Menu Utama

Solidariti Spaghetti, 4 Exco PAS Buat Pekak Arahan Anwar

IMG-20140813-WA0009

KONONNYA demi nak menunjukkan solidariti dalam Pakatan Rakyat, Anwar semalam mengarahkan 4 Exco Selangor dari PAS yang tidak dipecat agar tidak hadir dalam mesyuarat Exco pagi tadi.

Malang bagi Anwar, keempat-empat mereka termasuk beberapa orang lain yang dipecat, selamba bodoh saja datang kerana konon dipilih rakyat, berkhidmat untuk rakyat, pemecatan tidak sah dan sebagainya.

Bukan alasan tu yang penting  pada penulis, tapi kehadiran mereka tu.

Sebab, kehadiran mereka ini menunjukkan tak seorang pun diantara mereka yang mendengar arahan Anwar, seterusnya mencetuskan persoalan, solidariti apa najis macam ini?

Patutnya kalau bersolidariti, apa arahan ketua dengarlah, ini tidak, tak diumpamanya kenyataan Anwar yang semakin tak sabar nak lihat bininya sendiri angkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Kita sedia maklum arahan Anwar tak terpakai dalam partinya sendiri pun. Masa pemilihan hari tu, lagi suruh henti gaduh, lagi banyak pulak kerusi melayang dan kepala yang pecah, tapi tak sangka dalam Pakatan pun cakap Anwar orang buat dek je.

Lain macam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Disebalik macam-macam yang orang cakap pasal kebolehannya sebagai pemimpin, terbukti sudah, bukan setakat dikalangan pemimpin komponen BN sahaja, ketua pemberontak Ukraine yang tak pernah bersua muka pun tunduk kepada arahannya, main-main kau.

Oleh yang demikian, lepas ini penulis harap Anwar berhenti gebang besarlah.  Ini hebat najis macam mana bila cakap macam hebat tapi orang buat tak reti?  Macam mana nak selesai masalah dikalangan DAP, PAS dan PKR ni besok kalau macam itu gayanya?

Pergi masuk penjaralah, duduk luar menyusahkan orang.






12 Komen to Solidariti Spaghetti, 4 Exco PAS Buat Pekak Arahan Anwar

  1. Tubir says:

    kah kah kah mampos kejang lah kau anwar….mati berdirilah kau anak beranak.

  2. raplahjingaa says:

    alaaaaa…drama je tu, aku tak fikir PAS ada kekuatan sendiri untuk menongkah arus dalam DUN, saja depa nak gempak pecacai bawahan PAS, so akan meriah la markas PAS konon-konon PAS dah mula ada maruah, dah mula bersuara…..anwar sumbat mulut lebai-lebai depa dengan duit dan janji-janji manis….u turn la nanti tuuuuu…hangpa tunggu tengok…

  3. raplahjingaa says:

    hang pun adamyan…kalau nak bodek Najib pun….berpada-pada laaaa……ketua pemberontak ukraine tunduk pada Najib…hehehe

  4. Lepas PRU 13,sokongan PR kepada Anwar semakin menurun.

  5. jackal47 says:

    tapi..aku musykill larr…dalam kalut2 ni..mana gi Ahli Parlimen Lembah Pantai yea? senyapppp jerr? kan timb presiden tu? huhuhuhu

  6. WTF says:

    Adamyan BODEK baik punya saudara raplahjingaa!!!

    Apa2 pun, MP Lembah Pantai sibuk nak bercerai, supaya senang dijadikan UMPAN untuk dijodohkan dengan Khalid Ibrahim!!!

    Dengan persetujuan sebegini, semua pihak HAPPY as jawatan MB Selangor jatuh pada menantu Anwar Ibrahim!!!

    Melepas lagi si Mooh……….

  7. Rohee colnago says:

    Tak kisah apa pun drama yg PAS mainkan, yang jelas pengaruh mereka makin kuat di Selangor. UMNO Selangor buat drama apa sekarang? Dah la oiii , raya dah abis la. Pergi buat kerja. Nak buat kerja , tunggu nak di kasi duit ke?
    UMNO jangan gelak banyak2, nanti masa PRU menangis

  8. yon76er says:

    Dah camni pon ada yg masih nak JILAT siNuar tuukan….Perasa aa lah siNuar letak sampai dah xnak FLAVOUR lain…hihihihi…….nak gak Ikan Sepat Kering……..

  9. Azre Ghazali says:

    As salam .. komen – komen jugak .. tp jgn lupa kita yg Islam bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih atas peranan Baginda Sultan Selangor.

    Kadang kala para politik kita ini perlu diberi cubit sikit kot .. jgn memandai belagak pandai .. buat keputusan konon nyer atas kepentingan rakyat …

    Bila tuan punya negeri berdehem sikit … baru lah terkebil kebil … hahaha

    Teringat Baginda Sultan Johor … buat selamba derk jer … apa yg dia tak suka .. dia putuskan … ramai rakyat ingat negetif … tapi kesudahan nyer .. terbukti para Sultan dah buat homework sebelum bertindak / bertitah.

