Menu Utama

N Surendran bakal didakwa Esok atau Cubaan Alih Isu Selangor?

Naib Presiden PKR, N Surendran dijangka didakwa atas tuduhan hasutan di mahkamah sesyen esok kerana komennya mengenai kes Liwat II membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini beberapa pihak telah mengkritik dan membuat laporan mengenai tindakan N. Surendran yang membuat kenyataan terbuka menghina hakim dan Mahkamah membabitkan keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan kesalahan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Pada April lalu, N Surendran menyelar tindakan pendakwaan yang mengemukakan rayuan balas untuk membolehkan hukuman penjara dilanjutkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes Liwat II adalah “usaha jelas untuk menamatkan karier politiknya”.

Surendran dalam satu kenyataan ketika itu menyebut, rayuan balas di Mahkamah Persekutuan itu juga “selektif, berniat jahat dan bermotif politik”

Bagaimanapun ketulenan maklumat ini tidak dapat dipastikan kerana ia hanya datang dari Parti Keadilan Rakyat sendiri. Tidak pasti sama ada ia benar atau sekadar usaha mengubah fokus dari krisis pentadbiran negeri Selangor masa kini.

Menurut Malaysiakini.com, Ketua biro undang-undang parti itu, Latheefa Koya, berkata Surendran menerima panggilan dari seorang pegawai penyiasat polis, mengatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

“Polis belum lagi mencatatkan sebarang kenyataan dari Surendran, tetapi dia dijadualkan akan didakwa,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Menurut Latheefa lagi, Surendran telah diminta untuk menyediakan wang untuk membayar jaminan dan menyediakan seorang penjamin.

Sementara itu Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan hari ini, berkata polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran.

Katanya, Surendran dijangka dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok, jam 9 pagi di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai satu konspirasi politik terhadap Anwar yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Awal hari ini, Anwar dalam satu kenyataan akhbar, mendakwa bahawa campur tangan dalam rayuannya terhadap sabitan kes Liwat II dengan mengganggu Surendran.



(Next News) »



10 Komen to N Surendran bakal didakwa Esok atau Cubaan Alih Isu Selangor?

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: N Surendran bakal didakwa Esok atau Cubaan Alih Isu Selangor? […]

  2. kluangman says:

    Dalam kes liwat II, Surendran adalah budak loyar yang bawa fail sahaja..yang utama sedang saikit, sebab tu kes tangguh.

    So, apa yang ganggunya !!!

  3. Baba says:

    Harap betul , sumbat dalam jel anjing ni.

  4. yon76er says:

    Memang ramai pon Loyar2 geng siNuar ni tukang bawa fail or bawa beg kosong kemahkamah….berlagak pandai tapi BINGGAL bin BENGGAP….kalau aku setakat pi mahkamah minta TUNDA KES xpayah belajar susah2kan….

  5. memang terok says:

    Muka budak surendran ini sebijik macam muka satu bangla yang berulang alik ,keluar masok dikawasan kami disini.

    Bangla ini kayoh basikal bawak mesin pemotong rumput. Mana2 rumah berumput panjang, panggil dia … akan siap potong dalam masa 10, 15 min. Upah 10 RM.

    Kerja mulia bangla ini dipuji oleh semua orang tak macam Surendran yang hidupnya menyusah semua rakyat. Manusia semacam Surendran boleh ikut jejak Robin William yang berakhir dengan perlakuan laknatullah.

  6. rapahjingaa says:

    Politik tak habeh-habeh puak-puak nii….depa tak dak kerja ka ?? kerajaan Selangor, ada dengan tak ada sama banyak. Pentadbiran lentang pukang….lori sampah pun aku tengok macam lori kedai hardware je….buruk pulak tu.

  7. system baru says:

    ini video patut tengok oleh pengikut pr

  8. korokstabang says:

    bila pihak lawan buat rayuan dia kata berniat jahat motif politik bila pihak dia buat rayuan tu nak kata berniat apa plak tambi ni sumbat saja duk dalam lagi lama kes tangguh tak setel lagi banyak buang masa & duit

  9. WTF says:

    Jangan lupa saudara2 sekalian, N Surendran hari tu nak sangat join raid pihak PDRM memburu penjenayah, tapi akhirnya N Surendran TARIK DIRI!!!

    Takut jugak kau ya N Surendran, kata pejuang rakyat Malaysia!!!

    Setakat berjuang untuk lepaskan Anwar Ibrahim, tak payah ceritalah N Surendran!!!

  10. Jambol says:

    Sebagaimana biasa, Nuar dah mula gembar-gemburkan yang ini juga sebagai konspirasi UMNO. Tidakkah dia terfikir mulut celupar si surendran ni yang menyebabkan dia menggali lubangnya sendiri ?

    Kenapa bodoh sangat PKR ni, kami pun tak faham. Oh ya, kebencian dan perasaan nak membalas dendam yang amat keji menyebabkan hilangnya kewarasan pemikiran. Inilah yang tertanam dalam PKR dan balacinya, PAS.

Leave a Reply

Threesome