat. Pada kali pertama dahulu iaitu ada tahun 1998, Anwar Ibrahim telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, dan dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun selain kesalahan rasuah salahguna kuasa yang menghukum-penjarakannya selama 8 tahun. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim hanya menjalani sebahagian daripada hukuman penjara 8 tahun kerana rasuah salahguna kuasa apabila satu persetujuan tahap tinggi dicapai dan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada tahun 2005.

Dengan kata lain, Anwar Ibrahim tidak pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat walaupun telah didapati bersalah pada tahun 2008 dahulu.

Beza pengendalian kes 1998 dan 2008-2014 ialah pada tahun 1998, setelah ditangkap, Anwar Ibrahim dilokapkan dan pasport antarabangsanya dirampas. Sekaligus memendekkan langkah, perbicaraan Anwar Ibrahim berjalan dengan lancar, dan Anwar Ibrahim tidak punya banyak akses dan masa untuk melakukan pelbagai onar.

Ditambah pula dengan kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan yang ternyata berkesan mengekang subversif dan anarki, keadaan yang serupa tidak berlaku dalam kes liwat yang hampir sama pada tahun 2008-2014. Dari awal lagi, selepas Anwar Ibrahim menerima pasport antarabangsanya daripada menantu Perdana Menteri pada waktu itu, semua pihak menjangkakan musang pelahap seperti Anwar Ibrahim akan menggunakan segala kesempatan dengan sebaik-baiknya.

Akhirnya kes liwatnya seperti tidak ada kesudahan. 28 dan 29 Oktober juga masih jauh dan pelbagai perkara boleh dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan konco-konco dan sekutu-sekutunya.

Barangkali kerana itulah, Azmin Ali yang sedang menjalankan peranan agar namanya menggantikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, mula bersuara mempertahankan Anwar dan memperlekehkan Najib Abdul Razak.

Azmin Ali menuntut agar perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dibuat siaran langsung oleh stesen televisyen agar dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Biarpun Azmin juga sedar, dalam sesi perbicaraan lalu, mulut Anwar Ibrahim terkunci dan lidahnya kelu apabila dibentangkan bukti, Azmin masih cuba mewujudkan persepsi bahawa yang takut adalah Najib Abdul Razak, bukan Anwar Ibrahim.

Jangan dilupakan, Anwar Ibrahim telah menfailkan di mahkamah bahawa dia akan menggunakan alibi yang menunjukkan dia tidak berada di tempat kejadian dan telah membariskan 14 orang saksi. Bagaimanapun entah apa alasan, dia sendiri telah menggugurkan kesemua alibi tersebut pada hari pertama di mahkamah.

Dua lagi tuntutan Azmin Ali iaitu menggugurkan Shafee Abdullah daripada menjadi Pendakwaraya dan menggugurkan semua tuduhan ke atas peguam pembantu Peguambela Anwar Ibrahim, N.Surendran hanyalah satu sandiwara yang membayangkan ketakutan luar biasa Anwar Ibrahim yang disuarakan oleh Azmin Ali.

Sungguh menarik apabila Azmin Ali menggunakan alasan ‘PEGUAM UMNO’ hanya semata-mata untuk mencetuskan persepsi yang Najib terlalu takutkan Anwar Ibrahim, padahal hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

Bukankah lebih baik sekiranya, Azmin Ali mencari alasan terbaik bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur Saiful Bukhari Azlan sedalam 4 cm daripada dia terus merepek dan membuat tuntutan yang bukan-bukan.






10 Komen to Tiga Tuntutan Azmin Ali Kepada Najib, Tapi Satu Tuntutan Rakyat Malaysia – Air Mani 4 cm – Tak Mampu Dijelaskan Azmin Ali

  1. Baba says:

    Mereka dah tahu yang anwar memang bersalah dan akan masuk ke dalam tak lama lagi. Jdi mulalah nak buat kacau dan timbulkan suasana haru biru dlm negara.

