Menu Utama

Tanda Pembelotan Pas Dari Khalid Ibrahim Kian Jelas (VI): Kekal Exco Elak Sultan Lantik Adun UMNO

Sumber Pakatan Rakyat mendakwa Pas kekal EXCO Selangor dan sokong Khalid Ibrahim untuk menghalang Tuanku Sultan Selangor melantik ADUN UMNO sebagai EXCO.

Menggunakan portal Malaysiakini, Pas jelas sedang menyiapkan jalan untuk belot dari Khalid Ibrahim pada 17 Ogos 2014 ini.

Pas akan membuat keputusan sama ada kekal dengan Pakatan Rakyat atau bersama Khalid Ibrahim, Empat orang anggota exco PAS di Selangor memilih untuk kekal dalam kabinet Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengelakkan pentadbiran negeri itu jatuh ke tangan Umno.

Malaysiakini.com memetik sumber Pakatan Rakyat memberitahu bahawa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya empat exco PAS itu meletak jawatan.

“Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan,” kata sumber tersebut yang tidak ingin dinamakan.

Umno mempunyai 12 orang wakil rakyat dalam DUN Selangor.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan semalam.

PAS dan anggota exconya dalam kabinet Khalid menerima kritikan demi kritikan kerana menyokong kabinet tersebut, sehingga pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu pada 17 Ogos.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendedahkan bahawa dua orang ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong beliau untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Sokongan dua ADUN PAS itu didakwa memberi kelebihan kepada Wan Azizah untuk mendapat majoriti dengan sokongan 30 wakil rakyat, dari kesemua 56 orang ADUN.

PAS melancarkan siasatan ke atas tindakan dua ADUN berkenaan, yang dianggap bertentangan dengan pendirian parti.

Bagaimanapun, sumber Pakatan menyebut, beliau dimaklumkanbahawa beberapa pemimpin PAS akan menyokong Saari dan Hasnul bagi memastikan dua ADUN tersebut tidak dikenakan tindakan.

“Mereka hanya mengikut keputusan Muktamar PAS dan majoriti pemimpin PAS menyokong tindakan mereka,” katanya.






10 Komen to Tanda Pembelotan Pas Dari Khalid Ibrahim Kian Jelas (VI): Kekal Exco Elak Sultan Lantik Adun UMNO

  1. semangat dato' haron says:

    PAS sudah mati…

  2. alimedanbaru says:

    Sebilangan orang Melayu masih tidak belajar dari sejarah dan masih syok sendiri untuk mengejar kuasa. Apa yang pasti Wan Azizah akan menjadikan DAP lebih berkuku dan tambah kenyang dengan kerapohan dan kelembikan pentadbirnnya. Kalau pemilihan PKR penuh tipu dan rasuh, bergadoh dan tak ada keputusannya..bayangkanlah kalau Wan Azizzah jadi MB….
    ‘tunggulah saat kehancuran bia satu urusan diserah kpd yg bukan haqnya’
    Anuar dajal yg memusnahkan ketuanan Melayu!

  3. Baba says:

    Wayang pakatan ni dah naik meluat dah nak tgk

  4. Parpu says:

    Apa yg ko gadoh2 ni Labu Labi, ni dah pukol beerapa? Ko tak tido laggi. Besok nanti DUN bubar pilihanraya semula, ko gaduh rebut kerusi puuulak. Sekali aku lassiiing….

  5. zoy says:

    Assalamualaikum

    Pada pandangan ambe lah…

    inilah taktik..strategi yg akan dipakai oleh PAS..

    Hakikatnya.. mmg pas tak leh ganti umno… lancarlah program PGU pas ganti umno
    banyak mana siri pun… kalu mrk takbdpt meletakkan pertandingan separuh kerusi parlimen.. 112 kerusi… selagi itulah mrk tak mampu…
    pru13 lps hanya 60kerusi++.. menang 21kerusi.. umno separuh parlimen menang 88kerusi..

    jadi yang perlu adalah.. kata pemutus.. drp golongongan minoriti..

    Strategi ugutan…
    jika dlm PR suara mereka tidak dilayan oleh anwar pkr dan dap…
    isu bible di selangor.. isu kalimah Allah ..walaupun MSU keluarkan ketetapan sudah..
    diperkotak katikkan oleh dap pkr..

    isu hudud di kelantan pula..

    Sesi parlimen jun aritu .. planning nak usul..
    skrg sesi september pula..
    kalu pas kelantan boleh bersetuju dgn jawatankuasa teknikal hudud jadi..
    inilah kejayaan pas kelantan…

    menjadi pendesak walaupun minoriti..kerusi tak byk..

    jika dulu diabaikan diperlekehkan oleh pkr dan dap..

    isu MB ini lah lonjakan utk mrk pula menjadi penentu.. pendesak..

    Begitu juga peringkat parlimen.. jika umno 88 kerusi.. pas 21 kerusi.. adaian pru14 kerusi mrk bertambah menjadi 30 kerusi dgn umno 80 kerusi… kuasa 30 kerusi boleh mendesak 80kerusi untuk mengikut syarat2 mrk..

    Saya harap… isu hudud di kelantan …jwtankuasa teknikal hudud .. dan usul mrk pd September ini dibincangkan sama pada jwtkuasa pusat mrk pada 17hb ini..

    ini akan jadi pengimbang mrk samada terus menjadi tukan angguk pada dap dan pkr
    atau menjadi pendesak ..pemutus dlm PR.. atau menwujudkan win win situasion dgn umno atau BN tanpa bersekutu… demi agama Islam dan kelangsungan kuasa politik pada tangan Melayu Islam…

    wassalam..

    hanya pandangan ambe.. mohon maaf..

  6. itsme says:

    nak pergi shah alam je pun… pusing sampai kedah pas tu masuj kelantan.. singgah rompin.. lps tu patah balik shah alam.. depa ingat umno br setahun jagung mcm PR ka?? samdol punya nuar..

  7. Elok khalid lantik saja exco UMNO sehingga ke tarikh undi tak percaya dilakukan.Khalid kena lebih cerdik. PAS yang sokong Khalid tu hanyalah bersifat sementara.Kalau Aljub tak letak bini dia, PAS akan sokong Aljub balik. Apa maknanya???? Depa bukan kiksah KHalid betul ke atau tidak, tapi depa tak mahu exco umno dan Jijah.Maknanya Khalid disokong bukan atas kebenaran dan akan ditendang kalau bukan jijah. Khalid jugak yang rugi. Alang-alang macam tu, lebih baik kerjasama hancurkan PR sehingga ke tarikh undi tak percaya. Baru mereka tahu siapa dato.

  8. dagang says:

    Adakah Selangor akan jadi negeri dapi kedua selepas penang. tunggu langkah catur berikutnya ???????????????

  9. terangsang says says:

    entahlah,ada adun pas sudah lupa syurga akhirat ke apa? kesenangan dunia pun perlu dicari. kalau pkr m dan dap boleh bagi kesenangan dunia pikirlah sendiri.. dah keterlaluan pertarungan dunia ni, pertaruhanya Islam dan bangsa sendiri pun dah tak peduli. diketepikan,dikesampingkan. hanya umno harapan kita orang Islam dan bumiputera semalaysia.

  10. Lily says:

    Dah kena tuduh pengkhinat, kaitkan pulak dengan UMNO apa hal? Geli je.

Leave a Reply