Menu Utama

Tiga Nama MB, Pas Selangor Selar Mustafa Ali

PAS Selangor hari ini menyatakan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukanlah satu keputusan Parti.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.

Semalam, Mustafa berkata PAS akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan PAS pusat sendiri.

“Namun demikian, pihak saya (PAS Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)…kita serahkan saja pada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Iskandar juga enggan mengulas sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang PAS Pusat.

Menurutnya, ia berikutan PAS Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut.

— BERNAMA/MYKMU



« (Previous News)



9 Komen to Tiga Nama MB, Pas Selangor Selar Mustafa Ali

  1. raplahjingaa says:

    Budak-budak SUPER JAHAT dalam PAS seperti Pak stopa, husam, mat sabu, mahpus, Khalid samad dan beberapa malaaun lagi telah anwar kandangkan dalam doktrin benak PKR. sekarang PAS dah terbahagi 2, budak-budak jahat dan budak-budak super jahat.

  2. korokstabang says:

    pas sudah jadi milik anwar ibrahim penentang anwar dalam pas lebih baik letak jawatan dan keluar dari pas semalam khalid samad sudah sound tak paham2 lagi kaa

  3. hentam ajelah says:

    Cinabeng makin lama makin bijak…..melayu makin lama makin bebal…nak pilih ketua pun bengong semacam….

  4. alimedanbaru says:

    Kepada politikus Pas kalau masuk politik dan jadi calon pilihanraya..menang…lepas tu tidak mahu jadi pemimpin
    lebih baik jangan masuk politik
    berniagalah … buka kedai runcit ke atau buka kedai makan
    kalau setakad berani menjadi menteri besar di kalantan , terengganu, kedah atau pahang
    dinegeri-negeri lain akan datang tak perlulah masuk pilihanraya
    atas pentas ceramah bukan main berdegar-degar nak tubuh negara Islam tapi bila dapat kuasa..penakut macam pondan tempang..
    apalah PAS..TERUK PUNYA PARTI..MASUK POLITIK SETAKAD NAK DAPAT GAJI!

  5. kulaan says:

    Jangan sebut nak laksanakan hudud di Malaysia, kalau isu macam nipun penakut yang amat sangat..Jangan salahkan UMNO memanjang…

  6. Anak_Nogori says:

    Jgn kata nak dapat kata putus pakatan tipu rakyat…dlm pas pun susah nak buat satu keputusan.

    Hadi..Nik Aziz..Dewan Ulamak..Majlis Syura..Lutnah Politik Pas berpegang menyokong Khalid berdasarkan dalil khalid tidak melanggar sebarang syarak.

    Alih2 bila majlis pusat pas bersidang dan membuat keputusan akan menolak khalid atas dalil baru krn dia bukan lagi ahli pkr dan atas kepentingan tahaluf siyasinya..Dandan yg disebut diatas buat uturn 360 darjah..dalil kemana syarak entah kemana…mudah betul pas mempermainkan agama atas nama politik

  7. raja kongkiak says:

    3 nama, 1 sahaja yg depa sokong, 2 lagi wayang tongkoi sahaja..

  8. Pejuang IMR says:

    PAS melalui Unit Amalnya hanya akan berebut jawatan2 seperti berikut
    1. Tadah kopiah kutip derma kilat (kononnya jihad) semasa ceramah2
    2. Memeriahkan demo2 yang dianjurkan Anwar Ibrahim
    3. Jaga parkir dan laluan semasa demonstrasi/ceramah PR
    4. Mengedar nasi bungkus kepada pendemo2 jalanan
    5. Buat kecoh dengan polis yang menjaga keselamatan
    6. Tukang pasang bendera semasa pilihanraya Umum/Kecil
    7. Berguling / tidor atas jalan raya semasa jerebu
    8. Memecah benteng/halangan semasa berdemo
    Jawatan menteri besar ? Oohh itu kita akan calon 3 nama besar dari PKR. Dari PAS Elek Puchik. Ketua Unit Amal PAS terus menggigit jari.

Leave a Reply

Threesome