  2. Badrole Amin says:

    kalau dahulu azmin berjaya merasuah Umi Hafilda, tak mungkin kita boleh dapat tahu bahawa musibat anak haram(anwar) itu pernah meliwat lubang taik azmin

    selain tentang bagaimana air mani musibat anak haram(anwar) itu boleh berada 4cm dalam dubur Saiful, azmin harus juga terangkan ‘kenapa dan bagaimana’ lubang taiknya pernah tumpahkan darah dahulu?

    hehehehe

  3. yon76er says:

    Mamat IceKrim ini tegah nak tonjol2 diri semula lepas Namanya naik menjadi calon MB…itulah yg diIDAM2kan selama ini…Peluang terbaik dan Konspirasi dalaman PKR yg telah lama dirancangkan olih Mamat ini…apa pon dia cuba buat sekarang dia tahu …..Boss dia tetap akan pi HOLIDAY diSg,Buloh Inn..so buatlah apa2 yg patut supaya Boss dia ingat Madu dia lah yg terbaik kalau Sepat Kering@bini dia melepas jadi MB…..so yg untong sapa MADU Nuar gak..5 tahun macam2 bolih jadikan….kalau pendek umor masa Holiday..sapa jadi NO:1??? fikir2kan…

  4. Madu 3 says:

    Ini tuntutan untuk dia jadi MB Selangor lah…..
    Saja aje nak tunjuk jaguh…jaguh kampung. Anuwar dah tak releven bro… DAP dah ada sparing partner baru….. Lepas ni Azwan beso punggung, lebor mulut…

  5. Pak Tho says:

    tak baik tabur fitnah badrole amin.Jubor azmin berdarah sebab dia datang bulan daa.

  6. mzma says:

    haa haa .. lawak abad ini… Mintak rakyat jadi hakim, bkn mabuk ketum dah nie tapi overdos.. Azmin, nie kes jenayah liwat Aljuburi & bkn nya kes rebut kerusi MB atau PM nak rakyat tentukan. Kenapa tak berani nak minta PRN baru dinegeri Selangor? Biar rakyat & pengundi Selangor yg tentukan.. Yg nie baru betul.. tak gitu..

    Lawak hagemaru tol lerr, gugurkan pendakwaraya berjiwa UMNO? Habis peguambela Aljuburi semuanya berjiwa PKR & DAP tu apa hal lak boleh pakai…

    Lawak Shin Chan plak dah, kenapa nak rakyat jadi hakim plak nie? mesti nak guna “PERSEPSI NEGATIF CIPTAAN” dalam pembelaan la nie sebab kat Mahkamah hanya fakta & bukti sahaja diterima pakai…

    Lawak Doraemon pon ada.. Siapa Aljuburi tu? Nak buat live plak, kenapa tak cakap aje kat Aljuburi tu.. kes kote bengkok Aljuburi Vs lobang jubur Syaiful, kenapa nak bawak rakyat sekali nie… Masa Aljuburi tu taruk ada ke dia nak buat live? .

  7. samad says:

    naya Anwar, karpal tinggal kan dia sebelum kes selesai.

    kekeke

  8. Badrole Amin says:

    Pak Tho says:

    “tak baik tabur fitnah badrole amin.Jubor azmin berdarah sebab dia datang bulan daa.”

    hehehehe….

    misal kata masa tu azmin ada mengadu pada musibat anak haram(anwar) itu lubang taiknya bocor, mesti musibat anak haram(anwar) itu nasihatkan azmin suruh bubuh kapas tampal dengan plaster

    hehehehe

  9. reds says:

    mintak bukan2 aje…..bodoh betul azmin ali nih…..

  10. WTF says:

    Awatlah hang setia sungguh dgn Anwar Ibrahim tu, Anwar Ibrahim tu KAKI PENIPU!!!

    Dan ramai rakan2 Anwar Ibrahim dah tinggalkan Anwar Ibrahim, tapi Azmin Ali masih lagi tetap SETIA!!!

Leave a Reply

Threesome