    Para politikus jugak laah jadi hero kampong … kat kg sendiri boleh tipu sana sini .. kat urusan negeri .. / Negara …. terkantoi.

    Untung nasib lah .. jgn ada PRK lagi .. buang duit pembayar cukai jer .. tapi bila sebut hal ini pada PKR … bertaburlah alas an dia orang .. itu dan bagai …

    Kroni itu pada mereka wujud pada BN jer ………. tak wujud pada tubuh badan sendiri …
    Pembaziran wujud pada BN jer ……………………….. Kajang PRK bukan bazir !!! walaupun ADUN dia tak mampus lagi … biasanya PRK bila ADUN MATI … tapi pada Pakatan … dak ehhhh … tak bazir laa … PRK kan bagus .. kawasan terlibat akan jadi PESTA … pesta tabor duit .. tabor rasuah .. tabor fitnah … tabor janji … dan bagai …

    Yg rugi … pembayar cukai .. Yg untung macai macai … upah itu dan ini .. ngundi pun boleh dijual beli …………..

    Subhanallah

  10. memang terok says:

    YE, kita kena bersetuju bahawa tempat Anwar Ibrahim ialah dipenjara. Berada diluar dia akan terus menerus menyusahkan orang.

    Teori mengenai hal Anwar Ibrahim ini sebetulnya mudah saja untuk difaham. Semua bermula dari keengganan Anwar untuk tinggalkan terus amalan kegemaran dia. Anwar kaki liwat. Dia terlalu bernafsu untuk meliwat walau dia tahu meliwat kerja kotor yang dilaknati Allah. Mustahil Anwar tak tahu meliwat itu dilaknati Allah. Anwar tahu agama, Anwar faham kisah nabi Lut, Anwar tahu halal dan haram selain dari dari makan babi dengan minum arak.

    Tetapi Anwar semacam ketagih candu. Anwar tahu tetapi tetap mahu meliwat kerana ketagihan itu. Maka Anwar pun meliwat, mangsa terakhir semua orang tahu ialah Saiful. Anwar didakwa dan bakal dipenjara. Tak ada siapa yang tak ngeri masok penjara. Fikirkan lokap polis untuk semalaman pun kita tak sanggup ini pulak diam dipenjara selama bertahun2, terutama bagi seorang yang punyai ramai pengikut dan kuat pengaruh sapertinya, dia tidak akan mahu masok penjara

    Maka, selepas dia kalah bicara… apa ikhtiar dia untuk batalkan penghukuman… Dia perlu ada kuasa. Dia perlu jadi PM supaya segala persabitan keatasnya terbatal. Kini untuk jadi PM melalui beli belah politik sudah tak ada can. Melalui PRU… tidak tercapai.. Apa ikhtiar lagi bagi Anwar ?

    Anwar kena jadi MB, kerana dengan jadi MB seluruh rakyat negeri akan dibelakangnya. Dia harap akan berlaku apa yang pernah berlaku pada Harus Idris. Selepas Itu pun tak dapat, dia beralih dengan memproxikan impianya pada bini dia jadi MB. Kerana dengan bini dia jadi MB , dia akan access pada dana reserve negeri untuk dia gunakan buat shopping politik. Anwar akan shopping sakan untuk beli MP yang dia jangka bolih dia beli. Cukup kota belian, segala keadaan jadi senget kearahnya dan dia pun jadi PM.

    Itu teori Anwar, bagi kita segala hal macam itu mustahil untuk berlaku walau dilihat akan berlaku dalam kiraan sifir dia sendiri. Politik Anwar, ala politik syiah di timur tengah. Nampak terlalu janggal pada kita yang waras, tapi pada Anwar itu semua perlu dicapai.

  11. semangat dato' haron says:

    Cepatlah Abang Non kembali ke sungai buloh. Rindu mereka2 disana pada abang non dah 10 tahun x berjumpa

  12. memang terok says:

    Jangan cakap Anwar tak pening kepala atas apa yang sedang berjalan sekarang, kerana Anwar memang terlalu pening. Pening atas kejadian ciptaan dia sendiri. Jangan jugak cakap Anwar tak menyesal atas tindakan dia memecat Khalid. Dia sangka Khalid akan berundur dan meratap menangisi nasib malang menimpa diri. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Khalid tetiba berdiri gagah untuk bangkit lalu jadi manusia gagah hingga bercakap pun tidak gagap lagi.

    Maka Anwar sedang berfikir, how good if i can turn the clock. Tapi itu mustahil. Sekadar gostan jarum jam memang boleh , tapi untuk gostankan tarikh, adalah mustahil. What is done cannot be undone.

Leave a Reply