Menu Utama

Tidak Patut Perkecil Istiadat Penghormatan Jenazah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan segelintir individu memperkecilkan peranan kerajaan dalam Istiadat Penghormatan Jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 dan Hari Perkabungan Negara pada Jumaat lepas, adalah tidak patut.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah terbaik bagi menguruskan tragedi penerbangan MH17 yang menimpa negara dan sekurang-kurangnya apa yang dilakukan dapat membantu meringankan beban yang dipikul anggota keluarga dan waris mangsa.

“Sepatutnya (sebagai seorang warganegara) kita turut merasai kesedihan anggota keluarga dan waris…tetapi malangnya (ada) segelintir pihak yang sentiasa mempunyai sifat hasad dengki (dengan membuat tohmahan sebegitu),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) Berhad di sini, Isnin malam.

raptai-mh17-2Setakat ini 24 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia sehingga semalam dan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

SANTUN iaitu sebuah program kecemerlangan komuniti di bawah kelolaan YaPEIM dengan anggotanya kini mencecah 3,600 orang bakal diperkasakan lagi dengan penubuhan koperasi sebagai asas keusahawanan, katanya.

“Saya berharap agar dapat melihat Koperasi Santun YaPEIM Berhad ini berkembang maju dan menjadi rujukan kepada koperasi lain,” katanya.

Bernama






7 Komen to Tidak Patut Perkecil Istiadat Penghormatan Jenazah

  1. bujuk says:

    Isunya bukan perkecilkan… tapi kenapa kjaan perbesarkan isu ni.

  2. raplahjingaa says:

    Apa yang kerajaan perbesarkan bujuk ?? apa yang peliknya ?? cina mampoih bunuh diri terjun bangunan SPRM hangpa siap usung lilin pi mai-pi mai, lebai PAS pun sanggup usung lilin depan keranda tu….kira tak besar la pulak ??

    hang bagi aku satu ciri munafik yang tak dak kat hang boleh tak ?

  3. sireh ke gagang says:

    habis nak buat macam mana bujuk ? kalau kaua ada idea bernas , lontarkan . simpan tangan dalam poket buat apa . kau hanya mendedahkan diri kau di tembak org shj.

  4. alimedanbaru says:

    cantikk raplahjingaa dan s.k.g
    puak si bujuk dan sewaktu dengannya kalau dia kata orang kentot
    dia tak sedar dia awal-awal yg kentot..busuk pulak tu
    orang buat semua tak kena
    berkabong tu berdosa ke..sebab Nabi TAK BUAT
    Nabi dan sahabat wafat tak buat tahlil pun
    yg semua orang Melayu buat tahlil doa selamat tu…berdosa ke
    kan ada bid’ah hasanah!

  5. WTF says:

    Hehehehe, saudara alimedanbaru jangan lupa yang Nik Aziz hari tu sambut birthday dgn Karpal Singh!!!

    Yang tu kira apa pulak Bujuk???

    Hehehehe

  6. Tubir says:

    Penghormatan tertinggi hanya diberi kepada pejuang atau askar yang mati dimedan pertempuran ……dimana jenazahnya diusung dan kerandanya diselimuti bendera Malaysia …..YDPA ( Aggong akan hadir beri hormat) Upacara dilakukan dengan penuh istiadat tentera .kerana merika berjasa mempertahankan negara …..macam kes lahad datu tu .Bukan mati jatuh kapalterbang ataupun kapalterbang awam kena tembak .Nak tanya sikit apa jasa merika kepada negara?…..Jangan setakat nak ikut ikut negara belanda …….Askar sakit hati tau …….Menteri pertahanan kena jawab ni ……..kalau tak tau tanya jangan main balun aja ……..
    Ada kemungkinan tak lama lagi orang mati bas jatuh sungai pun buat macam tu juga ……..Hampeh betul kau orang ni …

  7. samad says:

    simbolik nya ialah kita sanggup berperang untuk keadilan bagi mangsa. Itu pasal tentera yang usung keranda mangsa mh17.

Leave a Reply

Threesome